Apakah ia WAU ! karakter yang kita cari pada bakal pasangan? Dan adakah kita sudah kenal karakter pasangan yang terzahir dan tersembunyi?

W. A. U. KARAKTER! PERLU ADA PADA  BAKAL PASANGAN

#1-W: WISDOM

Sering disalah erti, tahap kebijaksanaan seseorang dinilai pada tahap pelajaran semata-mata. Sebenarnya, penilaian mata kasar kita itu salah.

Allah Ya ‘Alim (yang Maha Mengetahui) Ya Hakim (yang Maha Bijaksana) telah terlebih dahulu menyalurkan ilmu kebijaksanaan-Nya kepada kita dalam bentuk yang berbeza.

Karakter pasangan yang bijak dapat dilihat daripada pelbagai aspek antaranya:

  • Bijaknya si dia dalam mengurus masa, setiap kerja yang diberikan tidak pernah lewat untuk diselesaikan, setiap janji temu dirancang dengan terbaik dimana kedua-duanya dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama.
  • Bijaknya si dia dapat mengawal emosi dengan baik. Selalunya, kita mudah kalah dengan emosi, suka marah-marah, cemburu, ego dan bersangka buruk. Namun, bila kita menang ke atas emosi, maka akan datang kepada kita aura-aura yang baik dan membentuk hubungan yang positif.
  • Bijaknya si dia, tahu buat keputusan yang adil. Ada kebaikan untuk kedua-kedua pihak dan tiada kepentingan untuk diri sendiri.
  • Bijaknya si dia pandai mengambil hati anak-anak kecil. Tahu mengawal situasi dengan baik dan menyayangi anak kecil.

Begitulah hikmah kebijaksanaan yang banyak boleh diceritakan.

Sesuatu yang ingin dikongsikan kepada semua, satu petikan menarik dari artikel “Elemen Kebijaksanaan yang diabaikan” terbitan UTUSAN,

Telefon dan aplikasi seperti Whatsapp dan Facebook dicipta untuk menghubungkan manusia tetapi kerana tiadanya kebijaksanaan, maka ia dibanjiri dengan pelbagai fitnah yang langsung tidak terjangkau oleh akal waras.

Senjata canggih dibangunkan untuk mempertahankan diri dan Negara, namun disalahgunakan untuk membunuh manusia tidak berdosa-amalan dilakukan oleh kuasa besar dunia dan pelampau seperti kumpulan militant Negara Islam (IS)

Semoga ini dapat menarik perhatian semua akan perkara ini, sejajar dengan Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud:

“Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya”

 

#2-A: ATTRACTIVE

Karakter yang kedua ini masing-masing mempunyai pandangan dan persepsi yang tersendiri.

Ramai yang akan menyetujui bahawa daya tarikan seseorang itu subjektif.

Ada yang kata, saya tertarik dengan dia kerana wajahnya, suaranya, senyumannya, pekerjaannya dan lain-lain lagi yang kelihatan pada zahir telah menyumbang pada daya tarikan luaran seseorang.

Sedangkan, daya penarik paling kuat terletak pada hati. Dalam hati tempat menyimpan segala perkara, perasaan, harapan dan impian. Daripada hati inilah akan terpamernya karakter luaran seseorang. Baik hatinya, maka eloklah luarannya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka akan buruk seluruh tubuh manusia, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati manusia.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jagalah hati kita baik-baik dan amalkan teknik penyucian hati dengan bermohon pada Allah, pemilik hati kita yang sebenar-benarnya..

Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, wahai Allah, wahai Tuhan yang Maha Suci Lagi Maha Jernih, sucikan dan jernihkan hati kami daripada penyakit-penyakit hati, karat-karat dosa dan berhala dunia, wang ringgit, cinta manusia, kepentingan diri, nafsu yang bertapak dihati agar kami dapat melaksanakan kerja kebaikan dengan ikhlas demi keranaMu sahaja dan dapat kami melakukannya sebaik mungkin tanpa menharapkan ganjaran dan pujian daripada orang lain

 

#3-U: UNDERSTANDING

Mencari seseorang yang dapat memahami kita keseluruhannya memang mencabar.

Memilih bakal isteri yang bekerjaya, lelaki perlu fahami selepas berkahwin isteri tidak akan dapat melakukan semua kerja rumah dengan perfect, suamilah yang perlu tolong dan bantu.

Memilih bakal suami yang mempunyai bisnes sendiri, isteri perlu fahami waktu kerjanya tidak teratur, kadang-kadang tiada masa cuti, masa bersama keluarga juga tidak dapat selalu kerana suami kerap outstation untuk mengembangkan bisnes.

Memilih bakal isteri yang akan menjadi suri rumah sepanjang masa, suami perlu fahami dan lengkapi kebajikan isteri, bila suami bercuti berikan isteri “me time” untuk dirinya, rehat sebentar daripada  melakukan tugas-tugas di rumah.

Kuncinya perlu cipta kefahaman akan keperluan dan tanggungjawab masing-masing.

Rahsia Memahami Pasangan Daripada Tulisan Tangan (Grafologi)

Di sini ingin dikongsikan sedikit ilmu bagaimana memahami bakal pasangan daripada tulisan tangan.

Ada apa sebenarnya pada tulisan tangan?

Tulisan tangan adalah tulisan minda (brainwriting) hasil daripada minda separa sedar kita. Perkara  yang ada di fikiran, emosi yang dirasai, perkara yang disembunyikan dari luar dapat terzahir pada tulisan tangan. Secara tidak langsung, tulisan tangan menggambarkan karakter luar dan dalam diri kita.

“Orang yang berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat” –Saidina Ali bin Abi Talib r.a

Dengan kaedah yang diperkenalkan dalam kajian grafologi iaitu analisa tulisan tangan, sejauh mana tahap/nilai kejujuran seseorang dapat digambarkan secara fizikal daripada bentuk huruf yang ditulis.

Bentuk huruf yang jelas dapat dilihat pada huruf ‘o’. Huruf ‘o’ dapat membongkar sikap individu sama ada perahsia, suka bercakap bohong atau suka berkata jujur.

Contohnya tulisan huruf ‘o’ seperti gambar di bawah adalah gambaran individu yang dikesan suka berbohong.

Tulisan huruf ‘o’ secara berlingkar-lingkar. Semakin kerap tulisan huruf ‘o’ ini dijumpai, semakin banyak kebenaran yang cuba disembunyikan oleh penulis daripada orang lain. Berhati-hati sekiranya di sekeliling kita ada orang yang sebegini.

Walaubagaimanapun, dalam grafologi kejujuran tidak hanya boleh dinilai pada satu bentuk huruf sahaja. Mengikut kajian ahli grafologi, ada bentuk dan ciri-ciri tulisan yang lain dapat mengukuhkan kejujuran seseorang.

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu ibadah yang paling lama sepanjang hidup sebagai orang Muslim. Pastinya kita mahu menjaga ibadah ini dengan sebaiknya bermula dari detik awal perkenalan dengan pasangan. La Hawla Walaa Quwwata Illa Billah, tiada daya dan kuasa bagi kami melainkan pertolongan-Mu Ya Allah.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Seulas bicara dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah:
“Banyak masalah timbul dalam rumahtangga disebabkan kita gagal mengenali pasangan kita secara mendalam dan komprehensif. Ilmu grafologi (ilmu mengenai tulisan tangan) merupakan wahana yang menarik dan berkesan untuk mengenali diri dan mengenali pasangan kita”

Info lanjut berkaitan buku ini, klik https://graphology.com.my/buku-love-till-jannah/
Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444