Sahabat semua, gerakkan mata penamu lakarlah tentang perancanganmu, cita-citamu dan cerita tentang kebahagianmu.
Kemudian, hantarlah lakaran penamu kepada Allah Ya Baari’ (yang Maha Mengatur) dan serahkan padaNya untuk memadamkan bahagian yang tidak sempurna.
Supaya dapat digantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan dibentangkan kepadamu lakaran yang lebih indah.
Bukti cinta Allah bersama dengan sifatnya Ya Roqib, yang Maha Dekat. Allah Ya Waliy, yang Maha Melindungi hamba-hambanya dari perancangan yang sia-sia.
Pernah dengar? sebuah kisah tentang sebatang pensil penulis kebahagian dan sebuah pemadam penghapus kesedihan.
Perbualan antara pemadam dan pensil
📏Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.
📏Kenapa?
✏Kerana aku benci kamu.
📏Kenapa engkau membenci aku?
✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis
📏Aku tidak padam melainkan yang salah!
✏Kenapa engkau sibuk?
📏Aku pemadam, ini kerjaku
✏Ini bukannya kerja!
📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
✏Engkau salah dan sombong!
📏Kenapa?
✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!
📏Engkau masih bencikan aku?
✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku
📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!
📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.
📏Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.
📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.
Sahabat-sahabatku sayang,
Ada ketika apabila kita berada diatas, kita diuji dengan merasakan orang yang berada hampir dengan kita mahu melihat kita jatuh, suka memperkatakan kelemahan dan suka menegur kita. Tapi, ADA SESUATU YANG KITA LUPA. Kita lupa ucapkan penghargaan, kata “Terima Kasih” kepada dia. Dia juga sama seperti kita, merupakan hamba Allah S.W.T.
Ketika leka dengan kenikmatan dunia, Allah hantarkan sahabat sebagai alat untuk memberi peringatan kepada kita. Allah S.W.T. sampaikan pesanan dengan cara halus tapi penuh kasih sayang.
Sampaikan kesyukuran kepada yang telah hadir memberi peringatan, memadamkan kesalahan dan menunjukkan kita jalan kebenaran.
Pertamanya kepada Allah S.W.T
“Ya Allah Ya Hamid yang Maha Terpuji, segala puja dan puji untukMu. Daku memujiMu kerana daku setiap saat dikurniakan kurniaanMu yang tak mampu daku hitung. Di saat ini Engkau masih mendegupkan jantungku, mengalirkan darah dalam saliran darahku, memasukkan udara dalam tubuhku, membuka kelopak mataku, mengurniakan pendengaran dan penglihatan untukku dan memberi kekuatan pada anggota tubuhku untuk bergerak”
Keduanya kepada ibu bapa, suami, isteri dan sahabat-sahabat yang mana dari mereka juga kita belajar sesuatu. Jika bukan diri kita yang diuji, barangkali ada diantara mereka yang berada disekeliling kita yang sedang diuji dan tempiasnya juga terkena pada diri kita.
Kita merupakan A’bid (hamba) dan khalifah Allah di muka bumi. Perhambaan kita hanya kepada Allah. Menyampaikan sesuatu kepada manusia: menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Hindari diri dari perhambaan kepada manusia. Sama-sama kita patuh kepada Allah. Allah Maha Besar.
Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’
Admin.