“Confidence is something you create when you believe in yourself”. – Anonymous

Tanpa keyakinan, tidak ada yang mungkin, namun dengan keyakinan, tidak ada yang tidak mungkin.

#1 Stop membandingkan diri dengan orang lain

Kita boleh menjadi ‘better version’ kepada diri sendiri. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Hidup ini bukan pertandingan. Percayalah pada kebolehan diri yang Allah kurniakan.

#2 Keluar dari “comfort zone”

”Don’t wait for magic to happen.”

Semakin banyak kita melakukan sesuatu yang takut dilakukan, semakin banyak ia akan menjadi perkara yang senang untuk melakukannya. Jadilah antara orang yang berani.

#3 Akui kelemahan dan ingin belajar untuk perbaiki

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

#4 Ubah penampilan

Point ini nampak macam simple kan? Tapi, sebenarnya penampilan diri sangat penting untuk kekalkan keyakinan diri kita. Ini untuk ‘boost confident level’.

#5 Lakukan perubahan yang kecil. Bukan yang besar!

Perkataan Jepun “Kaizen” bermaksud memperbaiki sikit demi sedikit setiap hari. Dengan melakukan sedikit demi sedikit, ia memberi peluang kepada kita untuk memupuk tabiat yang baru. Bukan sesuatu perubahan yang drastic.

Keyakinan terhadap diri sendiri adalah modal utama dalam menciptakan sesuatu hal yang besar dalam kehidupan kita.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang kita lakukan. Seluruh kehidupan ini adalah satu ujian daripada Allah.

Semoga Allah memberi peluang untuk kita menjadi insan yang memberi manfaat dan penyebar kebaikan kepada makhluk sekeliling kita.

Amin.

Dr Azura,

Wallahualam

Lahawlawala quwwata illa billah