Kehidupan ini kadangkala memang menyesakkan. Datangnya dugaan kepada kita dalam pelbagai bentuk tanpa mengira masa dan tempat.
Tekanan tidak mungkin selamanya dihindari, kerana ujian dan cubaan dari Allah SWT tidak dapat diatur oleh manusia.
Jom faham 4 teknik urus stress:
#1 Pemakanan sihat
Pemakanan merupakan aspek penting dalam teras pyramid kehidupan kita. Ia merupakan penyumbang kepada fizikal dalam dan luaran kita.
#2 Kualiti tidur yang baik
Ianya merupakan elemen gaya hidup yang baik. Setiap manusia memerlukan tidur yang cukup untuk kesihatan mental dan fizikal.
Tidur yang cukup akan mempengaruhi aktiviti untuk hari mendatang.
#3 Senaman secara berkala
Senaman secara berkala dapat membantu kita mencapai tahap optimum fizikal dan mental. Secara umumnya, perubahan pada diri dapat dirasai.
#4 Pengisian Rohani
Punca kecelaruan jiwa kita bermula dari kekosongan pengisian rohani dan kefahaman yang dangkal terhadap tujuan dan matlamat hidup ini.
Sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah dan tidak sombong meminta bantuan daripadaNya.
“Give your stress wings and let it fly away.” —Terri Guillemets
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Dr Azura Hashim
Master of Handwriting Analysis, USA
Personal Development, Author