Self-esteem lambang harga diri anda dan penilaian anda terhadap diri sendiri. 
Individu yang mempunyai harga diri yang bagus adalah individu yang mempercayai dirinya sebagai seorang yang penting, berharga dan mempunyai kelebihan tersendiri.

 

3 CARA NIKMATI KEHIDUPAN DENGAN “GOOD SELF-ESTEEM”

#1-Cipta Matlamat & Objektif

Untuk menikmati good self-esteem (harga diri yang bagus), sesuatu yang perlu diciptakan adalah matlamat dan objektif

Jadi, panduan S.M.A.R.T boleh cipta matlamat dan objektif anda:

S= Specific >matlamat dan objektif yang dicipta harus spesifik

M= Measureable >matlamat dan objektif boleh diukur

A= Achieveable >matlamat dan objektif boleh dicapai

R= Reasonable >matlamat dan objektif yang dicipta adalah munasabah

T= Time-bound >matlamat dan objektif haruslah ditetapkan dalam tempoh waktu

Matlamat dan objektif sebagai physical driven untuk pandu fikiran, emosi dan hati supaya fokus dan beri tumpuan pada kemahuan diri.

Jika kemahuan diri adalah untuk menjadi pemimpin yang dihormati, guru yang dedikasi, pegawai bebas rasuah, usahawan terkenal atau superwoman, maka layani dan hargailah diri anda sebagaimana yang anda mahukan.

Insha Allah, dengan matlamat dan kemahuan diri yang seiring, anda sedang ke arah membentuk self-esteem yang bagus.

 

#2-Cintai & Sayangi Diri Sendiri

Mencintai, menyayangi diri sendiri merupakan terapi terbaik yang ada untuk meningkatkan harga diri

Kalau anda sayang seseorang, macam-macam yang akan anda lakukan untuknya, kan?

Jadi, buat juga hal yang sama untuk diri sendiri. Setiap hari, lakukan yang terbaik untuk diri anda, buat perkara-perkara yang anda suka dan boleh membahagiakan hari anda.

Sejauh mana rasa sayang pada diri sendiri?

Rasa sayang pada diri sendiri dapat dilihat melalui cara bagaimana anda menjaga diri. Orang yang sayang diri akan menjaga dirinya daripada menghampiri sesuatu yang akan menyakitkan diri atau yang boleh merosakkan atau mendatangkan keburukan kepada diri di kemudian hari.

Bila anda sayang diri, anda akan lebih menghargai diri sendiri. Cintai, sayangi dan hargai diri antara elemen yang paling kukuh untuk meningkatkan self-esteem.

 

#3-Selalu Buat Perkara yang Baik, yang Allah suka

Bila anda tengah melakukan benda baik, hati akan rasa lapang dan bahagia. Betul kan?

Apabila selalu buat benda-benda baik, berkongsi kebaikan dengan orang lain dan tolong-menolong, secara tidak langsung anda juga akan merasa baik terhadap diri sendiri. Merasa baik mewujudkan rasa positif dalam diri. Dan rasa positif inilah yang akan mempengaruhi self-esteem.

Memang ada hikmah digesa untuk sesiapa sahaja melakukan kebaikan dan menghindari perkara-perkara jahat.

Dengan melakukan kebaikan, kita membina karakter diri dengan cara positif, mendorong diri ke dalam circle yang positif dan menambah nilai yang tinggi pada self-esteem

Bila ada self-esteem yang bagus, cara nilai diri dan penerimaan diri akan berubah.

Dalam agama Islam, Allah memerintahkan untuk kita melakukan sebanyak-banyaknya amal kebaikan dan meninggalkan benda yang tidak baik. Banyakkan buat benda baik sebab Allah suka. Namun jangan kerana terlalu banyak buat benda baik, kita merasakan diri sendiri sudah terbaik dan menganggap orang lain sebaliknya. Ini akan membawa kepada kesombongan dan lupa diri. Berhati-hatilah dengan sikap kita.

“Good Self-esteem” akan menyumbang kepada:

  • Peningkatan keyakinan diri
  • Membina keberanian untuk mengatasi ketakutan
  • Dan membentuk karakter diri yang positif

Galakan untuk membina self-esteem yang bagus adalah untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain. Kerana ramai antara kita menganggap self-esteem ini tiada kepentingan yang begitu besar berbanding dengan pandangan orang lain terhadap dirinya. Sedangkan kejayaan bermula apabila anda berjaya membina self-esteem yang bagus dan mencintai diri sendiri.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Bila berkata tentang Self-esteem, ia 100% melibatkan diri anda !

Adakah anda ingin tahu lebih lagi mengenai diri anda?

Jom! Sertai kami membongkar personaliti dan karakter daripada tulisan tangan anda sendiri

RAHSIA DI SEBALIK TULISAN TANGAN

Info lanjut KLIK http://bit.ly/secretsofhandwriting
Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444