Pelukan hangat seorang ibu mendamaikan. Pautan erat seorang ayah untuk melindungi dan memimpin anaknya. Namun seringkali kita terlupa nikmat kasih sayang ini kurniaan daripada kasih Allah S.W.T

Membuka kunci kasih sayang keluarga dengan kasih Allah Ya Rahman Ya Rahim

KUNCI KASIH SAYANG KELUARGA:

#1-Ketaatan Pada Allah

Diri kita bahagia bila kita kenal dan cinta Allah. Bersama dengan kasih sayang Allah, kita beroleh ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan. Dalam hidup kita ini, tidak perlu untuk kita takut akan sesiapa. Hanya takut kepada Allah. Perjalanan ini Allah telah susun atur cantik-cantik, Allah memberi saat kita memerlukan, Allah yang melindungi dari bahaya dan kecelakaan.

Nak tak bahagia selama-lamanya?

Bahagia itu boleh kita dapatkan apabila pergantungan kita (hamba) kepada Allah itu kuat. Kita tahu dalam dunia ini “Tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

Kadang-kadang kenapa kita susah rasa bahagia? Sebab pergantungan kita kepada Allah masih belum kuat, belum benar-benar mengenalinya. Kalimah “Bismillahirrahmanirrahim” yang selalu diucapkan terkandung sifat kasih sayang Allah, Allah Ya Rahman, Ya Rahim.

Tautan hati pada kasih sayang Allah sambil bicara hati memuji-Nya:
Allahumma Ya Rahman, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Terima kasih atas segala kurniaanMu kepadaku di dunia ini. Engkau mendegup jantungku setiap saat tanpa henti walau daku tidak meminta dan lupa mengucapkan terima kasih kepadaMu
Allahumma Ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penyayang , Engkau sentiasa membimbing daku ke jalan syurgaMu dan ketika daku tersasar dari jalan syurgaMu, Engkau tarik daku kembali ke jalan syurga dengan sedikit kesakitan, perpisahan dan pelbagai ujian. Daku redha atas segala ujianMu kerana ujianMu itu tanda sayangMu kepadaku

Kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim ini banyak sekali. Allah yang beri rasa sayang Nabi kepada umatnya, kasih ayah ibu pada anaknya, seorang pendidik kepada anak didikannya, suami kepada isteri, abang kepada adik dan sebagainya tidak hanya terhad pada kasih manusia, malah haiwan dan tumbuhan juga.

Mengenal Allah hidup kita jadi bahagia. Mengenal Allah membentuk diri kita jadi lebih baik. Ajak dan ajar anak-anak supaya taat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Apabila tiada ketaatan kepada Allah dan rasul maka tiadalah ketaatan kepada ibu bapanya. Wujudkan dari mula ikatan rohani, jiwa dan kasih sayang kerana Allah S.W.T.

Hamparan kasih sayang mewujudkan ikatan rohani dan membawa kepada ketaatan

 

#2-Zahirkan Nikmat Kasih Sayang

Kasih sayang kini kian bersifat material. Ramai yang beranggapan menyediakan kelengkapan yang mencukupi seperti makan, minum, pakaian, rumah dan harta itu sudah cukup membahagiakan orang yang tersayang.

Bahagia memang boleh bahagia, tetapi kebahagian yang dikecapi hanya bertahan sementara. Kebahagian ini tidak cukup kuat untuk menjadikan kasih sayang yang berterusan.

Kasih sayang itu karakternya rahsia dan misteri. Selain pemberian dalam bentuk material, kasih sayang juga dapat dizahirkan melalui sentuhan, kata-kata, perbuatan dan perhatian. Kasih sayang adalah hadiah dari Allah S.W.T kepada setiap hamba-Nya.

Kasih sayang jika tidak dimulakan oleh ibu bapa ketika proses anak sedang membesar, adalah mustahil untuk kasih sayang tersebut mengalir dalam diri anak sehingga mereka dewasa.

 

#3-Kematangan Emosi

Individu yang memiliki kematangan emosi akan menjdi raja keatas emosinya. Raja yang mengawal emosinya, memilih tindakan, membuat pilihan dan pertimbangan untuk keputusan yang akan diambil

Dalam konteks keluarga, ibu bapa adalah individu yang telah mencapai kematangan emosi yang lebih baik lagi dari anak-anak. Ibu bapa sebagai contoh teladan kepada anak-anak, menjadi rujukan permasalahan dan meleraikan pertelingkahan yang berlaku.

Seseorang yang dikatakan telah mencapai kematangan emosi mampu menghargai perbezaan sekeliling dan tidak memaksa untuk orang lain mengikut keinginannya. Jika ini yang menjadi asas kematangan ibu bapa, maka tidak kedengaranlah isu memarahi anak di khalayak, membandingkan kejayaan anak dan lain-lain lagi.

Mempunyai kematangan emosi membawa kecenderungan untuk memaafkan, memahami perbezaan dan mudah menjalinkan hubungan kasih sayang kerana dari mula telah saling menerima antara satu sama lain.

Kadang dugaan datang menjengah hingga terlupa kita untuk bersabar dan bertenang. Setiap kali emosi diduga dan merasakan amarah ini berat untuk disimpan,  bermohonlah pada pemilik hati sambil memujiNya agar dengan rasa kesabaran yang dihadirkan maka tenanglah hati untuk menerimanya..

Allahumma Ya Sobur, Engkau Maha Sabar, kurniakan kami kesabaran untuk taat kepadaMu, kesabaran untuk menjauhi laranganMu dan kesabaran untuk mengharungi ujian-ujianMu

 

#4-Keharmonian Keluarga

Dalam hidup kita ini, Allah ajar kita untuk sayang semua orang. Allah tidak suka mereka yang saling bermusuhan dan memutuskan persaudaraan.

Nak memupuk rasa kasih dan sayang kepada orang lain, kita harus berkenal-kenalan  dengannya terlebih dahulu. “Tak Kenal Maka Tak Cinta”.

Perkenalan sangat penting dalam sesebuah hubungan yang mahu dibina. Kenal dahulu personaliti, latar belakangnya, pekerjaan, keluarganya, hobinya, kelebihan juga kekurangan dirinya.

Daripada perkenalan membawa kepada persefahaman. Ada persefahaman antara satu sama lain, memudahkan kita untuk memahami karakter dan perilakunya.

TIPS: Memahami yang Tersayang

Dekatkan jarak antara kita. Dalam analisis tulisan tangan, jarak menggambarkan tentang bagaimana interaksi kita bersama dengan orang lain. Contohnya jarak antara perkataan. Jarak yang normal memberi imej seorang yang fleksible dan boleh menyesuaikan diri dalam sebarang situasi.

Mendapati pasangan kita seorang fleksible, lebih senang untuk kita kenal dan memahami personalitinya. Di samping itu, karakternya yang boleh menyesuaikan diri di mana-mana akan memudahkan usaha untuk merapatkan hubungan dengan keluarga mertua seterusnya penyesuaian diri dengan perbezaan adat resam dan budaya.

Hari ini banyak kisah keluarga yang berantakan puncanya antara suami isteri tiada lagi persefahaman, antara adik-beradik hilang kasih sayang, jarak antara anak dan ibu ayah semakin menjauh disebabkan berbeza kemahuan dan kehendak.

Persefaham boleh dicapai, kasih sayang boleh dipupuk, jarak yang jauh boleh diusahakan untuk mendekat andainya semua ahli keluarga memberi kerjasama antara satu sama lain. Luangkan masa untuk melayan kehendak individu, belajar membaca emosi dan meletakkan diri dalam situasi orang lain untuk sama-sama merasainya.

 

*Tip Asmaul Husna untuk Kekalkan Keharmonian Rumahtangga

“Allah Ya Baaqi Ya Ro’uf, yang Maha Kekal, yang Maha Memberi Kasih Sayang, kekalkanlah hubungan kami agar kami saling berkasih sayang kerana-Mu”

“Allah Ya Salam, Ya Mukmin, berkatilah hubungan kami dan alirkan ketenteraman ke dalam jiwa kami agar wujud keharmonian dalam hubungan kami”

“Ya Allah Ya Raqib, dekatkanlah jarak antara kami agar kami saling sayang dan mencintai antara satu sama lain. Dan jika kami jauh dari-Mu Ya Allah, dekatkanlah kami kepada-Mu”

LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T.)

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari

Admin.

 

*PROMO SEPANJANG OKTOBER*

💞PAKEJ KASIH SAYANG💞
✔1 Profil Analisis Tulisan Tangan Anda
✔1 Profil Analisis Tulisan Tangan Pasangan Anda
✔1 Buku LOVE Till Jannah: Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan
Berminat untuk dapatkan Pakej Kasih Sayang Whatsapp segera 016-2223444