Kata-kata boleh menjadi mindset, motivasi dan penguat diri. Salah satu contoh terbaik datang dari peribahasa dan perumpamaan orang-orang dahulu. Kata-kata ini menjadi kiasan dan masih relevan untuk digunakan pada zaman yang serba canggih ini.

 

3 KATA YANG TIDAK LAPUK DEK ZAMAN

#1- Alah Bisa, Tegal Biasa

Sesuatu yang baru dimulakan memang akan rasa susah untuk menghadapinya tetapi lama-kelamaan akan berkurang kesukaran tersebut kerana sudah biasa melakukannya.

Selalu pesan pada diri, mengeluh dan merungut akan melambatkan lagi perjalanan untuk maju ke hadapan. Angkat muka, mulakan gerak, buat dan ulang buat sehingga yang susah menjadi mudah.

 

#2- Membujur Lalu, Melintang Patah

Datang halangan yang membujur, kita lalu. Kalau datang halangan yang melintang, kita redah sampai patah.

Cabaran dan ujian datang dalam bentuk berbeza. Boleh jadi halangannya mudah saja untuk kita rentas dan boleh jadi juga sulit untuk kita meneruskannya. Peganglah kata peribahasa ini “Membujur lalu, melintang patah”. Menjadi seseorang yang tidak gentar pada halangan yang datang dan matlamat harus dicapai.

Halangan yang datang tidak hanya dalam bentuk fizikal. Kadang-kadang kita dalam proses perubahan akan nampak dua kumpulan berbeza yang benar dan sebaliknya. Carilah yang menyatakan kebenaran dan membesarkan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Mereka itu (orang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah)..adalah orang-orang yang bertaubat, beribadat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), ruku’, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah.Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.”

(Surah Taubah: 112)

 

#3-Alang-alang Menyeluk Pekasam, Biar Sampai Ke Pangkal Lengan

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang baik yang sudah diniatkan hendaklah dimulakan dan diteruskan sehingga tercapai matlamatnya.

Sebelum fokus pada mencapai matlamat, mohonlah restu dan keberkatan dari Allah S.W.T supaya memimpin kita pada jalan yang lurus.

“Tunjukilah kami kepada jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.”

(Surah al-Fatihah: 6-7)

Dengan adanya bantuan dari Allah S.W.T, tindakan tidak akan jadi sia-sia malah menjadikan kita bertambah yakin dan lebih kuat mengejar matlamat.

Insha Allah, tanamkan tekad dan keazaman dalam diri kita biar usaha kita tidak sambil lewa bagai melepaskan batuk di tangga. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Rahsia Tulisan Tangan: Individu dengan Tekad Kuat dan Keazaman Tinggi

Dalam ilmu grafologi (analisis tulisan tangan), penulisan dengan palang huruf t yang panjang menggambarkan seseorang yang memiliki tekad yang kuat dan bersemangat.

Ini contoh tulisan dengan palang huruf t yang panjang:

Tekad dan keazaman adalah dua ciri penting yang perlu ada dalam diri individu yang mahu berjaya lagi-lagi mereka yang berada dalam proses untuk berubah. Tidak kuat tekad, mereka boleh berpatah balik dan berhenti dari mencuba untuk berubah.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Ramai orang di sekeliling kita, yang mahu berubah jadi insan yang lebih baik. Tetapi perubahan mereka sering tergugat dengan kurang rasa kepercayaan pada diri dan pengaruh negatif di luar.

Melihat pada situasi ini, jom bantu ahli keluarga dan sahabat kita membina rasa kepercayaan pada diri seterusnya meniupkan aura positif pada mereka dengan mengenal potensi diri yang sebenar.

AKAN DATANG!

28 Julai 2018

“SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN”

Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply