Assalamualaikum dan Hi!
Saya Dr Hjh Azura Hashim, seorang Handwriting Analysis Specialist dan Personal Development Coach.
Bermulanya saya dengan grafologi secara serius adalah ketika mencari solusi kepada masalah anak saya. Saya hairan mengapa walaupun sudah berumur 7 tahun, beliau masih belum boleh membaca. Kalau tengok luarannya, riak mukanya dan percakapannya, nampak seperti budak pandai. Tapi, masih belum boleh membaca seperti rakan-rakan seumurnya walaupun penat saya menghantar beliau ke kelas tambahan membaca.
Pada satu hari saya terdetik nak tengok tulisan anak saya ini. MasyaAllah ! Saya terkejut sangat. Rupanya anak saya ini ada karakter ‘lambat tangkap’. Dan setelah diselidik, rupanya beliau ada minor dyslexia.
Jadi, dari situ saya mula belajar lebih mendalam lagi dan suka untuk berkongsi tentang ilmu grafologi ini kepada lebih ramai orang. Sebabnya, kadang-kala kita sebagai ibu-bapa tidak memahami anak-anak. Kebanyakan masa, kita lebih cenderung untuk mendidik anak mengikut acuan kita, walhal anak itu tak suka pun, atau bukan karakternya begitu. Akhirnya, anak itu tidak bahagia dengan ‘acuan’ yang dibentuk oleh ibu-bapanya sendiri.
Oleh sebab itulah mahu membantu masyarakat memahami individu di sekeliling mereka. Saya sangat berharap perkongsian ini menjadi panduan untuk anda lebih bahagia.