Resepi kebahagiaan yang utama terletak pada hati. Hati yang ikhlas akan memudahkan proses perubahan.

Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan hati dari melihat keburukan sesuatu tukar kepada hikmah, perubahan sikap dari takut menjadi berani dan perubahan untuk kemajuan diri yang boleh dimanfaatkan pada perkara yang betul.

Menurut Imam al-Ghazali, puncak kebahagian bagi manusia adalah jika dia berhasil mencapai ma’rifatullah iaitu setelah dia mengenal Allah S.W.T

 

PERUBAHAN YANG MEMBAWA KEBAHAGIAN

1.PERUBAHAN HATI

Berhenti membandingkan diri dengan orang lain

Acapkali kita membandingkan hidup kita dalam situasi yang buruk dengan hidup orang lain yang dilihat lebih baik.

Membandingkan diri anda dengan orang lain sama seperti membandingkan kelajuan seorang pelari normal dan pelari orang kurang upaya. Pastinya masa catatan larian mereka berbeza. Mereka dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua pelari tersebut.

Situasi diatas ibaratnya seperti kehidupan kita dengan orang lain.

Setiap seorang dari kita ada ujian dan kelebihan masing-masing cuma berbalik pada diri kita mahu melihat sebagai hikmah atau kesusahan.

Tenanglah kerana masing-masing telah Allah S.W.T tetapkan rezekinya melainkan jika dia tidak berusaha.

Adakah salah jika kita mahu mendapatkan lebih daripada orang lain?

Tidak salah, malah kita digesa untuk membina hidup lebih baik. Tapi jangan sampai mahu mendapat lebih kita merosakkan diri.

Perkara yang boleh dilakukan untuk berubah:

  • Fikir positif
  • Fokus pada kehidupan yang sedang dibina
  • Bandingkan diri pada hari ini dengan hari semalam

 

Bahagia hidup tidak diukur dengan melihat siapa lebih besar atau lebih kecil, siapa diatas dan dibawah tetapi dilihat pada siapa yang menemui bahagia.

 

2.PERUBAHAN SIKAP

Mengubah ketakutan kepada keberanian

Takut gagal adalah satu kekecewaan yang menghalang kita merasa bahagia. Walaupun perasaan takut itu adalah normal, tapi wajarkah kita membiarkan perasaan takut ini berlebih-lebihan?

Ketakutan pada kegagalan hadir dari rasa kurang keyakinan pada diri. Jadi kita perlu tambahkan keyakinan diri.

” Fake it till you make it “

Berpura-puralah sehingga kamu boleh melakukannya

Anda perlu berpura-pura menjadi berani dan tunjukkan pada orang lain ANDA BOLEH BUAT !!

Dalam masa berpura-pura, anda merasa kehadiran orang sekeliling datang memberi sokongan, kepercayaan dan meletakkan anda dalam situasi yang bersungguh-sungguh dan berkeyakinan tinggi.

Percaya pada diri sendiri dan beri peluang diri anda untuk mencuba.

Kegagalan jangan diendahkan tetapi belajar dari kegagalan untuk membaiki kesilapan.

 

3.PERUBAHAN UNTUK KEMAJUAN

Menguasai Potensi Diri

Maksimakan bakat, kemahiran, pengalaman anda dalam sesuatu yang anda kuasai.

Ini penting bagi membina keyakinan anda dan menambah nilai diri anda pada pandangan orang lain.

Ada cara untuk mengetahui potensi sebenar dan kecenderungan minat kita?

Jawapannya ADA iaitu melalui grafologi atau juga dikenali sebagai analisis tulisan tangan.

Melalui ilmu grafologi, tulisan tangan kita dianalisis dan hasilnya kita akan dapat:

  • Mengetahui karakter yang memberi kekuatan dan karakter yang menghalang kita berjaya
  • Membuka jalan bagi menentukan poensi dan kecenderungan diri
  • Meningkatkan keyakinan kesan daripada perubahan tulisan
  • Mengasah bakat kepimpinan

 

Hebahan pada bulan Januari ini akan diadakan SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN yang membawa anda membongkar isi-isi penting dalam ilmu grafologi.

Insha Allah seminar ini juga mengajak anda mengenal potensi diri dan mencari bahagia di sekeliling anda.

Mengubah tulisan tangan dari negatif ke positif adalah satu perubahan yang membawa kebahagian. Kebahagian boleh dikecapi bila mana kita bersedia untuk berubah dan menarik sifat-sifat mahmudah dalam diri.

Wallahualam, Biidznillah Ya Baari.

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply