MENCARI SEMANGAT

Dari dulu. Telinga ini,  Allah Ya Sami’ jadikan tempat sahabat- sahabat meluah masalah atau perasaan.

Bukan sebab saya tiada masalah.  Memang tak logik. Sebab sebagai manusia biasa tidak terkecuali ditimpa masalah dan musibah. Lahaulawalaquwwataillah bilah.

Saya sendiri Allah uji dengan pelbagai peristiwa.

Ada masa menyebabkan saya sangat marah
Ada masa menyebabkan saya sangat sedih
Ada masa menyebabkan saya sangat kesal

HUSNUZON

Husnozon. Sentiasa bersangka baik.

Saya suka dengan doa dari Ummu Salamah.

“Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma ajurni fi mushibati wa akhlif li khairan minha
(Sungguh kami hanya milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.)”

Minta Allah gantikan yang lebih baik

Antara 3 sebab kita diberikan musibah dan ujian :

  1. Penyucian diri dan jiwa
  2. Mendekatkan lagi kita kepadaNya
  3. Meningkat darjat seseorang.

Jadi bila, kita faham sebab musibah dan ujian. Kita akan sentiasa redha.

“Allahumma Ya Qadir. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkehendak. Setiap apa yang berlaku kepadaku adalah atas kehendakMu jua. Kurniakan daku rasa redha dalam menerima setiap kehendakMu walaupun pada pandanganku ianya baik mahupun buruk. Sesungguhnya setiap perkara tersebut, semuanya baik disisiMu.”

3 TIP MENAIKKAN SEMANGAT

Untuk terus mengharungi kehidupan. Kita perlukan semangat dan momentum. Disini dikongsikan 3 tip untuk menaikkan semangat supaya setiap hari adalah yang terbaik untuk kita.

  1.  WHY ?

Ini memang selalu kita dengar.

Cari Why untuk menjadi booster mengejar cita- cita dan berjaya. Boleh jadi why itu adalah anak- anak, pasangan, ibu apa dan sebagainya.

Namun Why yang terbaik adalah menjadi khalifah Allah yang cemerlang.

Bagaimana nak jadi khalifah Allah yang cemerlang? Adalah dengan sering memberi manfaat kepada yang lain.

Dan saya sangat tersentap bila membaca salah sebuah buku nukilan Prof Dr Wan Maseri. Saya kongsikan disini.

2. SIAPA DI LINGKUNGAN KITA

Pilih siapa di sekeliling kita.

Sekeliling kita memainkan peranan yang penting.

Cuba bayangkan…

Kita di lingkungan yang suka maki hamun dan sentiasa komplen. Secara tidak langung kita akan terikut- ikut suka komplen.

Sebaliknya. Jika bersama- sama dengan sahabat yang sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah dan menegur ke arah kebaikan.. Masya Allah..Subhanallah..

Berkumpul dengan kelompok yang sentiasa positif, sentiasa mencari ilmu Allah Ya Alim, dan membantu antara satu sama lain.

“Allahumma Ya Latif. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Lembut. Engkau melayan hambaMu dengan penuh kelembutan. Kurniakan daku hati yang lembut agar daku dapat perolehi kelembutan kata-kata dan tingkahlaku. “

 

3. TULISAN TANGAN

Melalui tulisan tangan kita boleh menaikkan semangat diri dari down ke up.

Bagaimana?

Tulisan tangan adalah tulisan otak atau brainwriting.

Apa yang disalurkan melalui tulisan adalah datang dari minda separa sedar.

Ianya boleh dibaca dan tidak boleh menipu. Subhanallah..

Contoh tulisan seorang yang bersemangat dan positif adalah menaik ke atas.

Cuba sahabat ambil kertas A4 yang kosong. Tulis satu perenggan mengenai diri sahabat.

Nah.. lihat sama ada tulisan anda menaik atau menurun.

Sekiranya menaik? TAHNIAH! Kekalkan semangat dan positif sentiasa. 🙂

Namun sekiranya tulisan menurun?

Bacalah bacaan- bacaan yang boleh membantu mengubah minda positif.

Pilih siapa disekeliling kita.

Dan cubalah menulis arahnya menaik keatas.

“Allahumma Ya Baits. Maha Membangkitkan Sesungguhnya Engkau Yang Maha Membangkitkan. Bangkitkan seluruh jiwa, saraf-sarafku, anggota badanku juga bakarkan semangatku untuk terus berbakti kepada masyarakat demi keranaMu.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya mendoakan semua menjadi insan yang bahagia bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat.

Untuk tip- tip lebih, bagaimana nak menaikkan semangat Menghasilkan diri yang sentiasa positif dan cemerlang melalui tulisan tangan. Sila KLIK SINI.

Leave a Reply