Nabi Muhammad SAW menggariskan beberapa panduan dalam mengawal lisan

#1 Berkata yang baik atau diam

Fikir dahulu sebelum bercakap dan usah terburu-buru. InshaaAllah akan mengelakkan dari menyakiti perasaan orang lain. Jika apa yang ingin kita sampaikan ada baiknya, mka teruskanlah. Tetapi jika menimbulkan keburukan maka diamlah.

“It is infinitely better to know when to stay silent than to know when to speak.” – Euphrates Arnaut Moss

#2 Menapis apa yang ingin dilontarkan

Tidak semua yang di dengar perlu dikongsi tanpa di tapis. Hati dan perasaan perlu difikirkan juga. Kerana kata-kata yang baik akan berbalik kepada kita juga inshaaAllah.

#3 Elakkan berbohong

Jujur dalam kata-kata adalah tanda orang beriman. Jika kita ingin dipercaya, maka jujurlah.

“Agar hidup kita bahagia, jangan pernah berbohong, jangan mencuri, dan jangan menyakiti. Hiduplah dengan cinta, sebagaimana Tuhan mencintai kita.” – Dobri Dobrev

#4 Jangan gunakan perkataan yang tidak baik

Perkataan ini akan membawa pandangan buruk kepada orang lain. Ia juga menghasilkan aura negative dalam diri kita. Lidah kita mudah berkata-kata tetapi berhati-hatilah dalam pertuturan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Wallahualam

Lahawlawala quwwata illa billah

Dr Azura,

InsyaAllah, jom kita sebarkan kata-kata yang baik 🗣️

InsyaAllah 29 Mei 2021 ini Dr Azura Hashim nak berkongsi dengan semua satu webinar yang telah banyak membantu insan di luar sana kembali bersemangat mengejar impian masing-masing

Nak info? jom klik di sini https://graphology.com.my/zoomvbh/