Tahu tak apa yang paling sukar dalam hidup ini? Kesempurnaan. Setiap orang mengimpikan dan berharap untuk sebuah kehidupan sempurna yang ideal.
“ If life were predictable it would cease to be life, and be without flavor.”
7 Tindakan Hidupkan Impian Anda.
In Shaa Allah.
1. TANYA & SET
Tujukan persoalan terhadap diri. Apakah yang diinginkan di dalam kehidupan ini? Tulis keinginan kita dengan jelas di jurnal agar kita dapat sentiasa menjadi ia sebagai misi kita untuk mencapainya.
2. PELAN KEHIDUPAN
Tentukan langkah-langkah yang perlu direncanakan untuk mencapai apa yang diinginkan.
3. BERGERAK
Mula bertindak atas apa yang kita telah rencanakan. Tanpa tindakan, niat untuk mencapai sesuatu hanya akan menjadi sia-sia.
4. TUKAR NEGATIVITI
Hidup ini tidak lari dari dibelenggu dengan keraguan, ketakutan dan negativiti. Sokongan dari orang sekeliling dapat membantu mengatasinya.
5. MINDSET
Sentiasa tetapkan pemikiran ke arah sudut yang positif waima dibelenggu rasa putus asa. Hal ini dapat meningkatkan pembangunan peribadi diri kita.
6. HADIAH KEPADA DIRI SENDIRI
Beri tepukan kepada diri sendiri kerana sudah berjaya melangkau jauh dan memintas segala halangan. Diri sendiri adalah sahabat yang terbaik. Tanpa semangat yang kental maka impian tidak akan dapat dikecapi.
7. VIBES
Kelilingi diri dengan ‘circle‘ and positive ‘vibe’. Dengan ini dapat membantu agar kita terus berada di landasan yang benar. Sekaligus dapat memantapkan insaniah diri.
In shaa Allah.
Tiada yang dapat kita sangkal melainkan kekuasaanNya dalam kehidupan kita. Allah adalah sebaik-baik perancang.
Bismillahi tawakkaltu ‘alallah laa hawla wa laa quwwata illa billah
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Dr Azura,
#DrAzuraHashim #HandWritingAnalysis
“Mendoakan semua Amazing 2021“