Kita yang menentukan kehidupan sendiri, bukannya orang lain.

Proses untuk mengecapi kejayaan bukanlah mudah.

Tiada jalan pintas untuk menggapainya.

Semua orang mempunyai potensi untuk mencapai matlamat masing-masing.

#1 Keinginan Yang Kuat.

Motivasi diri yang tinggi boleh mendatangkan hasil sekiranya kita mesti mempunyai keinginan, matlamat, serta impian yang kuat.

Ini dapat membantu di kala sukar dan memastikan kita berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

#2 Mengetahui Arah Tujuan

Ketahui arah tujuan merupakan sumber motivasi paling kuat.

Ianya sebagai inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan. Membantu menaikkan semangat agar tidak mudah putus asa.

#3 Berani Mengharungi Cabaran

Ramai yang mudah putus asa menghadapi cabaran. Keberanian untuk meneruskan perjalanan dan mengahadapi liku-liku berduri itu adalah sebagai motivasi terbaik.

Fokus untuk meneruskan langkah tanpa menoleh ke belakang.

#4 Lupakan Masa Silam

Masa silam kadangkala pemusnah motivasi diri kita. Perkara di masa lalu kadangkala melemahkan semangat untuk kita meneruskan kehidupan.

“Past is past”.

Berani mendepani cabaran. Masa depan masih menanti walaupun masih belum pasti apa yang bakal mendatang.

Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang kita hadapi, teruskan usaha menjadi seorang yang lebih berjaya setiap hari.

Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah


Salam kejayaan ❤

Dr Azura Hashim
Master of Handwriting Analysis, USA
Personal Development, Author