DR AZURA HASHIM adalah pengasas bersama Mastery Academy, sebuah syarikat yang memfokuskan latihan dan pembangunan yang bermatlamat membangunkan kemahiran dan potensi masyarakat sekeliling. Mastery Academy juga memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan untuk meningkatkan perniagaan dengan kaedah yang berkesan dan terlibat di dalam bidang penerbitan buku.
Dr Azura menerima pendidikan MBA dan PhD dalam Pemasaran Antarabangsa. Merupakan Certified Neuro-Linguistic Programming (NLP) Coach di bawah naungan National Federation of Neuro-Linguistic Programming (NFNLP, USA). Beliau juga mempunyai kepakaran sebagai Master of Handwriting Analysis yang diiktiraf oleh KAROHS International School of Handwriting Analysis, Amerika Syarikat.
Beliau mempunyai kelayakan sebagai trainer HRDF, Certified Practitioner Mindfulness Love Therapy, Certified Advance Neo-Cognitive and Behaviour, Practitioner Art Drawing-House Tree Person, Cognitive Fitness dan Positive Psychology dari Harvard Medical School.
Bidang kepakaran beliau adalah menerokai minda separa sedar melalui tulisan dan lukisan, pembangunan keusahawanan, pembangunan diri, komunikasi & kepimpinan, Neuro-Linguistic Programming & pengurusan emosi dan terapi kehidupan dengan Asmaul Husna.
Berpegang kepada life-long learning dan semangat yang tinggi, beliau bercita-cita membantu individu sekeliling mengubah kehidupan secara mental, emosi, fizikal dan rohani dengan lebih berkesan.
Dr Azura mempunyai pengalaman bekerja dalam industri lebih dari 15 tahun. Beliau berpengalaman dalam bidang telekomunikasi, pendidikan dan industri kewangan. Merupakan pengarah di Medipro Ventures Sdn Bhd, pengasas bersama Mastery Academy, berpengalaman sebagai Director Consultant, BNI (Business Networking), pensyarah di Universiti Malaya, pengurus di Jabatan Hartanah di UMobile Sdn Bhd dan Head of Site Acquisition & Property di Digi Telecommunication.
Antara subjek yang pernah diajar oleh beliau semasa bergelar pensyarah di Universiti Malaya adalah e-pemasaran, sumber manusia dan gelagat pengguna.
Secara aktifnya beliau telah membuat banyak perkongsian bersama pelbagai organisasi badan kerajaan dan swasta sejak 8 tahun lepas, termasuklah di Majlis Amanah Rakyat, KWSP, Socso, Lembaga Tabung Haji, Bernama, KPDNKK, PTPK dan banyak lagi. Program seminar Dr Azura telah disambut baik dan mendapat maklum balas yang positif daripada kumpulan peserta pelbagai terdiri daripada usahawan, majikan, golongan pekerja, dan umum.
Seringkali dijemput di saluran media massa seperti Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, TV AlHijrah, IKIM.fm, BERNAMA, majalah In Trend, akhbar The Star, Sinar Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro. Selain itu, sering dijemput untuk berkongsi buah fikiran di majalah dan akhbar selain aktif menulis dan telah menulis 5 buah buku yang best-selling.
Beliau mempunyai impian yang tinggi untuk membantu orang sekeliling meningkatkan kecekapan, kemahiran dan potensi diri mereka. Percaya dengan kepakaran yang dimiliki, di tambah pula pengalaman sewaktu dalam industri. In Shaa Allah dapat menyumbang kepada kumpulan di luar sana untuk lebih berjaya dalam kehidupan, organisasi dan negara secara keseluruhan.
Beliau boleh dihubungi melalui:
Facebook : Azura Hashim
Facebook Page : Dr Azura Hashim
Instagram : drazurahashim
YouTube : Dr Azura Hashim
Website : www.drazurahashim.com
Telefon : 016-222-3444





PENAMPILAN AZURA HASHIM DI MEDIA







