RAHSIA HIDUP DALAM QUANTUM
Berapa lama sudah anda hidup terkejar-kejar dan sentiasa stress? Penat kan? Jom hidup dengan lebih tenang, urusan dipermudahkan dan sentiasa happy walaupun ada masalah yang mendatang.
Allah dah berfirman dalam Al-Quran, manusia adalah sebaik-baik penciptaan. Jadi, jika diri tidak cemerlang, hanyalah diri sendiri yang menjadi puncanya.
Kebanyakan mereka sebenarnya ‘lost’ dan tak tahu apa yang mereka patut lakukan.
Lebih parah, kebanyakan orang tidak mengenali diri sendiri. Maka, mereka tidak tahu kelemahan dan kekuatan diri sendiri untuk dileverajkan supaya dapat menjadi insan yang lebih bermanfaat kepada masyarakat.
Maka sebab itu mereka susah untuk menjadi seorang individu yang outstanding dan dapat mengoptimumkan potensi masing-masing.
Tidak kisahlah sama ada anda ini siapa. Sebenarnya anda dan orang-orang sekeliling anda amat-amat memerlukan ilmu ini.
Anda dapat mengetahui potensi sebenar diri anda dan memilih kareer yang sesuai dengan kebolehan dan potensi diri anda.
Anda dapat memahami karakter sebenar anak anda dan mendidik mereka bersesuaian dengan potensi sebenar mereka.
Anda dapat mengenali pasangan dengan lebih mendalam lagi, dan dapat menerima kekurangan pasangan dengan lebih baik
Anda dapat meletakkan pekerja anda di tempat yang betul. Barulah perniagaan anda maju sebab semua pekerja memaksimakan kebolehan masing-masing.
Anda dapat menjadi usahawan yang cemerlang yang dapat membantu masyarakat dengan produk atau skill anda.
Anda dapat menolong pelajar-pelajar anda untuk memilih jurusan yang tepat dengan bakat dan minat yang dimiliki.
Berapa lama sudah anda hidup terkejar-kejar dan sentiasa stress? Penat kan? Jom hidup dengan lebih tenang, urusan dipermudahkan dan sentiasa happy walaupun ada masalah yang mendatang.
Lupakah kita yang kita sentiasa bahagia semasa umur kanak-kanak dahulu? Namun, pengalaman dan persekitaran membuatkan kita terlupa untuk bertenang dan bahagia. Marilah sahabat, kita hidup happy dan tenang sentiasa dengan Formula D.S.I ini.
Setiap orang pasti mempunyai impian. Cuma kadangkala impian hanya tinggal impian kerana tiada pushing factor yang menyebabkan mereka berusaha mencapai impian tersebut.
Kadangkala kita pasti lemau, terasa malas dan tidak bersemangat, bukan? Namun, jika kita dapat kekalkan momentum, pasti hidup dan urusan serta kerja-kerja harian kita akan bertambah produktif dan berhasil.
Berapa lama sudah anda hidup tetapi masih lagi tidak tahu potensi diri anda yang sebenarnya. Mungkin ketika ini anda merasakan bosan di tempat kerja. Ia mungkin berpunca daripada kerja yang anda sedang lakukan itu tidak ‘kena’ dengan jiwa anda yang sebenarnya. Lama-kelamaan anda jadi stress anda tidak produktif.
Bagaimana untuk mengenal ketakutan yang selama ini menghalang kejayaan anda. Dan bagaimana untuk melenyapkan ketakutan tersebut.
Anda mungkin tidak perasan selama ini anda tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Tulisan tangan anda akan bongkarkan segalanya. Ketahui teknik untuk mengubah minda, menjadikan anda individu baru yang lebih berkeyakinan dan lebih bersemangat.
Tahukah anda, tahap kepimpinan boleh dibentuk. Dengan memahami KARAKTER SEBENAR ANDA, anda berupaya menjadi pemimpin yang lebih baik.
Dan banyak lagi yang akan dikongsikan dalam Workshop 2 hari ini
Bermulanya saya dengan grafologi secara serius adalah ketika mencari solusi kepada masalah anak saya. Saya hairan mengapa walaupun sudah berumur 7 tahun, beliau masih belum boleh membaca. Kalau tengok luarannya, riak mukanya dan percakapannya, nampak seperti budak pandai. Tapi, masih belum boleh membaca seperti rakan-rakan seumurnya walaupun penat saya menghantar beliau ke kelas tambahan membaca.
Bayangkan, umur baru 7 tahun terpaksa pergi kelas tambahan membaca. Kelas tersebut pun bukannya murah. Dikatakan, murid-muridnya boleh membaca sepantas 6 bulan berada di program itu. Tapi, anak saya yang seorang ni masih lagi tak boleh membaca. Saya buntu!
Pada satu hari saya terdetik nak tengok tulisan anak saya ini. MasyaAllah ! Saya terkejut sangat. Rupanya anak saya ini ada karakter ‘lambat tangkap’. Dan setelah diselidik, rupanya beliau ada minor dyslexia.
Jadi, dari situ saya mula belajar lebih mendalam lagi dan suka untuk berkongsi tentang ilmu grafologi ini kepada lebih ramai orang. Sebabnya, kadang-kala kita sebagai ibu-bapa tidak memahami anak-anak. Kebanyakan masa, kita lebih cenderung untuk mendidik anak mengikut acuan kita, walhal anak itu tak suka pun, atau bukan karakternya begitu. Akhirnya, anak itu tidak bahagia dengan ‘acuan’ yang dibentuk oleh ibu-bapanya sendiri.
Oleh sebab itulah saya terbitkan buku pertama saya ini sebagai satu initiatif untuk membantu masyarakat memahami individu di sekeliling mereka. Saya sangat berharap buku ini menjadi panduan untuk anda lebih bahagia.
DR HJH AZURA HASHIM
Personal Development Coach
Handwriting Analyst
