Tangga kecemerlangan setiap individu bergantung kepada sejauh mana dia mengenal dan mencintai dirinya. Bagaimanakah dia menjadikan potensi dirinya sebagai imej diri dan bagaimanakah dia memanfaatkan ilmu yang ada pada dirinya untuk membantu kecemerlangan diri.
3 LANGKAH ASAS PERBAHARUI KECEMERLANGAN INDIVIDU:
#1-Kenal Pasti Kebolehan & Potensi Dalaman Diri
Kita sentiasa melihat orang yang berjaya itu beruntung dan selalu bernasib baik. Sedang kita apabila disuruh mencari bakat, kebolehan dan kemahiran diri banyak alasan yang dikeluarkan. Tepuklah dada jawablah sendiri.
Sebenarnya, penciptaan kita ini sudah cukup cantik. Setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Merasa terlalu baik juga tidak bagus kerana yang merasa baik itu telah Allah sembunyikan keaibannya. Subhanallah, Maha Suci Allah, Allah yang Kasih kepada hamba-hambaNya.
Allah dengan sifatnya Ya Ghoniy (yang Maha Kaya) telah mengurniakan setiap orang dari kita dengan pelbagai potensi dalaman yang tersendiri dan dibantu bersama dengan potensi daripada sumber alam untuk pembangunan diri.
Juga dengan sifat Allah Ya Muqsit (yang Maha Menyeimbangkan) telah mencipta keseimbangan terhadap personaliti kita. Di sebalik kelebihan ada juga kekurangan. Kekurangan dan kelemahan juga adalah potensi diri yang penting untuk ambil tahu sebab dari situ kita boleh memperbaiki diri.
Tips Kenal pasti kebolehan dan potensi dalaman diri, senaraikan:
-
MINAT: Perasaan ingin tahu, belajar, mengagumi dan memiliki
-
KEBOLEHAN: kemampuan, kecekapan, sifat-sifat yang membolehkan/melayakkan seseorang untuk melakukan sesuatu
-
KEKUATAN: kemampuan untuk melakukan secara konsisten
-
KELEMAHAN: kelemahan adalah kekuatan yang belum ditemukan kegunaannya
Penting untuk kita kenal pasti kebolehan dan potensi diri supaya ada peningkatan dalam hidup. Peningkatan dari pelbagai aspek sebagai contoh gaya hidup. Gaya hidup yang lebih bertujuan, positif dan percaya diri. Dan aspek lain seperti kerohanian yang membawa kita lebih bersyukur, berterima kasih kepada Allah yang mengurniakan kebolehan yang mungkin tidak semua orang dapat merasainya.
#2-Analisa ‘FEARS’ yang Menjadi Halangan Untuk Berjaya
Setiap orang ada perasaan takut. Hatta orang yang paling berani, berkeyakinan tinggi juga ada perasaan takut. Cuma, mereka memilih untuk meletakkan ke tepi rasa tersebut dan fokus untuk bertindak maju kehadapan.
Analisa rasa takut yang ada dalam diri kita:
-
Adakah takut untuk gagal?
-
Adakah takut akan kritikan orang lain?
-
Adakah takut untuk melakukan perubahan?
-
Adakah takut untuk memikul tanggungjawab?
-
Adakah takut dimalukan?
Ambil tahu ketakutan yang ada dalam diri. Jangan sembunyikan dan terima ketakutan sebagai langkah cepat kearah peningkatan hidup. Bagaimana caranya?
Hidupkan impian dan keinginan yang menyala-nyala. Daripada takut gagal, nyalakan keinginan untuk berjaya. Daripada takut akan kritikan, tukar pandangan dan fikiran kepada yang lebih positif. Daripada takut untuk memikul tanggungjawab, sebaliknya usahakan diri kearah membina sifat kepimpinan dalam diri. Insha Allah, satu kejayaan yang kita kecapi, membakar semangat untuk kejayaan yang seterusnya.
Lagi satu, letakkan keyakinan kepada Allah dengan sifatnya Ya Malikul Mulk (Memiliki Seluruh Kerajaan Langit dan Bumi) bahawa kehidupan kita ini hanyalah berada di gengaman-Nya. Keyakinan ini akan melumpuhkan rasa takut kita dan menguatkan pergantungan diri kepada Allah.
Ada satu rasa takut yang terpuji. Iaitu takut melakukan dosa. Kerana rasa takut ini akan mendorong kita untuk meninggalkan kejahatan dan sentiasa menjaga diri, menambah ilmu yang bermanfaat dan memperbanyakkan amalan kebaikan.
#3-Terima Kegagalan Sebagai Pelajaran Tanpa Rasa Kekecewaan Dalam Diri
JOM! LIFE TRANSFORMATION
Bersama kami 28 Oktober di Seminar ” The Powerful Secrets of Handwriting “
Kami ingin membantu anda:
✔ Atasi Ketakutan
✔ Tingkatkan Keyakinan Diri
✔ Tingkatkan Kepimpinan Diri
✔ Buang sikap yang menghalang kejayaan


