Bermulanya saya dengan grafologi secara serius adalah ketika mencari solusi kepada masalah anak saya. Saya hairan mengapa walaupun sudah berumur 7 tahun, beliau masih belum boleh membaca. Kalau tengok luarannya, riak mukanya dan percakapannya, nampak seperti budak pandai. Tapi, masih belum boleh membaca seperti rakan-rakan seumurnya walaupun penat saya menghantar beliau ke kelas tambahan membaca.
Bayangkan, umur baru 7 tahun terpaksa pergi kelas tambahan membaca. Kelas tersebut pun bukannya murah. Dikatakan, murid-muridnya boleh membaca sepantas 6 bulan berada di program itu. Tapi, anak saya yang seorang ni masih lagi tak boleh membaca. Saya buntu!
Pada satu hari saya terdetik nak tengok tulisan anak saya ini. MasyaAllah ! Saya terkejut sangat. Rupanya anak saya ini ada karakter ‘lambat tangkap’. Dan setelah diselidik, rupanya beliau ada minor dyslexia.
Jadi, dari situ saya mula belajar lebih mendalam lagi dan suka untuk berkongsi tentang ilmu grafologi ini kepada lebih ramai orang. Sebabnya, kadang-kala kita sebagai ibu-bapa tidak memahami anak-anak. Kebanyakan masa, kita lebih cenderung untuk mendidik anak mengikut acuan kita, walhal anak itu tak suka pun, atau bukan karakternya begitu. Akhirnya, anak itu tidak bahagia dengan ‘acuan’ yang dibentuk oleh ibu-bapanya sendiri.
Oleh sebab itulah saya terbitkan buku pertama saya ini sebagai satu initiatif untuk membantu masyarakat memahami individu di sekeliling mereka. Saya sangat berharap buku ini menjadi panduan untuk anda lebih bahagia.
AZURA HASHIM
Certified Master Of Handwriting Analysis
Certified NLP Coach
Entrepreneur
Apabila mengenal diri sendiri dengan lebih mendalam, anda akan mengenal Pencipta anda. Anda juga boleh mengubah diri dengan menjadi lebih cemerlang dengan mengubah tulisan tangan
Anda akan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam agar dapat menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dengan baik
Anda boleh memahami potensi sebenar anak-anak anda, lebih mudah mendidik dan boleh menjadikannya sebagai pertimbangan untuk mengarahkan masa depan mereka
Anda akan lebih mudah membantu dan mendidik anak murid anda menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat
Anda akan lebih mudah memilih jurusan yang sesuai dengan karakter, bakat dan minat anda. Tiada lagi kes salah pilih jurusan.
Anda akan lebih senang untuk menetapkan posisi pekerja anda mengikut karakter mereka yang sebenar. Pekerja bahagia, prestasi meningkat, keuntungan syarikat pun bertambah
(Scroll right for more)
Buku berwarna dan beserta contoh tandatangan.
Apa lagi yang anda tunggukan?
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi / whatsapp 016-222-3444.