Cerita biasa yang kita dengar selepas dari cuti rehat yang lama, pelajar-pelajar yang lemau, masih mahu bermain-main dan susah untuk fokus semula dalam pembelajaran.

Keadaan ini tidak kurang beza bagi pelajar siswa. Walaupun mereka sudah besar panjang, tahu menjaga diri sendiri dan boleh beza antara perkara baik dan buruk, mereka masih mengalami simptom-simptom yang sama seperti diatas.

Jadi, sebelum perkara ini berlarutan dan masa terbuang lebih banyak lagi, eloklah para pelajar siswa memperbaiki yang mana salah dan menambahbaik kekurangan yag belum cukup terutama dalam prestasi belajar.

 

TIPS MENINGKATKAN PRESTASI MAHASISWA

#1-Rancang Matlamat yang Jelas & Realistik

Betapa kita akan mudah lari fokus apabila tiada tujuan yang jelas. Persoalannya, bagaimana mahu merancang tujuan dan matlamat yang jelas?

Salah satu yang boleh jadi pemacu bagi diri anda adalah keinginan yang mendalam. Umpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa untuk mencapai cita-cita yang anda letakkan dalam diri anda sendiri.

Sebagai mahasiswa, setiap kali mula semester baru anda perlu membuat objektif belajar yang jelas. Merancang matlamat yang jelas supaya objektif anda tidak hanya tertulis sebagai angan-angan sahaja tetapi satu perjanjian yang anda buat untuk diri sendiri.

Ingat, perlu ada rancangan bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang supaya lebih mudah untuk anda skor dan perform dalam setiap semester seterusnya tersenarai nama anda dalam top student! Insha Allah, jika ada usaha pasti ada hasilnya.

 

#2-Berkawan & Bersama dalam Kumpulan Positif

“Contoh teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau engkau boleh membeli minyak wangi darinya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap”

(H.R Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis diatas memberi perumpamaan, sesiapa pun yang kita pilih untuk menjadi kawan, kawan itu yang boleh mempengaruhi diri kita.

Bersamalah dengan orang yang optimis yang berkeinginan untuk sentiasa memajukan diri ke hadapan dan jauhi diri dari orang yang pesimis iaitu orang yang mudah putus asa.

 

#3- Hargai Masa, Tidak Sambil Lewa

Semua sedar akan kepentingan masa, tetapi belum ada tindakan apa-apa dari empunya diri. Tempoh masa anda belajar tidak lama jika dibandingkan dengan masa yang anda akan hadapi selepas belajar. Pembinaan kerjaya seterusnya membina keluarga yang seharusnya pada waktu tersebut akal dan tindakan anda diharapkan sudah matang.

Peluang melanjutkan pelajaran seharusnya tidak dipersiakan oleh para pelajar. Sikap sambil lewa dalam menuntut ilmu seolah-olah anda yakin anda akan selalu bernasib baik dan akan tetap mendapatkan kerjaya yang kukuh sejurus selepas tamat belajar.

Bagi mahasiswa yang jiwa masih muda, masih ghairah untuk explore dunia luar seharusnya memanfaatkan masa muda remaja ini pada jalan yang betul. Jalan yang boleh memanfaatkan mereka pada masa sekarang dan hadapan adalah dengan menuntut ilmu bersungguh-sungguh.

 

Tulisan Tangan: Zon Tengah Dominan

Penulis yang menulis dengan zon tengah dominan digambarkan seseorang yang suka menikmati dan menerima apa yang ada pada hari ini. Bagi mereka hari esok biar esok baru difikirkan.

Ini contoh tulisan yang zon tengah dominan:

 

Bermalas-malasan dalam menuntut ilmu akan merugikan anda sendiri di kemudian hari. Mungkin anda belum nampak kepentingan besar apabila memiliki ilmu berbanding dengan mereka yang tiada peluang langsung untuk menimba ilmu. Percayalah, selepas anda meninggalkan ‘title’ sebagai pelajar baru anda tahu sebab kita digesa menuntut ilmu.

Walau susah dan perit cabaran yang anda tempuh dalam menuntut ilmu, anda harus tetap berdiri teguh, jangan cepat putus asa kerana dalam masa itulah anda mengajar diri anda menjadi matang sebagai persediaan menghadapi masa hadapan.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

AKAN DATANG!

28 Julai 2018

SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN 

Info boleh layari http://graphology.com.my/seminar-jom-hijrah-dengan-tulisan-tangan/
Pertanyaan lanjut, boleh hubungi admin 016-2223444

 

Leave a Reply