Love youself first, and everything else falls into line” – Lucille Ball
Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk yang tersayang, tetapi sejauh mana kita cintai diri sendiri?
#1 Pandangan terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding pandangan orang.
Tanya pada diri, apakah pandangan kita terhadap diri sendiri?
#2 Bersyukur dengan kurniaan Allah dan berusaha mengejar redhaNya.
#3 Tukar pemikiran negatif ke arah yang lebih positif.
Bilamana pemikiran yang negatif diwujudkan, ia seolah bayang-bayang yang menghantui kehidupan.
#4 Ajar diri untuk bersabar dan beri masa untuk diri sendiri belajar sesuatu secara berproses.
Jangan cepat berputus asa bilamana sesuatu perkara itu lambat untuk dicapai.
#5 Menjauhi perbuatan yang tidak memberi manfaat kepada diri sendiri.
#6 Melazimi muhasabah diri dan bertaubat.
Ketika melakukan kesilapan, kita harus cepat sedar dan mengakui kesilapan serta berazam untuk tidak mengulanginya.
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah swt daripada mukmin yang lemah” (Hadis Riwayat Muslim)
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Dr Azura Hashim,
Sayangi diri kita dan inshaaAllah segala kebaikan akan datang kepada kita ❤️