Susun untuk maksimakan penggunaan masa. Semua orang mempunyai jumlah masa yang sama setiap hari. Tidak lebih tidak kurang.

“The bad news is time is flies, the good news is you’re the pilot.” – Micheal Altshuler

#1 Atur aktiviti harian dengan baik

Aktiviti harian sangat sinonim dengan diri kita. Pelbagai aktiviti dan rutin dilakukan dan berbeza mengikut setiap individu. Buat ‘list-to-do’. Cara ini akan membantu kita menilai dan menentukan keutamaan tertinggi kita dalam kehidupan.


“Do what is right, not what is easy.” – unknown

#2 Utamakan yang penting dahulu

Lakukan perkara yang penting dan bermanfaat dahulu agar perkara itu tidak tergendala. Hal ini mengikut keperluan kita untuk menghadapi hari tersebut.

Kita boleh mengubah lengkok hari kerja anda secara drastik untuk benar-benar memanfaatkan sebahagian besar masa kita di pejabat dan di rumah. Strategi ini dapat membantu kita menilai dan menentukan keutamaan tertinggi kita.

#3 Kenalpasti apa yang menghalang dari melakukan apa yang telah disusun

Kehidupan ini tidak semestinya berjalan seperti yang direncanakan. Tetapi kita berusaha agar ia berjalan mengikut apa yang dirancang. InshaaAllah. Ketahuilah bahawa Allah itu dah menyusun atur perjalanan hidup kita.

#4 Selesakan ruang bekerja untuk beri semangat kepada diri sendiri.

Jika persekitaran kita selesa, kita akan akan berasa lebih bersemangat dan mempunyai aura positif untuk melakukan kerja. InshaaAllah.

“Kehilangan waktu itu lebih sulit daripada kematian, karena kehilangan waktu membuatmu jauh dari Allah dan Hari Akhir, sementara kematian membuatmu jauh dari kehidupan dunia dan penghuninya saja”. (Ibnu al Qayyim)

Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah

Jom kita arrange masa kita dengan sebaiknya.

Salam kasih sayang,
Dr Azura Hashim

Teknik membina ‘life book’.
Redesigning your life.
Jadikan impian kepada realiti.

Jom Bongkar Rahsia Bagaimana Untuk Capai Impian Dengan Mudah, Bukan Sahaja Untuk Diri Sendiri, Namun Untuk Keluarga, Masyarakat dan Akhirat.

“Mari Join Kelas Vision Board Holistik (Special Edition) pada 29 Mei 2021 ini”

Info lanjut layari: https://graphology.com.my/zoomvbh/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444