Jom uji tahap kemalasan anda. Antara pilihan 1,2,3,4 & 5 Apakah aktiviti yang anda rasa malas dan tidak suka untuk melakukannya?

  1. Basuh Baju
  2. Gosok Baju
  3. Lipat Baju
  4. Sidai Baju
  5. Pilih Baju apa nak pakai

Bagaimana?

Sekurang-kurangnya akan ada lebih dari satu pilihan jawapan kan? Tetapi jika semua jawapan diatas anda punya, anda harus berhati-hati. Anda perlu keluar dari masalah kemalasan ini.

Contoh yang diberi adalah salah satu aktiviti harian yang menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk melakukannya. Jika aktiviti kecil ini sudah memberatkan badan, mengurung pergerakan dan memejamkan mata anda maknanya anda berada dalam ruang kemalasan yang berbahaya…bahaya pada diri anda sendiri.

AYUH! Bangkit !! Perangi kemalasan yang ada dalam diri kita

Sheikh Muhammad Al-Shareef, Presiden Institut Al-Maghribi dan juga seorang hafiz al-Quran menjelaskan ada beberapa cara untuk memerangi kemalasan dalam diri. Jom kita lihat satu persatu.

 

5 TEKNIK TERBAIK PERANGI KEMALASAN

#1-Apabila Menguap, Tutup Mulut.

Bermula dengan latih diri dengan perkara-perkara kecil supaya menjadi satu kebiasaan. Bila mana perkara kecil kini mudah untuk melakukannya dan bertukar menjadi ringan, tubuh badan kita pula akan terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang lebih besar.

Ingat, mulakan dengan perkara kecil dahulu kemudian beralih sedikit-sedikit kepada perkara besar.

 

#2- Pecahan Satu Pertiga (1/3)

Nafsu makan yang membuak-buak adalah muslihat terbaik yang dimainkan oleh syaitan untuk membuatkan manusia menjadi malas.

Pesan Nabi, Berhenti makan sebelum kenyang.

Kerana apa Nabi berpesan? Kerana sedia tahu makan secara berlebihan membuatkan kita cepat berasa letih, malas dan mengantuk. Kesannya, banyak kerja yang tertangguh. Apabila kita mengikut telunjuk syaitan akan tidak selamatlah kehidupan kita

 

#3-Berdamping dengan Individu yang Aktif & Positif

Pernah jumpa orang yang suka bersukan, keesokannya dia tidak lagi bersukan dan lebih banyak tidur. Atau pernah jumpa orang yang suka bercakap, tiba-tiba berubah jadi pendiam.

Jarang-jarang dapat lihat. Jika adapun yang terjadi mungkin disebabkan oleh emosi mereka terganggu atau mempunyai masalah. Susah nak dengar jawapan dari mereka sebab rasa malas.

Aura individu yang aktif ni lain macam sikit. Jika kita banyak meluangkan masa bersama mereka kita pun akan terpengaruh dan datang minat yang sama seperti mereka.

Lagi hebat aura individu yang positif. Aura sekeliling yang positif akan menarik sifat positif masuk dalam diri kita dan menolak jauh sifat negatif dari diri.

Dekatkan diri bergaul dengan kumpulan yang mempunyai sifat-sifat positif termasuk mereka yang rajin menunaikan solat 5 waktu.

 

#4-Memohon Perlindungan dari Allah

Sambil-sambil kita berusaha untuk menangani rasa malas, jangan lupakan usaha melalui doa kepada Allah yang Maha Berkuasa.

Usaha kepada Allah S.W.T harus berlipat ganda dan lebih lagi dari yang lain. Berdoa memohon perlindungan Allah dari bisikan syaitan, godaan nafsu, rasa lemah, malas dan dukacita.

 

#5- Jujur dengan Diri Sendiri

Satu kejayaan pada diri anda bila anda berani jujur dengan diri sendiri. Jujur dengan diri sendiri dalam masa yang sama anda juga sedang berlaku jujur dan ikhlas kepada Allah S.W.T.

Individu yang jujur, dia akan jalankan tanggungjawabnya. Perintah Allah S.W.T untuk solat, maka akan solatlah dia dan sebaliknya perkara yang dilarang oleh Allah, maka tidak akan didekati oleh dia.

Jangan bertangguh, mengelak dan memberi alasan lagi.

Andai diri masih belum kuat melawan rasa malas, pohonlah keampunan dari Allah yang Maha Pengampun. Boleh jadi disebabkan dosa yang kita lakukan menjadi punca kemalasan tidak dapat hilang dan menjadi penghalang kepada diri kita untuk berjaya.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari

Admin.

 

Apabila cinta sudah berputik, bagaimanakah membina rumahtangga ideal?

Nak bina rumahtangga ideal wajib kenali pasangan, orang kata tak kenal maka tak cinta.

Fahami pasangan atau bakal pasangan anda melalui tulisan tangan. Nak tahu cerita selebihnya dapatkan ebook  “ TAK KENAL MAKA TAK CINTA ” sekarang !

Jom Download ebook!!

 

Leave a Reply