Kematangan sesuatu perhubungan didorong oleh dua pihak saling menolong, tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Fahami Maksud Hak & Kewajiban
Hak adalah sesuatu yang merupakan milik atau dapat dimiliki oleh suami atau isteri yang diperoleh dari hasil perkahwinannya.
Kewajiban adalah hal-hal yang harus dilaksanakan atau diadakan oleh salah seorang dari suami atau isteri untuk memenuhi hak dari pihak yang lain.
Bilakah Hak & Kewajiban mulai berlaku dalam perkahwinan?
Hak dan kewajiban mulai berlaku sejak dilakukannya ijab kabul dalam perkahwinan.
Berpesan-pesan Atas Nama Kebenaran
-
Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Wasiat untuk suami dalam memperlakukan isteri.
Sabda Nabi yang bermaksud:
“Bertakwalah kepada Allah dalam memperlakukan para wanita, kerana kalian telah mengambil mereka (sebagai isteri) dengan perjanjian Allah dan menghalalkan hubungan suami isteri dengan kalimat Allah.”
(HR. Muslim dari Jabir)
-
Allahyarham Tok Guru Nik Aziz
“Kewajipan suami terhadap isteri bukan saja setakat menyediakan kediaman, makan minum dan pakaian tetapi jauh lebih penting dari itu menjaga perasaan dan emosi isteri. Misalnya kalau suami keluar malam dan tak bagi tahu isteri sehingga isteri bimbang dan runsing ia adalah satu dosa”
-
Ustaz Kazim Elias
“Saidina Omar yang begitu garang pun tuan-tuan…tak marah bila isteri berleter.
Ada orang bertanya kenapa tuan tak marah balik? Dia balas….
Dia dah masak untuk aku
Dia dah beranakkan anak aku
Dia bersalin anak aku
Dia jaga anak aku
Dia jaga pakai aku
Dia ambil banyak tanggungjawab aku
Sebab dia leter sangat pendek kalau dibanding dengan dia jaga anak aku. Jadi buat apa kita nak ambil hati..”
-
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz
“Isteri amanah Allah. 3 tanggungjawab suami untuk isterinya”
-
Fizikal: Menjaga keselamatan isteri, menjaga kehormatan isteri & menjaga kesihatan isteri
-
Material: Memberi nafkah zahir & batin
-
Spiritual: Memastikan isteri beriman & bertaqwa kepada Allah
Buat wanita yang bergelar Isteri
“Berdosa besar bagi wanita yang sudah bersuami menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sehingga membawa kepada keruntuhan rumah tangganya. Sepatutnya sebagai isteri, wanita perlu hormat dan taat pada suaminya lebih-lebih lagi suami yang baik budi pekertinya”
-
Prof Dr Muhaya Mohamad
“Hiduplah penuh ikhlas dan banyakkan kasih sayang kepada diri kita dan orang lain. Buang semua perasaan negatif dan jangan sekali-kali fikir negatif tentang sesiapa”
“Hiduplah di dunia ini sebagai destinasi untuk memberi dan hiduplah di akhirat sebagai tempat untuk menerima”
-
Ustazah Datuk Norhafizah Musa
“Apabila pasangan suami isteri telah selamat diijab-kabulkan maka bermulalah tanggungjawab besar yang terpikul bersama antara suami dan isteri.
Bahtera rumahtangga yang dikemudikan oleh suami bakal berlayar menempuh lautan yang luas menuju destinasi keredhaan ilahi. Namun lautan tidak selalunya tenang, langit tidak selalunya cerah, pelbagai dugaan dan ujian akan silih berganti.
Kadang-kala badai menerjah menguji kesabaran dan kematangan hidup insan. Keadaan ini menagih kesabaran dan ketenangan dalam mengharunginya. Penyelamat yang paling ampuh ialah ilmu dan keimanan yang menebal kepada Tuhan.
Perkara asas dalam menjamin keharmonian rumahtangga ialah memahami hak-hak yang mesti dijaga oleh pasangan suami dan isteri.
Kegagalan memahami dan menunaikannya akan mengakibatkan mahligai yang dibina akan mengalami keretakan.”
Akhir kata, rujukan untuk anda NOTA-NOTA CINTA dari kitab al-quran:
Hak Isteri atas Suami
- Hak menerima mahar: Surah al-Baqarah (236-237), Surah an-Nisa (4, 20 & 21)
- Hak atas nafkah: Surah al-Thalaaq (7)
- Hak atas tempat kediaman: Surah al-Thalaaq (6)
- Hak menggauli isteri dengan baik: Surah an-Nisa (19), Surah al-Baqarah (222 & 223)
- Hak suami menjaga dan memlihara isteri: Surah at-Tahrim (6)
- Hak suami berlaku adil terhadap isteri-isterinya: Surah an-Nisa (3)
Hak Suami atas Isteri
- Hak ketaatan dan kepatuhan pada suami: Surah an-Nisa (34)
- Hak mengurus dan mengatur rumah tangga dengan baik: Surah an-Nisa (34)
- Hak menjaga diri dan harta suaminya: Surah an-Nisa (34)
Hak & Kewajiban Bersama antara Suami Isteri
- Halal saling bergaul: Surah an-Nisa (23)
- Pergaulan yang baik dan tenteram, saling cinta mencintai dan santun menyantuni: Surah an-Nisa (19), Surah ar-Rum (21)
- Hak saling mewaris: Surah an-Nisa (12)
- Saling menjaga rahsia: Surah an-Nisa (34)
Suami sebagai pemimpin rumah tangga yang memiliki hak keatas isteri dan anak-anaknya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan sebahagian yang lainnya dan kerana mereka telah membelanjakan sebahagian harta mereka”
(Surah an-Nisaa’: 34)
Islam juga memandang tinggi dan mulia terhadap wanita. Oleh kerana itu, isteri juga memiliki hak-hak yang harus ditunaikan oleh suami. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan para isteri mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipan mereka menurut cara yang ma’ruf”
(Surah al-Baqarah: 228)
Wallahu’alam. Biidznillah Ya Barri
Admin.
Sebarkan kebahagian…

Allah Ya Baari’ yang Maha Mengaturkan segala agenda yang berlaku dalam hidup kita. Alhamdulillah, buku LOVE dalam fasa terakhir untuk dikeluarkan.
Tawaran untuk Pre-order buku LOVE kini dibuka !!
PRE-ORDER BUKU LOVE

