Tidak semua orang mempunyai cita-cita dan fokus yang sama dalam setiap fasa hidup yang mereka lalui kerana hidup ini sebuah perjalanan. Dalam perjalanan tersebut kita boleh membuat pilihan, memilih jalan yang lebih baik bagi menaikkan taraf diri khususnya taraf diri di pandangan Allah S.W.T.

 

CITA-CITA & FOKUS BERBEZA DALAM SETIAP FASA HIDUP YANG KITA LALUI

1: Cita-cita Zaman Kanak-Kanak

Sejak dari kecil setiap orang dari kita memiliki cita-cita mahu menjadi doktor, polis, ahli bomba, askar, saintis, guru besar dan lain-lain yang hebat lagi.

Kita suka bercerita dan beritahu orang lain tentang impian dan cita-cita kita. Masa itu, cita-cita tersebut menjadi pendorong yang kuat untuk kita berusaha dan belajar bersungguh-sungguh supaya impian kita tercapai.

Semangat kita masa zaman kanak-kanak memang membuak-buak, kita aktif join kelab dan persatuan unit beruniform, kem kepimpinan dan sukan untuk kita kumpul mata yang boleh melayakkan diri kita menyambung pelajaran di institusi terbaik dengan keputusan cemelang.

 

2: Cita-cita Ketika Remaja

Masuk ke fasa seterusnya, cita-cita masa remaja lebih dipengaruhi oleh minat, kecenderungan dan ikutan kawan-kawan. Pernah merasai lulus dan gagal dalam pembelajaran membuatkan kita mencari-cari potensi diri yang lain. Mungkin lebih cenderung ke bidang kemahiran dan keusahawanan. Berniaga juga boleh berjaya kalau kita serius dan sanggup ambil risiko.

Menjadi mahasiswa, sebahagiannya berjaya meletakkan diri pada landasan yang betul seiring dengan cita-cita yang dipegang sedari kecil. Namun, ramai lagi yang dapat melanjutkan pelajaran bukan dalam pilihan yang diingini.

Motivasi zaman remaja, fokus kita adalah untuk mendapatkan kerjaya yang kukuh dan dapat menjamin masa depan.

 

3: Cita-cita Bila Sudah Semakin Dewasa

Semakin dewasa, semakin matang kita dalam pemikiran. Maka arah hidup dan fokus kita juga sudah berubah. Waktu umur sebegini kita mengharapkan sebuah keluarga yang lengkap, anak-anak yang baik akhlaknya, mempunyai aset tetap sebagai simpanan akan datang.

Fokus kita adalah menginginkan kehidupan yang selesa dan sebagai ketua keluarga kita dapat menyediakan kecukupan dan keperluan untuk keluarga kita. Membahagiakan kedua ibubapa kita yang banyak berkorban membesarkan kita.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Menulis dengan Tekanan Kuat

Mengejar cita-cita kita perlukan tenaga, keupayaan bukan hanya bergantung atas kepandaian semata-mata. Jika ada orang bijak pandai tetapi dia malas berusaha, adakah dia dapat mencapai cita-citanya?

Mari mengenal kategori individu daripada tulisan tangan, Individu yang menulis dengan tekanan kuat digambarkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi, bermotivasi dan mempunyai tenaga fizikal yang kuat.

Tulisan dengan tekanan kuat dapat dilihat apabila anda meletakkan tapak tangan pada belakang kertas dan boleh merasa kesan tulisan tersebut jelas.

Ini contoh tulisan dengan tekanan kuat:

 

Setiap dari kita akan melalui fasa tersebut dan pengalaman yang dilalui pasti berbeza. Hidup ini bagai putaran roda, kedudukan kita boleh di bawah dan boleh juga di atas. Sedarkah kita, sehebat mana kita hidup didunia janganlah dilupa pengakhiran hidup kita nanti adalah bertemu dengan Allah S.W.T, sang Pencipta yang Maha Agung.

Jadilah hamba yang bersyukur.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

AKAN DATANG!

28 Julai 2018

“SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN”

Info layari: http://graphology.com.my/seminar-jom-hijrah-dengan-tulisan-tangan/
Pertanyaan lanjut, hubungi admin 016-2223444

 

Leave a Reply