Satu cita-cita yang besar bagi setiap pelajar bergelar PELAJAR CEMERLANG, PELAJAR HARAPAN, PELAJAR CONTOH dan PELAJAR TERBAIK
Sebuah kebanggaan pula bagi ibubapa melihat anak mereka dinobatkan sebagai PELAJAR CEMERLANG baik di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

3 TIP PELAJAR CEMERLANG

1. NIAT

Niat itu satu tarikan, satu keyakinan bahawa apa yang anda fikir dan rasa itulah yang akan didatangkan oleh Allah kepada anda.

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda: Allah S.W.T telah berfirman:

“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku”

Contoh niat belajar kerana Allah:            

Ya Allah, aku belajar semata-mata hendak mencari keredhaanMu dan memperoleh pahala di akhirat, menghilangkan kejahilan dalam diri, memperluaskan penyebaran ilmu dan menegakkan agama Islam

Niat seperti surat, salah tulis alamat akan sampai salah tempat.

Jadi, belum terlambat lagi untuk anda semua bakal pelajar cemerlang untuk betulkan niat.

Pentingnya niat yang betul akan menjadi panduan dan dorongan bagi pelajar untuk cemerlang dan mencipta kejayaan.

Tampal niat anda belajar di meja, dalam bilik dan di tempat anda boleh nampak selalu supaya niat yang disebut mengingatkan kita bila leka.

 

2.MENGHINDARI DOSA

Selalu terjadi apa yang kita belajar kita lupa. Ada juga semasa sedang dalam peperiksaan kita tiba-tiba lupa, fikiran kosong sedangkan kita telah mengulangkaji subjek tersebut. Allah… sedih rasanya ketika itu

Muhasabah semula, dosa apakah yang dilakukan sehingga sukar untuk kita melekat dengan ilmu.

Dosa menjadikan hati manusia itu kotor. Bagaimana mahu mengekalkan ilmu apabila hati menjadi kotor?

Bersihkan hati dan hindari diri daripada melakukan dosa-dosa yang memudaratkan dengan berdamping bersama orang berilmu dan hadirkan diri dalam perbincangan ilmu.

Ilmu ibarat cahaya dalam hati manusia.

Ketika Al-Imam Malik rahimahullah melihat kecerdasan muridnya; Asy-Syafie, pemuda yang luar biasa, maka Al-Imam Malik berkata kepada Al-Imam Asy-Syafie rahimahullah:

“Sesungguhnya aku melihat (tanda) Allah subhanahu wa ta’ala telah menganugerahkan cahaya (ilmu) di hatimu, maka janganlah engkau padamkan cahaya tersebut dengan kegelapan maksiat”

Jadilah kita orang yang berilmu. Ilmu membezakan antara kita manusia dan mahluk ciptaan-Nya yang lain.

 

3.MEMBONGKAR TULISAN PELAJAR

Ada pelajar yang menulis laju dan ada juga yang menulis lambat. Kelajuan pelajar menulis dilihat melalui berapa lama masa yang anda ambil untuk menulis sesuatu pekertaan.

Membongkar rahsia tulisan tangan pelajar melalui ilmu grafologi. Grafologi atau nama lainnya analisis tulisan tangan adalah ilmu yang unik salah satunya untuk mengetahui potensi dan kelemahan diri.

Dalam grafologi, kelajuan menulis menggambarkan cara anda berfikir dan bertindak.

Individu yang menulis laju anda bijak, cergas dan bertindak dengan pantas. Tetapi anda cenderung membuat keputusan secara terburu-buru dan suka menggunakan jalan yang mudah sebab anda mahu segera.

Oleh sebab itu, kebanyakkan tulisan mereka yang menulis laju ini kurang kemas dan ada huruf-huruf yang tidak sempurna.

Antara contoh yang dapat dilihat untuk penulisan laju ini adalah dari tulisan bersambung

Kelajuan menulis menggambarkan personaliti anda sama ada laju, sederhana atau perlahan. Ciri-ciri ini berbeza tiap satunya dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing

Anda yang berminat untuk tahu lebih mengenai rahsia tulisan tangan anda, kami bawakan kepada anda SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN

Tempat adalah terhad!! JOM DAFTAR SEGERA!!!

Salah satu bentuk rezeki yang Allah S.W.T berikan pada hambaNya adalah cemerlang dalam pelajaran. Justeru, lebihkan lagi ucapan kesyukuran kepada Allah supaya dengan rezeki yang dikurniakan kita tidak merasa alpa malah berkongsi ilmu bersama orang lain.

Sekian.

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

 

Leave a Reply