Dalam kerja berpasukan, ada elemen-elemen penting yang mendukung kejayaan sesebuah pasukan seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, bersungguh-sungguh, bersikap jujur, kepimpinan seorang leader dan kerjasama ahli pasukan untuk membangun organisasi.

Kita ambil satu contoh elemen iaitu tolong-menolong.

Konsep Tolong-menolong Dalam Islam

Konsep tolong-menolong ada prinsip dan syaratnya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 2:

“Bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan”

  • Janganlah Tolong-menolong dalam Perkara Dosa & Permusuhan

Tolong-menolong adalah satu amalan yang terpuji. Larangan Allah jelas dinyatakan untuk kita tidak tolong-menolong dalam melakukan perkara yang ditegah dalam agama.

Membantu orang lain dalam kes rasuah, sabotaj, khianat dan penipuan akan merugikan diri sendiri serta membawa masalah kepada organisasi. Ruginya apabila hilang kepercayaan, hilang kerjaya dan bertambah rugi apabila perkara yang dilakukan akan menambah buruk buku catatan akhirat kita.

Sama-samalah kita tolong-menolong dalam memberikan peringatan kepada mereka (yang sedang diuji dengan kenikmatan dunia) supaya kembali kepada Allah. Sesungguhnya Allah dengan sifatnya Ya Rahman (yang Maha Pengasih) dan Ya Ghoffar (yang Maha Pengampun) akan memberi pengampunan kepada mereka yang benar-benar mahukan keampunannya.

Sementara larangan kita bermusuh sesama sendiri lebih-lebih lagi antara sesama Islam. Sesungguhnya, umat Islam itu bersaudara. Mari kita tolong-menolong dalam mendoakan kesejahteraan diri antara satu sama lain untuk mendapatkan kehidupan yang harmoni. Bermohonlah kepada Allah:

“Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’, satukanlah hati-hati kami dengan kasih sayangMu agar kami saling berkasihan antara satu sama lain dan hormat-menghormati”

 

  • Ajakan Tolong-menolong dalam Perkara Kebaikan & Takwa

Konsep yang disyaratkan dalam Islam adalah tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan membawa ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Ada sebab tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain sangat dituntut lebih-lebih lagi untuk tujuan yang baik. Antara sebabnya adalah bekerjasama membawa daya fokus kita lebih kuat pada tujuan, misi dan visi yang ingin dicapai. Selain itu, dengan bekerjasama kita boleh cipta solusi yang lebih baik dan mendapatkan penyelesaian yang lebih kreatif daripada bekerja sendiri.(Sambung baca: 10 Sebab “Together, We Are Better!”)

 

Teamwork: Setiap Individu Ada Karakter & Cara Kerja Tersendiri

Dalam sebuah pasukan terdiri daripada gabungan individu yang datang dari latar belakang berbeza. Masing-masing mempunyai kepakaran dan pengetahuan mereka sendiri. Dan tidak dapat disembunyikan juga setiap ahli dalam kumpulan tersebut pasti memiliki karakter dan cara kerja tersendiri.

Karakter dan cara kerja yang berbeza kadang-kadang boleh menimbulkan salah faham dalam kumpulan yang memungkinkan tercetusnya pergaduhan. Akibatnya, bertambah sukar untuk menjalinkan kerjasama dan menyebabkan projek tertangguh.

Namun begitu, perbezaan karakter dan cara kerja boleh diatasi dengan lebih baik apabila kita kenal siapa ahli kumpulan yang akan bekerjasama dengan kita. Bukan kenal secara luaran sahaja, tetapi kenal juga karakter yang tak kelihatan seperti emosi dan cara berfikir.

 

Tip Kenal Ahli ‘Team’ Melalui Tulisan Tangan (Grafologi)

Tulisan tangan sebenarnya boleh membongkar karakter dan personaliti seseorang. Walau tulisan tangan kelihatan biasa, ada ciri-ciri dan jenis tulisan yang boleh diterjemahkan dan ini berdasarkan kajian dalam analisa tulisan tangan (grafologi).

Kajian analisa tulisan tangan (grafologi) adalah ilmu yang ‘rare’ dan boleh dipelajari oleh sesiapa.

Sebagai contoh, kita dikumpulkan dalam satu kumpulan dan diberi satu projek untuk mendapatkan penaja. Antara pembahagian tugas adalah seperti pembentangan, menganalisis data, penulisan kertas kerja dan laporan.

Tugas:Menganalisis Data

Karakter yang diperlukan dalam tugas menganalisis data haruslah seorang yang memiliki tahap fokus yang baik.

Dalam analisa tulisan tangan (grafologi), karakter ini dapat dilihat melalui saiz tulisan yang kecil. Individu yang menulis dengan saiz tulisan kecil digambarkan seorang yang memiliki tahap fokus yang baik.

Dengan tahap fokus yang baik, mereka dapat menumpukan perhatian lebih lama. Jika diberi tugas untuk menganalisis data, mereka akan lakukan sehabis baik dan dapatkan data yang bertetapan dengan projek.

Tugas: Penulisan Kertas Kerja atau Laporan

Seterusnya, bidang tugas yang melibatkan penulisan dan rangka cadangan projek. Karakter yang bersesuaian dengan bidang tugas ini adalah individu yang teliti dan terperinci.

Analisa tulisan tangan (grafologi) menjelaskan tahap ketelitian seseorang kebiasaanya dapat ditunjukkan pada kedudukan titik huruf i. Kedudukan titik i tepat di atas tiangnya menggambarkan penulisnya seorang yang teliti dalam melakukan kerja. Penulisan dan perancangan kerjanya juga teratur.

Kertas kerja yang kemas dan lengkap tersusun secara tidak langsung membawa identiti syarikat kepada klien. Sekurang-kurangnya, kertas kerja telah mempamerkan imej positif syarikat kepada klien sebelum lanjut kepada proses seterusnya pembentangan.

Tugas: Pembentangan Projek

Individu yang dipertanggungjawabkan untuk tugas pembentangan haruslah mereka yang boleh menyampaikan ucapan yang berpengaruh dan objektif yang difahami oleh audience.

Selalunya, yang terpilih untuk tugas pembentangan adalah mereka yang memiliki karakter ekstrovert. Karakter ekstrovert dilihat lebih mudah dalam interaksi sosial dan seorang yang aktif.

Namun, ini tidak bermakna individu yang introvert tidak boleh kehadapan. Ada kepentingan di mana individu introvert juga diperlukan dihadapan. Individu introvert seorang yang suka kekal dalam fokus yang ingin dituju.

Individu introvert boleh mengawal penyampaian ekstrovert sewaktu pembentangan. Karakter ekstrovert yang mudah ramah membuatkan mereka cenderung kearah perbualan kosong sehingga terlupa objektif pembentangan. Jadi, peranan introvert untuk bantu tarik kembali kepada fokus sebenar bagi menyelesaikan tugas pembentangan dalam masa yang diberikan. Ini kerana dalam pembentangan ketepatan masa adalah satu hal yang sangat penting.

Jom Tonton video perkongsian dari Tuan Hj. Nizarudin, CEO AqwaaHERBS berkaitan analisa tulisan tangan (grafologi) dalam pekerjaan

Suai padan bidang tugas sesuai dengan karakter masing-masing. Ini akan memberi kelebihan pada sesebuah organisasi, produktiviti kerja meningkat, mengurangkan masalah tekanan dalam bekerja apabila melakukan tugas yang selari dengan minat dan kepakaran kita.

Kesimpulannya, mengetahui karakter ahli ‘team’ akan memudahkan langkah mencipta keserasian untuk bekerja bersama. Ada keserasian antara satu sama lain, lebih sepakat kerja yang dilaksanakan. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Jom Tambah Ilmu Tulisan Tangan (Grafologi)

Graphology Employer Handbook iaitu Panduan Memilih Pekerja Berdasarkan Tulisan Tangan

Buku panduan yang dilengkapi dengan ciri-ciri dan jenis tulisan yang majikan cari bersama DVD khas untuk menerangkan tentang buku ini

Info lanjut mengenai buku ini, klik https://graphology.com.my/gehandbook/
Jika ada pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444