TURNING POINT KEHIDUPAN

Pernah di satu majlis, dimana saya menjadi salah seorang panel jemputan berkongsi dengan para siswa. Biasanya apa yang saya kongsikan adalah tulus ikhlas dari hati. Dan perjalanan kehidupan saya dari dulu hingga kini. Tiba- tiba ada satu soalan dari peserta  yang buat saya sendiri terfikir.

“Puan, saya nak tanya satu soalan. Apakah turning point yang menjadikan Puan seperti hari ini”

Allahuakbar. Masa tu saya rasa macam tak tahu nak jawab. Sebab semuanya bukan kuasa saya. Lauhaulawala quwwata illla billah. Ya Hayyu Ya Qayyum. Segalanya rezeki datang dari Allah Ya Razzaq.

Jadi apa yang saya jawab ketika itu adalah.. Allah mengikut sangkaan hambaNYa. Apa yang kita lihat, apa yang fikir, apa yang kita dengar semuanya adalah doa. Jadi kena sentiasa berfikiran positif. In Shaa Allah bila kita positif, yang baik- baik akan datang kepada kita.

BAGAIMANA NAK MEJADI POSITIF?

Persoalannya? Bagaimana nak menjadi positif. Cakap senanglah.. Cuba Allah uji situasi kepada kita. Bolehkah kita kekal positif? Bagaimana untuk redha? Allahumma Ya Qadir Ya Muqtadir..

Antara teknik yang mudah untuk kekal positif adalah dengan mencari ilmu melalui pembacaan.

“Allahumma Ya Alim, Sesungguhnya engkau yang maha mengetahui. Kurniakan ilmu yang bermanfaat buat diriku, ahli keluargaku, seluruh keturunanku dan ummah untuk dunia dan akhirat.”

Saya teringat antara buku- buku yang menyebabkan sel- sel otak saya bergabung. Dan secara tidak langsung mengubah cara pemikiran saya sejak 10 tahun lepas. Disini saya kongsikan apakah buku- buku tersebut.

3 BUKU YANG MENGUBAH PEMIKIRAN SAYA

Subhanallah, segala puji dari Allah Ya Razzaq. Yang menjadikan asbab buku- buku ini membantu dalam mengubah pemikiran dan kehidupan saya sejak 10 tahun yang lepas.

  1. SECRETS OF THE MILLIONAIRE MIND (T.HARV EKER)

Pada tahun 2008, saya berkesempatan hadir ke seminar oleh T.Harv Eker.  Memang T. Harv Eker sendiri yang turun.  Best! Sangat termotivasi. Jadi disebabkan beliau Allah beri rezeki hebat dipentas.  Jadi saya pun beli buku The Secrets of the Millionaire Mind.

Masa tu ke hulu kehilir saya akan bawa buku ni. Hadamkan, fahamkan. Siap pakai wristband “I have a millionaire mind!”.  Semangat sungguh.

2. DON’T BE SAD (‘AAIDH IBN ABDULLAH AL QARNI)

Subhanallah, amazing book! Penuh dengan kata- kata berhikmah dan doa. Buku ini di hadiahkan oleh seorang sahabat saya.

Beliau pesan, baca buku ni sebelum tidur. Baca perlahan, lahan dan hadamkan. Ya Allah, Ya Salam Ya Mukmin. Memang bila baca dan selepas baca buku ni, saya akan senyum seorang. Betapa banyaknya yang Allah berikan kepada kita. Sebagai hambaNya semestinya harus sentiasa bersyukur.

3. JURNAL INSPIRASI DIRI (PROF DR MUHAYA)

Tajuknya memang cerminan isinya. Jurnal Inspirasi Diri (Membina Anda yang Baru Dalam Masa 40 Hari).  Buku ini nampak simple. Namun yang simple biasanya orang lupa nak buat.

Buku ini mengajak anda untuk bermain dengan visualisasi. Bayangkan apa yang anda inginkan, apa yang anda ingin ubah, dan yang penting anda harus MENULIS.

Logiknya, apabila kita menulis, setiap bait- bait ayat akan masuk ke dalam minda separuh sedar melalui elemen- elemen berikut:

1. Visual- melihat patah perkataan yang di tulis
2. Auditory- mendengar apa yang kita tuliskan
3. Kinestetik- Merasa getaran apabila menulis
4. Spiritual- Berdoa dan memohon kepada Allah didalam hati.

Allah Ya Barr mengikut sangkaan hambaNya.

PENTINGNYA MEMBACA BUKU

Jadi, itu adalah antara sebahagian dari koleksi buku- buku yang memberi kesan kepada saya dan kehidupan dulu.

Jadi berbalik kepada soalan, apakah turning point saya? Antaranya adalah buku. Buku yang baik umpama memberi nutrisi mencantikkan dan menyihatkan otak kita.

Bila kita membaca, secara tak sedar masuk ke dalam minda separa sedar dan ianya akan bertapak disitu.

Dari situ akan menghasilkan siapa anda 5 – 10 akan datang.

Apapun, jangan lupa untuk berdoa supaya Allah berikan yang terbaik. Jadikan kita insan cemerlang dunia dan akhirat.

Wallahua’lam.

Untuk tip macamana nak mencantikkan otak. Menghasilkan otak yang sentiasa positif dan cemerlang melalui tulisan tangan. Sila KLIK SINI.

 

 

 

 

Leave a Reply