“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal”

(Surah Az-Zumar: 21)

Petikan ayat al-Quran diatas, Allah memerintahkan kita untuk PERHATIKAN, DENGARKAN & FIKIRKAN tentang perkara yang berlaku disekeliling kita supaya kita BELAJAR, INGAT & CAKNA bahawa ini semua atas kekuasaan Allah.

Apakah yang dapat dihubungkaitkan kaitan ayat diatas dengan tajuk utama kita iaitu tips ulangkaji. Perkongsian kali ini mengajak semua fokus kepada pancaindera yang dikurniakan kepada kita, manusia yang berakal.

 

Tips Mantapkan Teknik Ulang Kaji

Masa ulang kaji di mana tempoh waktu yang penting untuk adik pelajar tetap dalam fokus, maintain momentum dan tidak mengantuk.

#1-Latihan Berimaginasi: Nikmat Boleh Berfikir, Menganalisa Benda Baik & Buruk

Ulangkaji sambil berimaginasi.

Berimaginasi seperti adik pelajar sedang visualkan isi-isi penting pelajaran di dalam minda. Bayangkan peristiwa-peristiwa yang adik baca dalam buku teks sejarah sedang berlaku di hadapan. Berimaginasi seolah-olah adik juga turut berada dalam situasi tersebut. Insha Allah, dengan cara ini lebih kuat memori adik pelajar akan kisah tersebut.

Mengulangkaji sambil berimaginasi juga akan mengaktifkan minda adik pelajar dengan cepat.

Katakan adik pelajar mengulangkaji hafalan bagi subjek Pendidikan Agama Islam. Subjek ini selalunya perlukan hafalan yang kuat kerana fakta yang tepat dan betul. Oleh itu, dicadangkan untuk adik pelajar membuat nota yang bewarna-warni, highlight isi-isi penting dan bezakan isi penting tersebut dengan warna yang berbeza mengikut kumpulan seperti definisi, tarikh peristiwa, tokoh penting, bilangan dan sebagainya. Warna yang berbeza ini haruslah diselarikan untuk semua nota supaya tidak bercampur aduk maklumat nanti.

Selain warna, adik pelajar juga dapat meningkatkan kualiti memori dan menaikkan mood study dengan tambahkan bentuk-bentuk grafik seperti gambar rajah, carta alir proses dan peta minda.

 

#2-Latihan Verbal: Nikmat Boleh Berkata-kata, Mendengar & Melihat

Ini pula ulangkaji dengan bercakap seorang diri. Bercakap seorang diri dapat membawa fokus adik pelajar kepada yang satu. Mulut yang berkata-kata menghasilkan bunyi, telinga mendengar ucapan yang disampaikan dan mata terarah pada tangan yang sedang menulis nota.

Insha Allah, lebih kerap pancaindera yang adik pelajar gunakan akan lebih cepat mengaktifkan minda seterusnya membawa kepada pemahaman yang jelas.

Cadangan untuk menjadikan latihan ini lebih menarik adalah dengan melalui teknik penceritaan.

Membina cerita daripada nota-nota belajar adik. Insha Allah, mudah sahaja kerana dalam satu bab penceritaannya saling berkait rapat. Mengarang cerita dengan masukkan isi-isi penting sahaja. Cerita yang padat dan tepat.

Insha Allah, melalui penceritaan lebih mudah untuk adik pelajar keluarkan dan terjemahkan info di atas kertas jawapan.

Penceritaan yang diulang tayang sekali sahaja pada pendengaran agak susah untuk adik pelajar ingat. Jadi untuk mudah ingat, sentiasa ulang-ulang cerita sehingga apabila guru bertanya berkenaan topik tersebut, adik boleh bangun dan pergi ke hadapan untuk menceritakan kembali topik tersebut dengan gaya tersendiri.

Bercakap seorang diri bukannya syok sendiri. Tanpa sedar adik pelajar sedang mengusahakan tiga perkara positif untuk diri.

  1. Membina keyakinan dalam diri
  2. Kemahiran komunikasi yang lebih baik,
  3. Percakapan dan susun atur ayat yang lebih kemas

Menambah baik diri dengan perkara-perkara positif adalah tindakan yang harus dipuji dan dicontohi.

 

Analisa Tulisan Tangan (Grafologi)

Dalam analisa tulisan tangan (grafologi), kedudukan palang t (t-bar) menggambarkan kekuatan dalaman dan maruah diri. Ia juga boleh memberi maksud gambaran tahap keyakinan seseorang.

Seringkali palang t yang rendah dikaitkan dengan matlamat dan kepercayaan diri yang rendah. Meletakkan tahap keyakinan diri pada tempat yang sewajarnya. Tidaklah mahu kita memperkecilkan diri, terlalu merendah diri sehingga potensi diri tenggelam. Sukar bagi orang lain untuk meletakkan kepercayaan pada kita nanti.

Tips Tingkatkan Keyakinan Diri:
“Allahumma Ya Muta’ali yang Maha Tinggi lagi Maha Meninggikan, kami bermohon pada-Mu agar Engkau kurniakan kami keberanian dan keyakinan diri yang mantap. Agar dengannya dapat kami jadikan kekuatan dan melawan rasa lemah diri supaya kami dapat berdiri teguh mempertahankan agama-Mu”

Masa dan tempat yang betul untuk kita merendah diri selalu adalah apabila bersama Allah, semasa solat khususnya supaya dengan rasa rendah diri kita merasa kita ini hamba, meletakkan pergantungan pada aturan dan kehendak-Nya. Allah Ya Baari’ (yang Maha Mengatur), Allah Ya Qadir (yang Maha Berkehendak)

Kita ada tugas dan tanggungjawab untuk dilaksanakan dalam kehidupan sementara di dunia ini. Antaranya, tanggungjawab untuk menjadi orang yang berilmu supaya dengan ilmu kita membentuk peribadi seorang khalifah yang mendahulukan Allah dan rasul-Nya.

“Katakanlah, adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana”

(Surah az-Zumar: 9)

Adik pelajar, peringkat umur masih muda, mempunyai jiwa yang bersemangat harus sentiasa berusaha membina jati diri, jaga diri, patuhi perintah Allah dan tinggalkan larangannya. Berharaplah pada Allah yang Satu, Sebaik-baik Penolong. La Hawla Walaa Quwwata Illa Billah

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari

Admin.

 

PROFIL ANALISA TULISAN TANGAN

“Kami mahu bantu anda mengenal pasti POTENSI DIRI, mengesan KETAKUTAN yang menghalang kejayaan dan membentuk KARAKTER POSITIF dalam diri”
Insha Allah, jika anda berminat untuk mengetahui karakter anda di sebalik tulisan tangan, hubungi admin di 016-2223444