Mencari perkara yang ‘luar biasa’ di sebalik buku yang kelihatan ‘biasa-biasa’. Penulisnya dari orang biasa tapi ada semangat ‘luar biasa’ untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

Buku rujukan cinta ini adalah hasil nukilan Ustaz Pahrol Muhammad Juoi, Prof Muhd Kamil Ibrahim dan isteri Pn Roza Roslan serta Pn Azura Hashim.

BUKU CINTA: RUJUKAN UNTUK KELUARGA SAKINAH

#1-NOTA HATI SEORANG LELAKI

Ini sebuah kisah benar yang dirasai oleh penulis sepanjang kembara kehidupannya sebagai seorang anak, suami dan ayah.

Penulisan yang santai ditulis dalam format bual bicara, diolah menjadi cerpen pendek. Menariknya, pada setiap bahagian bab, ditambah satu lagi catatan nota yang menyimpulkan keseluruhan cerita bagi bab-bab tersebut.

Bahagian 1: Nota untuk Anak…
” Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibu bapanya apabila dia sendiri mempunyai anak. Jangan sekali-kali mungkiri kasih kedua-dua ibu bapa yang telah tua, nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri kasih kita “

 

Bahagian 2: Nota untuk Suami…
“Hubungan kita dengan Allah memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita. Baikilah hubungan dengan Allah untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri. Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri, sekiranya kita sendiri gagal mentaati Allah sebagai hambaNya.”

 

Bahagian 3: Nota untuk Ayah…
” Hadiah terbaik seorang ayah kepada anak-anaknya ialah dengan mencintai ibu mereka. Cintailah isteri nescaya anak-anak akan mencintai kita. Jangan sesekali memisahkan kasih antara anak dan ibu, nanti putus pula kasih antara anak dan bapa “

 

Bahagian 4: Nota untuk Da’i…
” Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang kita sering dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia “

 

Antara nota-nota lain yang menarik
  • Apabila Bisikan Jadi Jeritan
  • Tukar Tangan, Bukan Lepas Tangan
  • Khutbah Nikah: Masihkah Kau Ingat?
  • Susahnya Melihat Anak Susah
  • 114 ‘Surah Cinta’ Yang Tersia

 

Walaupun Nota ini ditujukan khas buat lelaki, namun wanita juga patut membacanya kerana status wanita sebagai anak perempuan, isteri, ibu dan pendakwah wanita sememangnya dihidupkan bersama di atas dunia ini dengan kaum lelaki, untuk saling mengenali dan mempelajari peranan setiap insan.

 

#2-SELAMAT PENGANTIN BARU: RAIKAN CINTA (Pesanan Buat Semua)

Sebuah buku yang ringkas dan mudah baca. Namun, ia padat dengan nasihat yang boleh dijadikan panduan. Buku ini didedikasikan kepada anak lelaki penulis yang telah melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya.

Buku ini akan terasa dekat dengan hati pembaca. Ia adalah penceritaan emosi ibubapa yang menyaksikan perjalanan hidup anaknya dari kecil sehingga saat anak tersebut menginjak dewasa dan bersedia untuk berumah tangga.

Ia kisah tentang pengalaman dan perasaan mereka. Dikongsikan bersama sahabat beberapa coretan nasihat dari buku ini yang didalamnya terkandung hikmah dan pengajaran.

PESAN SEORANG AYAH
“Selamat jalan anakku. Selamat datang menantuku.
Perkahwinan ini satu fitrah. Ia detik penting dalam hidup kita. Ujian perkahwinan sangat mudah… sama ada perkahwinan ini membawa kita lebih hampir atau semakin jauh meninggalkanNya.”

 

PESAN SEORANG IBU
“Duhai anak perempuan bakal suri hati anak lelakiku..
Jagalah anak lelaki kesayangan kami ini dengan sebaiknya. Terimalah segala kekurangan dirinya. Maafkan mama kerana tidak pandai mengasuh jika dia tidak sempurna di matamu.
Usah menceritakan aib dirinya di khalayak. Usah mengadu kepada ibu serta rakan-rakan. Kembalikan segala resah serta gundah kepada Allah al-Barri, Yang Menentukan jodoh pasanganmu duhai anak.”

 

PESAN DARI ORANG TUA KEPADA ORANG MUDA
“Hari ini dan masih berbaki, tenaga kami semakin lemah sudah tidak berupaya.
Pandanglah kami dengan rasa belas kasih serta simpati wahai orang muda meskipun ada isteri di sisi. Moga DIA sentiasa mengingati.”

 

PESAN SEORANG ANAK
“Duhai ibu mentua..Usah bersedih hati bergundah gulana.
Bayangkan kisah Nabi Musa yang diberikan ilham supaya menghanyutkan bayi demi keselamatannya. Sedangkan anakmu pergi bersama pasangan yang mengasihinya. Sesungguhnya Allah Maha Pemelihara lagi Maha Bijaksana.”

 

Selain pesanan dalam kehidupan berumah tangga, penulis tidak lupa juga menyelitkan ayat-ayat al-Quran supaya kehidupan kita ini terarah pada landasan yang betul.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan dia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya dan dia pula tidak sombong, angkuh dan derhaka”

Sepotong ayat dari surah Maryam, ayat 14 seruan untuk kita taat, hormat serta berlembut kepada ibubapa yang semakin tua.

 

#3-LOVE TILL JANNAH

Buku ini akan memberikan pembacanya satu perasaan yang mengujakan. Buku cinta yang pertama seakannya di Malaysia. Konsep penceritaan buku ini juga santai dan yang lebih istimewa penulis memperkenalkan kaedah grafologi (analisa tulisan tangan) yang sebelum ini belum ramai yang tahu. Sebenarnya ada rahsia di sebalik tulisan tangan seseorang.

Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis adalah bagaimana proses taaruf (berkenal-kenalan) itu antara yang terpenting dalam fasa pertama sesuatu perhubungan.

Peluang berkenalan jangan diambil ringan. Kita boleh memilih siapa pun yang kita yakin mampu membawa kita kepada kebahagian. Mulakan taaruf dengan mengetahui akhlak, keperibadian dia dan apabila sudah baca buku ini, mintalah sekali tulisan tangan si dia. Semuanya memerlukan langkah pertama untuk menemui pasangan yang terbaik. Keserasian dan kefahaman yang dicari mungkin ada pada tulisan tangan.

Masih belum jelas? Jom kita lihat antara isi kandungan yang terdapat dalam buku LOVE TILL JANNAH

  • Emosi dalam Tulisan Tangan
  • Dekatkah Jarak Kita?
  • Akal dan Refleks
  • Bicara Dua Hati
  • Pencinta atau Pemaksa
  • Erti Sebuah kejujuran

INSHA ALLAH,
Tawaran pre-order buku LOVE TILL JANNAH sudah dibuka. Special Price untuk hari pertama, 27 Mac 2018 !

Klik Pre-Order Buku Love

Semoga Bermanfaat.

Admin.

Leave a Reply