“THE POWERFUL SECRET OF HANDWRITING”

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan kehendak dan izin-Nya kali ini team Handwriting Analysis Academy memenuhi jemputan dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan.

Seminar untuk anak-anak pelajar bagi membongkar potensi mereka untuk terus cemerlang dalam akademik dan mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah S.W.T.

Dr Azura membawa perkongsian mengenai rahsia di sebalik tulisan tangan. Apakah yang boleh dibongkar daripada tulisan tangan kita?

  • Corak Pemikiran
  • Emosi & Tekanan
  • Kekuatan & Kelemahan
  • Ketakutan yang Menghalang Kejayaan
  • Tahap motivasi
  • Hubungan sosial

#THROWBACK

Didoakan Selamat Maju Jaya untuk anak-anak pelajar dan semoga sentiasa dihidupkan jiwa-jiwa mereka untuk terus menerus dalam menuntut ilmu.

“Allahumma Ya Alim, Engkaulah yang Maha Berilmu, kurniakan kami ilmu makrifah dapat mengenal-Mu, kurniakan kami ilmu al-Quran dan Hadis Nabi-Mu agar ia boleh menjadi petunjuk bagi hidup kami”

Mengkaji tulisan tangan (grafologi) ini tidak hanya bertujuan untuk mengenal diri sendiri. Ilmu grafologi ini begitu banyak fungsinya dalam kehidupan seperti untuk memahami orang sekeliling, dalam pemilihan pekerja yang berpadanan dengan bidang tugas dan ilmu grafologi juga ada diaplikasikan dalam bidang forensik.

Wa─║lahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

#handwritinganalysis
#DrAzuraHashim
#brainwriting
#analisistulisantangan
#grafologimalaysia
#graphology