Buang Sikap Ini.
“Nak buat apa-apa pun malas”
Malas adalah sesuatu yang boleh di urus. Iannya boleh menyerang kita tanpa mengira masa, atau dimana jua.
Jadi, kenalpasti punca dan selesaikan.
#1 Kenalpasti matlamat diri.
Langkah pertama dalam menetapkan matlamat kehidupan ialah memikirkan apakah yang ingin dicapai dalam hidup kita.
Setiap hari, impikan dan bayangkan matlamat kita. Apa yang ingin dicapai.
#2 Pandang kehidupan dengan skala yang besar.
“Everything you do now is for your future”.
Abaikan masa lalumu. Jadikan masa lalu kita sebagai kekuatan untuk kita meniti kehidupan di hari mendatang.
#3 Rehat dan tidur yang cukup.
Melalui ini, oksigen yang dihantar ke otak dan badan dapat berfungsi dengan baik. Sekaligus dapat mendorong kehidupan yang berkualiti.
“My health, my life”.
#4 Fokus dan berfikir dengan positif.
Kesilapan dalam berfikir secara tidak rasional mendorong ke arah pemikiran yang negatif.
“Mindset” amat penting dalam merealisasikan sesuatu hal itu. Jika kita katakan TIDAK maka tidaklah ianya terjadi.
#5 Susun kerja dengan baik.
Kita boleh membuat to-do-list, In shaa Allah hal ini akan dapat membantu kita menjadi lebih teratur.
#6 Motivasi ganjaran.
Sering kita katakan iaitu “SELF-REWARD”. Ini boleh dijadikan asbab untuk kita mencapai sesuatu itu.Jika kita berazam, kita akan berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.
“I cannot say whether things will get better if we change; what I can say is they must change if they are to get better – George C.Lichtenberg”.
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Dr Azura,
Jom tangani sindrom ‘kemalasan’.