Tahun baru penuh dengan azam dan impian yang baru. Apa yang membezakan adalah tindakan untuk menjadi azam baru itu satu realiti.


Satu soalan yang sering ditemui dan ditanya.

Soalan: Bilakah masa yang sesuai untuk seseorang itu memulakan bisnes?

Jawapan: Semalam.

Yes semalam, bermakna masih belum terlambat dalam memulakan apa yang kita mahukan.

It’s never too late guys.

Contohnya.Harland Sandlers, memulakan KFC pada umur 65 tahun.

Manakala Ray Kroc mengasaskan Mc Donald ketika umurnya mencecah 52.

Cumanya, tahun 2021 ni kena main G.A.M.E.P.LA.N yang berbeza.

Lebih kental dari yang sebelumnya.

SUDAH BERSEDIA UNTUK 2021 YANG AMAZING?

Jom semak satu-satu G.A.M.E.P.L.A.N

G- Giving

Banyakkan memberi dahulu. Manfaat apa yang boleh dikongsikan, bukannya ‘What About Me?’

A- Affirmation

Betulkan kata- kata dalaman (Self talk).

Allah menciptakan kita semua sempurna, cumanya kita tak cukup gali apa yang boleh di tonjolkan.

M- Mindset

Betulkan minda. Sentiasa syukur dahulu. Bukannya merungut.

E- Emosi

Jaga emosi. Jangan mudah terkesan dengan kata- kata atau situasi.

Biarkan orang bercakap, yang penting tahu apakah ‘Grand Why’ kita.

Manusia bercakap berdasarkan pengalaman dan ilmu yang cetek. Sedangkan ilmu Allah Maha luas.

P- Planning

Set pelan kehidupan dengan merenung bagaimana pengakhiran kita.

Semoga Allah mengilhamkan AQuran dan sunnah menjadi panduan kehidupan kita.

L- Leverage

Manfaatkan sekeliling kita.

Allah kurniakan pelbagai sumber, termasuklah sahabat, bantuan- bantuan, peluang dan sebagainya.

A- Achieve

Capai kejayaan bermula dari perbaiki tabiat. Jadikan diri lebih baik 1% dari semalam.

N- Network

Dua hubungan yang perlu dijaga iaitu sesama manusia dan pastinya Yang Maha Esa.

Jalankan tugasan sebagai khalifah dan abdi yang cemerlang.

Bermohonlah kepada Allah supaya memberkati segala usaha yang dijalankan.

Kerana tiada apa yang dimiliki kita melainkan dengan izinNya.Segalanya milik dan kurniaan dari Allah Yang Maha Mengurniakan.

Saya mendoakan sahabat semua Amazing 2021.

Aamiin 🤲🤲

Wallahua’alam

Dr Azura,

Jadikan 2021 kita lebih bermakna. Biidznillah.

It’s never too late. Don’t focus on what was taken away. Find something to replace it, and acknowledge the blessing you have.