Mudahnya membina kejayaan. Sebenarnya, sekiranya kita tahu apa perkara utama perlu dilakukan.

Formula 3C boleh merubah hidup kita dengan lebih baik lagi. In Shaa Allah

Apa itu 3C?

1. Change MindSet

Nak jadi winner atau loser?

Yang menggerakkan sesuatu gerak kerja itu datangnya dari mindset yang ditetapkan.

Minda yang sudah di set akan disertai dengan tindakan untuk menang.

85% kejayaan datangnya dari mindset yang betul!

👉 Visualisation

Tulis dan lakarkan apa yang diimpikan supaya terpahat diminda bawah sedar apa yang mahu dicapai.

Apabila impian kita ditulis ianya memudahkan kita untuk membuat tindakan mencapai impian tersebut.Impian yang tidak ditulis ianya umpama padang bola yang tiada tiang gol.

2. Change Routine

Ubah tabiat dan rutin yang menghalang dari berjaya.

Tulis apakah tabiat yang ingin di ubah.

Dan cara untuk berubah.

3. Change Circle

Berada di dalam kumpulan yang sentiasa menyokong dan memberikan inspirasi untuk bangkit dan berusaha.

Hebatnya ciptaan Allah. Apabila kita gembira dengan sekeliling, tubuh akan meningkatkan hormon DHEA yang akan menukar ‘biological responds’ kita kepada perkara positif.

Sebenarnya dalam hidup ni, kita nak tenang yang utama.

Bila dapat ketenangan, In Shaa Allah semua akan jadi mudah.

Sentiasa zikirkan nama- nama Allah yang indah ‘Allah Ya Rahman Ya Rahim’. Memohon kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa tercurah kepada kita semua.

Aamiin.. 🤲❤

Wallahua’alamLahaulawala quwwata illa billah.

Dr Azura,

Sebarkanlah walau satu ayat.