Sebagai majikan kebanyakkannya bukan tidak bertemu pekerja yang bagus. Semua calon yang datang temuduga adalah bagus.
Kesilapan adalah kerana salah meletakkan kedudukan bidang tugas.
Bayangkan, Si A ini bagus bidang kira-kira, sayangnya dia diletakkan pada bahagian pemasaran.
Si B, petah berbicara, jauh disorok bahagian belakang tukang urus dokumentasi.
Lama-lama majikan pening sebab tugas diberi tidak terlaksana sebagaimana mahunya.
Pekerja juga bosan kerana merasakan bidang tugas tidak menepati keinginannya. Walhal dia sendiri tidak tahu apa mahunya.
Akhirnya kedua-dua kerugian kerana bakat sebenar terbenam tanpa dibawa keluar.
Saya telah menghabiskan masa emas saya untuk mengkaji karekter tulisan tangan untuk memberi jawapan kepada masalah di atas.
Tidak kira anda majikan ataupun pekerja, pelajar ataupun sesiapa sahaja. Saya mahu berkongsi ilmu dapatan kajian saya.