Apa tujuan kehidupan sebenarnya?
Hala tuju setiap Muslim dalam hidup di dunia ini ialah untuk mendapat keredaan Allah SWT
Hala tuju dalam kehidupan ditentukan oleh diri kita sendiri. Apa yang kita inginkan akan berlaku mengikut apa yang dikehendaki.
#1 Hargai
Dengan mula menghargai kita akan mula mensyukuri apa yang sudah diperolehi sehingga saat ini.
#2 Yakin
Tetapkan keyakinan dalam diri dan bergerak untuk bermula dan InsyaAllah akan nampak hasilnya.
#3 Buat
Apabila kita mula buat apa yang dimahukan, walaupun lama ianya adalah proses. Hanya pastikan arah perjalanan kita adalah betul.
#4 Jalan
Kita ada jalan masing-masing, hala tuju kita adalah berdasarkan kesungguhan dalam diri. Hanya kita yang boleh mengubah diri kita!
Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup kita dengan jelas agar kita mempunyai hala tuju yang mantap dalam kehidupan kita.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11).
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Dr Azura,
Salam kejayaan