SOALAN CEPU EMAS?

Pada bulan lepas, saya mendapat jemputan dari Universiti tertua di Malaysia. Di universiti ini, sempat saya mencurahkan ilmu kepada pelajar- pelajarnya. Juga di sinilah saya berjuang melalui pelbagai peristiwa demi mendapatkan title ‘Dr’. Perjuangan dan perjalanan yang mengubah kompas kehidupan saya.

Seperti biasa, topik analisa tulisan tangan  membuatkan orang yang tidur akan terjaga. Kebetulan slot saya waktu petang, jadi memang sesuai nak pastikan peserta kekal fokus. Alhamdullilah.

Di akhir perkongsian, adalah sesi soal jawab. Kebanyakan soalan berkisarkan tentang rahsia tulisan tangan. Namun yang menariknya, ada seorang adik ni bertanya tentang masa depan mereka.

Katanya ..”Kementerian kata, kami student BBA susah dapat kerja nanti. Jadi apa patut kami buat?”

Saya jawab senang aje..”Apa yang kita belajar sekarang ini tidak penting. Sebab ianya adalah satu platform dan networking untuk kita rancang ke mana hala tuju kita.”

Tambah saya lagi.. “Saya bekas graduan bidang “Human Resource“. Saya tak pernah praktis pun.  Kemudian sambung MBA dan PhD pengkhususan dalam perniagaan antarabangsa. Adalah sikit- sikit praktis. Itu pun sebab produk yang saya keluarkan dapat masuk pasaran Indonesia. Tapi yang sebetulnya tak praktis langsung, sebab semuanya suami saya yang uruskan. 

Ini baru satu contoh. Banyak lagi contoh diluar sana. Belajar lain, bekerja lain. Satu perkara biasa.

Jadi apa yang patut kami buat? Belajar penat- penat tapi tak dapat kerja yang sepatutnya. 

MACAMANA NAK CAPAI IMPIAN?

Ini adalah soalan biasa. Ramai ada impian tapi tak tahu macamana nak capai. Atau tak tahu macamana nak capai impian.

“Allahumma Ya Musowwir. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kreatif. Engkau mencipta alam dan seisinya dengan penuh kreatif. Kurniakanlah daku sedikit kreativiti-Mu agar daku dapat berfikir dan melaksanakan setiap apa yang daku lakukan dengan kreatif mengikut redhaMu”

3 TIP MENCAPAI IMPIAN

1. TULIS IMPIAN

“…dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya” (53:39) 

Tulis segala impian kita. Senaraikan satu- satu. Sentiasa bawa senarai yang ditulis itu kemana- mana. Saya pernah kongsikan logik mengapa kena tulis impian disini .

Lagi baik bila dah tulis, kita buat vision board. Nak kuat lagi, buat mind movie. Boleh google macamana nak buat vision board dan mind movie. Cubalah.

2. KENALPASTI APA KEKUATAN DAN KELEMAHAN KITA.

Penting untuk kita tahu kekuatan dan kelemahan diri. Yang kuat kita naikkan. Yang lemah kita perbaikkan. Teknik yang mudah dan pantas adalah dengan analisa tulisan tangan. In shaa Allah, akan terbongkar karakter  kita yang sebenarnya.

“Ya Allah Ya Kabir, Ya ‘Adzim, Ya ‘Aliy, Ya Wasi’, Wahai Allah Wahai Tuhan Yang Maha Yang Maha Besar, Yang Maha Agung, Yang Maha Tinggi Dan Maha Luas, kurniakan kami jiwa yang besar, keberanian, cita-cita yang tinggi, fikiran yang luas, sifat optimis dan bervisi agar dapat kami menerajui usaha ini ke arah kecemerlangan demi kebaikan manusia sejagat.”

Antara tip untuk menguatkan karakter diri adalah dengan membuang signal ‘self sabotage‘ yang ada dalam diri kita.

Mungkin selama ini kita tak perasan, signal inilah yang menghambat kita dari ke hadapan. Menyebabkan kita ‘selesa’ dengan apa yang kita ada.

Melalui tulisan tangan, antara kaedah untuk membuang self sabotage diri adalah dengan menukar tandatangan.

3 ciri- ciri tandatangan yang melambangkan seseorang itu jati dirinya kuat adalah:

  1. Saiz tandatangan yang sesuai dengan tulisan
  2. Tandatangan yang tidak serabut atau di’strike through
  3. Tandatangan yang diawali dengan Huruf besar

3. OPTIMIS DAN SENTIASA BERFIKIR YANG BAIK.

Berusahalah untuk sentiasa berfikir yang baik- baik. Apa yang kita fikir, apa yang kita sebut, adalah doa. Jadi berhati- hati dengan kata- kata kita. Termasuklah, pilih siapa di sekeliling kita. Siapa kita lima tahun lagi, bergantung siapa 5 orang yang rapat dengan kita sekarang.

“Allahumma Ya Wasi’. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Luas. Kurniakan daku fikiran yang luas agar daku dapat manfaatkannya untuk beribadah kepadaMu dan juga untuk kesejahteraan ummah.”

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Namun, manusia merancang. Yang pastinya sebaik- baik perancang adalah Allah SWT. Perancangan Allah terbaik hingga ke syurga.

“Ya Allah Ya Baari’, Wahai Tuhan Yang Maha Merancang. Sesungguhnya Engkau yang merancang sesuatu di alam ini, kurniakan kami sedikit sifat merancangMu dan kurniakan kami perancanganMu agar kami mampu membuat perancangan yang terbaik sebagaimana kehendakMu untuk kebaikan manusia sejagat”

Untuk tip yang lebih mengenai kerja apa yang sesuai dengan diri kita, melalui analisa tulisan tangan. Sila KLIK SINI.

 

Leave a Reply