MASALAH PEMILIHAN PEKERJA

Masalah memilih pekerja bukanlah satu isu yang baharu. Menurut kajian, memilih pekerja sememangnya masalah yang dihadapi oleh kebanyakan majikan. Walau pelbagai teknik dan kaedah telah digunakan, namun masalah pemilihan pekerja masih belum selesai.

Dan biasanya teknik dan kaedah pemilihan pekerja contohnya psikometrik ini digunakan oleh syarikat- syarikat yang besar. Bagaimana pula dengan syarikat- usarikat kecil atau usahawan yang masih baru dan ingin meningkatkan perniagaan?

LEVERAGE & MICROMANAGE

Pemilihan pekerja yang betul adalah penting supaya usahawan yang sedang meningkat ini boleh ‘leverage’ dan tidak perlu ‘micromanage’ perniagaan mereka. Banyak masa yang diperlukan untuk perkara- perkara yang kecil sedangkan mereka boleh fokus untuk mengembangkan perniagaan. Namun, isu pekerja memang memeningkan kepala.

Image result for memilih pekerja

Saya berikan satu senario.

Biasanya kita memilih pekerja berdasarkan apa?

YA… biasanya kita memilih pekerja berdasarkan CV. Namun yang menariknya, biasanya kita pecat pekerja adalah disebabkan oleh ‘attitude’. Yang pasti ‘attitude’ seseorang itu tidak dapat dianalisa di CV.

3 KRITERIA DALAM PEMILIHAN PEKERJA

Menurut ‘The American Management Association’, terdapat 3 kriteria penting dalam pemilihan pekerja.

  1. Kemahiran teknikal
  2. Kemahiran pengurusan
  3. Kemahiran memimpin.

Sebagai majikan, pastinya kita mahukan pekerja yang mempunya kemahiran teknikal, pengurusan dan dalam pada yang sama kemahiran memimpin. Ini penting bagi memastikan syarikat kita masih boleh bergerak maju walau tuan punya syarikat tidak ada di ofis untuk memantau.

Kemahiran teknikal dan pengurusan mudah dilihat melalui Curriculum Vitae dan pengalaman kerja yang lepas. Namun, kemahiran memimpin sukar dilihat melalui Curriculum Vitae. Kemahiran memimpin boleh dilihat melalui tulisan tangan.

Image result for handwriting analysis

MEMILIH PEKERJA YANG BETUL MELALUI TULISAN TANGAN

Kita lihat contoh bagaimana memilih pekerja melalui tulisan tangan.

Contoh pertama:

Bukan semua orang boleh membuat akaun dan kira- kira syarikat. Silap meletakkan pekerja, akaun tak seimbang. Pekerja tertekan, majikan sakit kepala.

Dengan analisa tulisan tangan, untuk melihat samaada seseorang itu sesuai atau tidak duduk di bahagian kira- kira adalah dengan melihat cara seseorang itu meletakkan titik kepada huruf “i”

Image result for dotting i handwriting analysis

Contoh kedua:

Mariah (bukan nama sebenar), bekerja sebagai seorang setiausaha. Sebagai seorang setiausaha, Mariah sepatutnya pandai menyimpan rahsia syarikat dan berkebolehan mengurus jadual majikannya. Sebaliknya, Mariah selalu ‘careless’ dalam menyusun jadual mesyuarat majikannya, juga sering membocorkan isu syarikat kepada teman sekerja yang lain.

Bagaimana nak lihat samada seseorang itu berkeupayaan untuk menyusun jadual dengan baik dan boleh simpan rahsia? Antaranya kita boleh lihat cara dia menulis huruf ‘o’ dan juga gerak gaya barisan ayat tulisan.

Image result for alphabet o handwriting analysis

Kedua- dua contoh di atas adalah contoh di mana seseorang yang mempunyai kelayakan yang diperlukan. Namun, adakah seseorang itu benar- benar sesuai dengan jawatannya. Banyak lagi kisah- kisah lain yang kita sering dengar berkaitan dengan pemilihan pekerja yang salah.

Pendekatan analisis tulisan tangan atau grafologi sudah lama dipraktikkan di negara luar untuk pengambilan pekerja namun masih baru di Malaysia. Tulisan adalah hasil kerja otak di bawah sedar yang mampu menterjemah keperibadian individu.

In Shaa Allah, dengan ilmu tulisan tangan boleh membantu majikan- majikan khususnya usahawan yang ingin mengembangkan bisnes mereka ke tahap yang lebih tinggi melalui pemilihan pekerja yang betul di posisi yang tepat.

Untuk tip yang lebih mengenai pemilihan pekerja yang efektif melalui analisa tulisan tangan, sila KLIK SINI.

Sampai jumpa lagi.

Wasalam

Image may contain: 1 person, smiling

 

 

 

 

Leave a Reply