Subhanallah..Maha Suci Allah segala kesulitan dan kesenangan adalah bentuk tarbiah dariNya

1. BELAJAR DARI SANG ZIRAFAH

Zirafah adalah haiwan yang paling tinggi. Kelebihan pada ketinggian yang dimiliki tetap tidak membuatkan kumpulan ini leka. Kumpulan ini juga berhadapan ancaman daripada binatang-binatang buas lain.

Jesteru, mereka diajar untuk bertahan dan berjuang untuk hidup sebaik sahaja dilahirkan.

Lahirnya bayi zirafah dia akan terjatuh dari ketinggian 10 kaki atau 3 meter dari rahim ibunya. Lalu si bayi ini akan dalam posisi terbaring dan pertama kalinya mata melihat dunia.

Bayi zirafah akan tetap dalam posisi tersebut jika si ibu tidak mengajarkan sesuatu.


Pelajaran pertama oleh si ibu zirafah kepada anaknya.

Beberapa ketika, ibu zirafah mendekati anaknya lalu mengayunkan kaki yang panjang dan menyepak anaknya. Si bayi zirafah bergerak sedikit kedudukannya ke hadapan tetapi ia masih belum boleh berdiri.

Sepakan kedua dari si ibu yang lebih keras dan kasar pada kaki anaknya. Bingung di fikiran bayi zirafah diperlakukan sebegitu dalam keadaan diri yang tidak tahu apa-apa.

Tujuan sepakan ibu zirafah hanya satu iaitu agar si anak segera berdiri dan berjuang untuk hidup.

Berulang-ulang sepakan yang dilakukan pada anak zirafah.


Ketika anaknya mula berusaha untuk bangkit, ibu zirafah tetap terus menyepak dan menendang lagi.

Akhirnya anak zirafah berdiri pertama kali walaupun kakinya masih lemah.

Perlahan-lahan berdiri sekali lagi sehingga kukuh kakinya dan kuat badannya

Anak zirafah jika tidak ditendang dan disepak ibunya maka sekejap sahaja dia akan mati dimakan oleh binatang lain kerana dia tidak tahu untuk bertahan dan menyelamatkan diri.

Simbolik Cerita Zirafah & Kehidupan Manusia
  1. Tendangan dan sepakan itu adalah contoh ujian dan cabaran yang hadir
  2. Tendangan keras dan sepakan kasar itu bentuk kesakitan dan keperitan yang dirasai
  3. Sepakan yang berulang itu tanda jangan leka dan selesa kerana ujian itu datang tanpa diminta
  4. Jatuh itu kegagalan
  5. Berdiri semula itu kebangkitan atas kegagalan
  6. Larian si zirafah itu simbolik pada kemenenangan atas usaha selepas jatuh dan bangun

Jika tidak pernah menerima tentangan dan kegagalan dalam kehidupan mungkin saat ini anda menjadi individu yang mudah putus asa

2. BERANI CUBA

 

Berani mengajar kita tidak bergantung pada sesuatu.

Mari latih minda kita ke pola pemikiran yang berani. BERANI SUPAYA LEBIH PERCAYA DIRI

Latihan 1: Berani Bermimpi

Semasa bermimpi kita bayangkan diri kita melakukan perkara-perkara yang sukar dan susah. Melalui mimpi, anda akan berimaginasi pelbagai cara dan teknik bagi anda mencapai matlamat tersebut.

Selepas bermimpi akan timbul satu rasa keyakinan bahawa anda boleh lakukan jika menggunakan cara yang betul.

Latihan 2: Ubah mindset

Ubah cara berfikir ke arah positif. Jika kau fikir kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jangan ragu-ragu nanti usaha tidak menentu.

Tidak mengapa jika jatuh gagal, bangkit, maju dan besarkan lagi cita-cita anda.

 

“Ya Allah Ya Rashid, Ya Awwal, Ya Ba’its. Wahai Tuhan Yang Maha Memecut, Maha Mempercepatkan dan Maha Membakar Semangat. Bantulah aku cepat bertindak dan membuat pecutan luar biasa serta bakarlah semangatku untuk melaksanakan perkara ini dengan cara terbaik dan mendapat redhaMu”

 

3. USAHA UNTUK LEBIH BAIK

Tanda-tanda anda hampir berjaya tapi anda takut

Individu yang mempunyai sikap begini selalunya menulis huruf seperti g, j dan y dengan hujungnya kearah bawah.

Contohnya..

Jika ada tanda seperti di atas, cepat-cepat ubah!

Sebab…

Semakin ke bawah hujung huruf g, j, dan y, semakin susah seseorang itu untuk berjaya. Individu ini dikatakan mudah putus asa dan kecewa

Anologinya…anda telah hampir di puncak. Tiba-tiba ada yang datang merendah-rendahkan usaha dan mempersoalkan bakat anda. Anda terkesan dan tidak mahu melangkah setapak lagi ke hadapan. Sayang sungguh..anda lepaskan peluang

DO NOT SABOTAGE YOURSELF

Tip Ubah Personaliti

Bagi mengatasi kelemahan ini, apabila anda menulis naikkan terus hujung huruf tersebut keatas. Jangan diturunkan ke bawah.

Seolah-olah kita berkata pada diri AKU BOLEH! INI YANG TERBAIK!

Insha Allah..

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kamu yang kafir”
(Surah Yusuf: 12)

Seorang JUARA menerima tendangan dan sepakan yang lebih keras, lebih banyak dan lebih menyakitkan

Seiring kejayaan seorang juara, haruslah dia juga mempunyai karakter yang bagus. Karakter pemangkin kecemerlangan sebenar seorang juara.

Untuk BAKAL JUARA, ada sesuatu untuk anda. KLIK SINI 

 

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply