“THE POWERFUL SECRET OF HANDWRITING”

Alhamdulillah, direzekikan oleh Allah Ya Razzaq untuk Dr Azura memenuhi jemputan di Wisma BERNAMA sempena Hari Terbuka AKRAB BERNAMA 2018 pada 26 Oktober yang lalu.

Hari Terbuka AKRAB BERNAMA 2018 adalah anjuran AKRAB BERNAMA dengan kerjasama Bahagian Psikologi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi menjemput Dr Azura untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan rahsia di sebalik tulisan tangan.

Analisa tulisan tangan (grafologi) adalah ilmu mengenal peribadi individu dan orang sekeliling. Penting untuk kita mengenal personaliti masing-masing supaya kita mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan dan kerjaya kita.

#THROWBACK

 

Dr Azura bersama Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Zakaria Abd Wahab

Dr Azura bersama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM, Dato’ Samsuni Mohd Nor
Dr Azura bersama Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi, Datin Rohana Mustaffa

Semoga program ini mencetus semangat baru untuk semua warga kerja BERNAMA kearah mewujudkan organisasi yang lebih cemerlang.

Insha Allah, dengan bantuan Allah Ya Naafi’ diharapkan perkongsian ilmu analisa tulisan tangan (grafologi) ini memberikan manfaat kepada kalian seterusnya kita bersama berusaha memperbaiki diri ke arah peribadi yang lebih baik mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W

handwritinganalysis
#grafologimalaysia
#handwritinganalysisacademy
#DrAzuraHashim
#graphology
#brainwriting
#handwritinganalysisreview