PEMUDA adalah aset utama bangsa, pewaris takhta kepimpinan Negara.

Usia antara 15-30 tahun itu menentukan arah dan pertumbuhan kehidupan seseorang. Sangat berharga dalam jangka umur tersebut untuk remaja mengenali karakter dan potensi diri.

BERSAMA PELAJAR & ALUMNI DARI KOLEJ KOMUNITI

 

Jutaan terima kasih kepada pihak kolej komuniti yang sudi menjemput Dr Azura untuk program bersama anak-anak kolej komuniti pada bulan lepas.

Program yang berlangsung telah dihadiri oleh tenaga pengajar kolej, pelajar-pelajar dan ibubapa yang turut hadir sebagai tanda sokongan.

Fokus program sangat menarik dimana pihak Kolej Komuniti Shah Alam bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan alumni mengenai dunia pekerjaan di luar.

Realiti kehidupan di luar sana yang nyata berbeza dari fantasi…

Apakah persediaan yang telah dilakukan?

Bagaimana ingin menguatkan mentaliti anak-anak muda di zaman yang membimbangkan ini?

Kami memilih topik membina kepimpinan khas untuk perkongsian bersama dengan kolej komuniti supaya anak-anak ini bersedia mental mereka untuk tempuh dunia luar

3 TIP MEMBENTUK PERSONALITI MENJADI SEORANG PEMIMPIN

Dalam slot yang diberikan, Dr. Azura telah kongsikan tip-tip membentuk diri menjadi seorang pemimpin. Sangat menarik!!

1) Minda Positif 

Wah….nampak senang untuk diucap tapi untuk melaksanakannya perlukan kerjasama dari minda, emosi dan fizikal supaya apa yang terlaksana berjalan seiring dengan kehendak hati.

Berfikiran positif terhadap kehidupan

“Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, sesungguhnya Engkau yang Maha Menyucikan lagi Maha Menjernihkan, sucikan dan jernihkan hatiku untuk sentiasa positif dan dapat melihat hikmah kehidupan”

2) Tinggi Keyakinan 

Keyakinan datang dari keberanian.

Kisah pahlawan islam yang tersohor Salahuddin Al-Ayubi. Tokoh yang terkenal di seluruh dunia dan pastinya sejarah kejayaannya dijadikan panduan bagi pahlawan-pahlawan dunia.

Keyakinan dan keberanian yang ditunjukkan telah menyelamatkan Baitul Muqaddis dari musuh. Sebuah kisah pengajaran yang membuktikan jika ada keberanian pasti lahir keyakinan yang tinggi.

Seorang pemimpin mesti berani mengambil risiko dan tidak mengalah! Ayuh, BANGKIT!!

3) Pemikiran Analitikal

Pemimpin yang corak pemikiran analitikal, ada sudut tajam pada bahagian bawah huruf m dan n. Semakin tajam sudut tersebut semakin tinggi pemikiran analitikalnya. Contohnya seperti di bawah:

Pemikiran analitikal di mana otak mereka ini aktif sentiasa ada pertanyaan what, why, when, which dan how sesuatu peristiwa, krisis, kejayaan dan kejatuhan sesuatu boleh berlaku.

Jangan risau sahabat..berfikir secara analitikal ini boleh dilatih. Salah satu bentuk latihan adalah dengan transformasi pada tulisan sendiri.

Transformasi pada tulisan secara tidak langsung menggerakkan minda bawah sedar kita seterusnya mengawal cara berfikir dan kelakuan kita.

UBAH TULISAN TANGAN ANDA BOLEH UBAH PERSONALITI

Rahsia analisa tulisan tangan ini dapat membantu individu menentukan jurusan, minat atau bakat yang dimiliki serta pengetahuan yang ada untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Masa depan itu unpredictable, tidak boleh dijangka…Kita boleh mencorakkan rancangan masa depan kita, tapi yang menentukan hanya pada Allah Ya Barii, Allah Yang Maha Merancang

Untuk JADI LEBIH HEBAT, LEBIH LAGI DARI SEORANG PEMIMPIN dapatkan tip dan teknik penulisan yang lebih banyak lagi di SINI

 

Leave a Reply