Berjayakah komunikasi kita andai hanya ada satu pihak sahaja yang tahu berkata-kata sementara pihak yang mendengar tidak memahami maksud sebenar penyampaiannya?

Ramai orang boleh menyampaikan dengan baik tetapi tidak ramai yang mampu mendengar dengan empati. Mendengar dengan empati sangat membantu memudahkan komunikasi berjalan lancar. Sebelum itu, ada kisah yang teristimewa mengenai pendengaran yang ingin dikongsikan.

 

ISTIMEWANYA TUGAS PENDENGARAN

Di dalam al-Quran, Allah S.W.T menyebutkan kata “pendengaran” dahulu kemudian diikuti dengan penglihatan. Petikan dari Surah Yunus ayat 31 yang bermaksud:

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan.”

Dan di dalam al-Quran, tidak hanya tercatat sekali ini Allah mendahulukan pendengaran daripada penglihatan. Dalam surah-surah lain juga terdapat kenyataan yang sama, contohnya:

  • Surah al-Baqarah (Ayat 7 & 20)
  • Surah al-An’aam (Ayat 46)
  • Surah Yunus (Ayat 31)
  • Surah al-Nahl (Ayat 108)
  • Surah Maryam (Ayat 38)
  • Surah al-Jatsiyah (Ayat 23)

Menariknya, ada hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan seharian kita dimana Allah mendahulukan pendengaran daripada penglihatan. Ini adalah antara isi-isi penting yang didapati daripada penulisan seorang sahabat dan didoakan semoga sama-sama kita memperoleh iktibar dan manfaat.

1.Pendengaran adalah deria pertama yang bekerja ketika kita dilahirkan ke dunia. Selepas kelahiran, seorang bayi akan memberi tindak balas terhadap suara-suara yang didengarinya. Sementara tindak balas pada penglihatan, akan mengambil sedikit tempoh masa sebelum boleh berfungsi sepenuhnya.

2.Kemudian, apabila kita tidur, semua deria diisyaratkan untuk berehat tetapi tidak bagi pendengaran. Mendengar suara yang berbisik-bisik juga boleh membuat seseorang itu terbangun apatah lagi bunyi-bunyian yang bergema boleh menganggu ketenteraman kita. Pendengaran tidak pernah disuruh oleh Allah untuk tidur.

3.Peristiwa yang terjadi pada pemuda Ashabul Kahfi. Kekuasaan Allah, apabila dengan kehendak-Nya mahu menutupi pendengaran manusia daripada dunia luar, maka Allah pasti akan melakukannya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Maka Kami tutup telinga-telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu”

(Surah al-Kahfi: 11)

Dirakamkan Allah menidurkan pemuda-pemuda ashabul kahfi selama 309 tahun dalam gua itu sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apapun. Maha Suci Allah, Allah Maha Berkuasa.

4.Mata boleh memilih untuk melihat atau memalingkan pandangan. Sedang telinga tiada keupayaan untuk menutup, menghalang pendengaran melainkan mendapat perintah dari Penciptanya untuk berhenti bekerja.

5.Khidmat terakhir telinga kepada manusia adalah ketika datangnya kiamat. Telinga akan mendengar tiupan Sangkakala dari Malaikat Israfil a.s. Tiupan pertama tanda telah datang hari yang ditunggu-tunggu, kemudian tiupan kedua untuk mematikan manusia dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan manusia membawa kepada perhimpunan Mahsyar. Berhenti tugas pendengaran bagi manusia ketika itu, dan bermulalah tugas untuk menjadi saksi kepada pertimbangan amal baik dan buruk manusia

(Artikel penuh disini)

TIPS KOMUNIKASI YANG BERJAYA:

#1-Empati Dalam Pendengaran

Watak pendengar sangat mempengaruhi bagaimana proses penyampaian cerita akan dilakukan.

Contohnya, seorang pengetua memberi ucapan semasa perhimpunan, sedang para pelajarnya tidak menumpukan perhatian. Untuk menarik kembali perhatian pelajarnya, sudah tentu pengetua akan menukar gaya penyampaiannya dan mengubah ton suara.

Itu contoh bagi interaksi bersama dengan kumpulan yang ramai. Contoh lain pula adalah interaksi yang melibatkan hanya dua individu dan disini watak pendengar sangat kritikal. Kebanyakan dari kita bila berada dalam situasi ini akan cuba mendengar tetapi tidak memahami.

“Most people do not listen with the intent to understand; they listen with the intent to reply” –Dr. Stephen R. Covey

Dr. Stephen R. Covey ada menulis mengenai  ‘emphatic listening’ dalam buku beliau yang bertajuk The 7 Habits Of Highly Effective People. Ini antara saranan beliau mengenai ‘emphatic listening’:

  • Listening with intent to understand, really understand
  • Get inside another person’s frame of reference
  • See the way they see it, through their “lens”
  • Help them work through their thoughts and feelings

 (Info dari topik Habit 5: Seek First to Understand, Then to be Understood)

Empati dalam pendengaran dihadirkan dengan keinginan untuk membantu dan meletakkan diri kita dalam emosi yang sama dengan individu terbabit.

Andai ada keraguan dalam komunikasi, carilah pencerahan supaya tiada salah faham. Tidak hanya membuta tuli membuat kesimpulan dan menghukum seseorang dengan mudah. Jadilah pendengar yang baik dengan membantu individu meluahkan perasaan dan tekanan yang dihadapi.

 

#2-Penutur yang Jujur di sebalik Tulisan Tangan

Elemen penting dalam komunikasi adalah dengan memastikan ada nilai empati, menjadi pendengar yang baik dan fahami perkara yang ingin disampaikan oleh penutur. Berdasarkan kajian analisis tulisan tangan ada huruf yang boleh merungkai sejauh mana seseorang itu boleh berlaku jujur ataupun berbohong.

Kejujuran disini adalah kejujuran pada diri sendiri.

Tidak jujur pada diri sendiri seperti menunjukkan kita sedang menipu diri sendiri. Individu yang menipu diri sendiri seolah sedang menidakkan kemampuan diri dan takut untuk menghadapi realiti sebenar.

Karakter ini dapat dilihat melalui huruf ‘o’ yang mempunyai loop pada bahagian kiri huruf seperti contoh dibawah:

Individu yang sering menipu diri sendiri suka menciptakan pelbagai alasan bagi menghalang diri untuk berjaya. Tidak jujur pada diri sendiri juga boleh beri kesan pada sesebuah perhubungan, sukar meluahkan perasaan dan banyak salah faham boleh terjadi.

Komen dari Dr Azura:  “Kebanyakan individu apabila saya jumpa yang menulis dengan huruf ‘o’ seperti di atas akan menafikan yang sebenarnya dia mempunyai sikap tersebut. Sedangkan pasangannya membenarkan apa yang telah saya analisa”

Ilmu dalam analisis tulisan tangan boleh dijadikan panduan untuk mengenal personaliti seseorang. Selain itu, dapat juga kita untuk memahami interaksi yang bersesuaian supaya komunikasi dapat dijalankan dengan berkesan dan lancar.

Sesungghnya, tiada daya dan upaya dari kita untuk memahaminya melainkan dengan pertolongan Allah. Mohonlah pada Allah, Allah Ya Samii’ yang Maha Mendengar, kurniakanlah kami pendengaran yang dihadirkan dengan rasa empati semoga dengan izinMu dapat kami meringankan beban yang dihadapi oleh saudara kami.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari

Admin.

 

Komunikasi yang BERJAYA terhasil dari Pendengar yang Baik & Penutur yang Jujur

Jom ambil tahu karakter pasangan yang tidak terlihat melalui tingkahlaku dan tuturkata dengan mengaplikasikan ilmu analisa tulisan tangan. Insha Allah

Info lanjut, boleh layari: http://graphology.com.my/buku-love-till-jannah/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444