3 TIP PEKERJA PRODUKTIF

1.Ruang kerja bersih & kemas

Bersihkan ruang kerja kita.

Nampak macam perkara kecil dan mudah. Tapi, ramai yang tidak ambil peduli.

Perkara-perkara yang kecil sebegini jika tidak buat, boleh menganggu fokus kita bekerja.

Ambil masa sekejap, 2-3 minit untuk kemas meja anda. Susunan yang teratur dan kemas akan membangkitkan mood kerja.

Betul atau tidak? Anda buat dahulu..dah buat, baru tahu.

Kalau rajin sikit, boleh hias ruang kerja anda. Gunakan gabungan-gabungan warna yang boleh bagi impak positif pada working environment.

 

Energi warna beri IMPAK POSITIF

Ok, admin pilih 3 warna yang terbaik untuk ruang kerja anda:
  1. MERAH

Warna merah identiti kepada kekuatan, tenaga, semangat dan keghairahan.

Tahukah anda dalam badan manusia ada adrenalin. Adrenalin sejenis hormon di mana ia akan refleks kepada cahaya terang. Kesan refleksi ini akan membuatkan detak jantung kita meningkat.

Ya, fungsi adrenalin ini yang mengejutkan sistem yang tidur dan mendorong fizikal manusia untuk bergerak dengan penuh semangat.

 

  1. HIJAU

Pasti ramai yang rasa tenang melihat warna hijau pokok-pokok.

Aura warna hijau itu sememangya kuat sehingga kita kalau mahu bercuti atau berehat akan memilih tempat-tempat semulajadi, jauh dari bandar.

Secara psikologi, warna hijau iaitu warna alam digunakan untuk membantu individu yang dalam situasi tertekan untuk mendapatkan keseimbangan dan menenangkan emosinya.

 

  1. EMAS

Emas ibarat impian, didapati selepas adanya keazaman dan usaha yang sungguh-sungguh.

Sebagai inspirasi mengukuhkan kerjaya anda letakkan warna-warna emas di sekeliling anda.

Warna emas memberi makna prestasi, kejayaan, kemewahan, kemenangan dan kemakmuran.

 

2.Checklist: Things To Do

Pekerja yang sibuk mahu dilihat sebagai orang yang mempunyai pelbagai misi. Sementara pekerja yang produktif mempunyai misi dalam hidup mereka.

Pekerja yang produktif ada ‘things to do’ untuk membahagikan tugasan mengikut priority: high, middle, low.

Bila ada penanda aras, kita tahu merancang perkara yang perlu didahulukan dan ada matlamat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Apa kelebihan yang bakal kalian dapati?
  • Pengurusan masa yang teratur
  • Gerak kerja lebih cekap dan teratur
  • Boleh fokus pada tugasan high priority, penting dan perlu disegerakan.
“10% masa yang kita gunakan untuk merancang dan menyusun tugas, dapat menjimatkan 90% masa bagi menyelesaikannya sebaik sahaja kita memulakan tugasan itu” – Brian Tracy

 

3.Sikap Optimis

Mempunyai sikap optimis mendorong anda untuk berfikiran positif.

Cari perkara-perkara positif di sekeliling anda yang boleh membangkitkan semangat dan mengawal emosi dalam diri. Salah satu yang mudah, berzikir nama-nama Allah sebagai terapi dan cari kata-kata inspirasi di internet yang dapat beri motivasi pada diri.

Dalam grafologi, sikap optimis seseorang dianalisis daripada tulisan tangan. Tulisan tangan dipengaruhi oleh minda separa sedar manusia yang diterjemahkan di atas kertas.

Apa yang di fikiran itulah yang lahir pada tulisan anda..

Semakin menaik garis asas tulisan anda, semakin optimis diri anda

Kebanyakan orang yang berjaya mempunyai tulisan tangan dengan garis asas menaik. Mereka ini individu yang bercita-cita besar, tidak mudah patah semangat dan lebih positif

 

 

Jika berminat untuk tahu lebih mengenai tulisan tangan, kami bawakan anda SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN januari ini. Klik gambar di bawah untuk info lanjut tentang seminar ini.

Daftar bersama kami segera kerana tempat adalah terhad!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya’
(Surah at-Tiin: 5)

Benarlah kata Allah, bahawa Dia telah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian..Subhanallah

Sekarang pilihan ada di tangan kita sendiri untuk mengembangkan potensi menggunakan penglihatan, pendengaran dan pancaindera yang diberikan pada jalan yang betul.

Wallahualam, Biidznillah Ya Baari’

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

 

 

Leave a Reply