Baru-baru ini, heboh satu kisah menarik dan viral mengenai sekeping nota yang ditinggalkan oleh seorang doktor yang keretanya kena double park oleh individu lain.

Walau nota kecil sahaja yang ditinggalkan, ia memberikan impak positif kepada masyarakat dan dalam masa yang sama menjadi peringatan kepada yang lain supaya kejadian ini diharapkan tidak berulang lagi.

Satu kisah pengajaran dan contoh yang perlu diikuti oleh kita.

Dr Azura juga terpanggil untuk berkongsi serba sedikit karakter positif yang dimiliki oleh doktor ini dengan menggunakan kaedah grafologi, iaitu kaedah menganalisa tulisan tangan.

Membongkar Tulisan Tangan daripada Nota Doktor Kena Double Park

Mengenai seorang doktor yang dalam keadaan nak cepat sebab tiba masa untuk mengambil anak di sekolah. Nama doktor tersebut, Dr Aniah

Yang menariknya, Dr Aniah tersebut menulis nota siap dengan nasihat.

Seperti yang selalu hamba kongsikan. Melalui ilmu tulisan tangan, Allah zohirkan untuk kita mengenal karakter dan personaliti seseorang.

Melalui nota Dr Aniah, jelas beliau mengambarkan seorang yang:

#1-Positif dan selalu bersangka baik

Bila positif dan bersangka baik, Allah ilhamkan beliau untuk tidak melatah, malahan memberikan nasihat didalam nota tersebut.

#2-Tidak cepat sentap

Memanglah boleh menaikkan kemarahan bila kereta kena blok. Namun beliau tidak cepat sentap. Sebaiknya mengambil jalan alternative iaitu dengan menaiki taxi untuk mengambil anaknya di sekolah.

#3- Jujur

Seorang jujur, dengan ikhlas beliau memberikan nasihat.

#4-Diplomasi

Diplomasi bermaksud keupayaan mengurus perhubungan atau kata lain iaitu mengatakan sesuatu dengan berhati- hati. Lihat sahaja cara beliau menulis

#5-Open minded

Boleh dilihat dari huruf ‘e’ yang terbuka. Jelas beliau open minded walau ketika situasi yang membolehkan beliau mengamuk sebab terlambat nak menjemput anak balik sekolah.

Alhamdullilah, beliau bijak menguruskan emosi. Ditambah pula, sebenarnya individu yang double park kereta Dr Aniah telah membalas nota meminta maaf di sebab isterinya berada di wad bersalin.

Kisah ini sebenarnya berjaya membuka banyak mata. Sedikit tip dikongsikan disini:
1. Tidak rugi bersabar

Banyakkan menyeru nama Allah Ya Sobur supaya Allah meningkatkan kesabaran

Allahumma Ya Sobur, kurniakanlah kesabaranMu padaku agar daku menjadi hambaMu yang sabar dalam menanggung ujianMu ini

 

2. Bijak menguruskan emosi

supaya tenang dalam apa jua situasi. Banyakkan menyeru nama Allah Ya Salam Ya Mukmin supaya Allah sejahterakan hati, jiwa dan emosi kita sentiasa.

Allahumma Ya Salam, tenangkanlah hati dan fikiranku agar daku dapat mengharungi kehidupan ini dengan tenang dan tabah

Allahumma Ya Mukmin, alirkanlah rasa aman dan tenteram ke dalam jiwaku dengan selalu berzikir mengingatiMu agar harmoni kehidupan daku 

 

3. Dalam keadaan buntu

Boleh bermohon dengan menyeru nama Allah Ya Fattah yang maha membuka. Supaya Allah ilhamkan jalan keluar bagi memudahkan semua pihak.

Allahumma Ya Fattah yang Maha Membuka Jalan, daku memohon kepadaMu agar Engkau membuka kekusutan dan kebuntuan daku ini, dan bukalah jalan keluar bagi kami dalam menyelesaikan segala permasalahan dan halangan-halanganku

Nanti kita analisa tulisan insan yang double park pulak. In shaa Allah.

Wallahu’alam

#DrAzuraHashim
#TheGraphologist

 

Bagaimana dengan karakter anda?

Hantar dan email kepada kami tulisan tangan anda untuk dianalisa oleh Dr Azura

Analisa tulisan tangan ini terbuka untuk sesiapa sahaja, sama ada anda seorang pelajar, pekerja, majikan, ahli perniagaan, isteri atau suami yang mahu mengetahui dan memahami diri anda lebih dalam lagi

” Membongkar Rahsia di sebalik Tulisan Tangan Anda”

Jika ingin dapatkan info lebih berkaitan tulisan tangan, hubungi admin di 016-2223444