KENALI POTENSI DIRI YANG SEBENAR
Hari ni direzekikan Allah, saya menemani En. Boss, pengasas Saudagar Hartanah (suami saya) ke TV Alhijrah. Seperti biasa, beliau berkongsi ilmu Allah Ya Alim berkaitan dengan hartanah dan kewangan. Alhamdullilah, Allah Ya Fattah berikan kefasihan untuk beliau berkongsi ilmu bagaimana nak beli rumah pertama.
Topik tersebut memang sangat menarik, lebih- lebih lagi kena dengan trending sekarang, kes Dato’ Boy Iman.
Sedang asyik ambil gambar, tiba- tiba saya terkenang 17 tahun dahulu.
Kami berkenalan ketika sama- sama bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi. Saya bahagian teknikal, beliau di bahagian kewangan.
Rezeki saya, selepas itu melompat dari satu syarikat ke syarikat lain sebelum mendapat tawaran biasiswa menyambung pengajian ke peringkat PhD di UM. Suami saya pula, masih setia di syarikat lama.
Majikan lama kami menggunakan konsep ‘job rotation’. Jadi di takdirkan Allah, beliau di’rotate’ dan diamanahkan untuk menjaga laporan kewangan syarikat ke Ketua Pegawai Kewangan. Dan disinilah segalanya bermula…
TEKANAN KERJA
Suami saya mengalami tekanan yang hebat ketika di bahagian tersebut. Nak buat report ni nampak mudah. Tapi bila banyak sangat nombor dan laporan nak diuruskan, mau pening kepala. Kalau saya pun mungkin akan angkat tangan awal- awal lagi.
Ketika itu, saban hari suami saya balik sakit kepala. Tension katanya. Kerja banyak. Laporan banyak. Belum lagi cerita pasal ‘working environment’. Susah betul hati saya dibuatnya.
SOLUSI KEPADA TEKANAN KERJA
Melihat kepada tulisan tangannya, saya katakan bahawa yang jawatan tersebut tidak sesuai dengan beliau. Bila tidak sesuai akan menyebabkan tekanan. Kerjaya tersebut memerlukan orang yang introvert,teliti dan sabar.
Mengikut daripada tulisan tangan, karakter beliau adalah berlawanan dengan apa yang sepatutnya.
Saya melihat kepada beberapa karakter di tulisan beliau. Antaranya adalah:
- Saiz.
- Margin
- Huruf- huruf unik di tulisan (Contohnya huruf i)
“Abang, berhenti aje lah kerja”… kata saya kepadanya satu hari.
Terkejut dengar ayat padu saya. Padahal ketika itu, beliau dah pun menjadi ejen hartanah secara ‘part time’. (Mengikut dari tulisan tangan, beliau memang sangat sesuai dalam bidang ‘sales’ apalagi menjadi ejen hartanah)
Kalau ikut logik akal… Macamana nak berhenti kerja? Sebab ketika itu saya belum lagi habis pengajian PhD. Risau dengan perbelanjaan harian, komitmen dan anak- anak yang semuanya sekolah agama swasta.
Kita lupa sebenarnya, Allah Ya Razzaq yang memberikan rezeki. Bukannya majikan ataupun bos. Astaghfirullah..
Alhamdullilah Ya Baari’ Ya Fattah… Setelah bertahun paksa diri untuk pergi kerja. Akhirnya beliau akur dan melepaskan jawatan yang disandang. Dan sejarah baru pun bermula.

Daripada kisah tadi, ada 3 point penting yang saya ingin kongsikan.
1. Serahkan segalanya kepada Allah
Kita hamba yang penuh dengan kedhaifan. Mohon pada Allah, sentiasa pimpin kita ke jalan yang terbaik.
Sebagai hambaNya, kita tiada daya upaya. Lahaulawala Quwwataillah billah. Senjata kita adalah doa. Dengan doalah yang akan merubah kita kepada yang lebih baik.
Saya suka dengan doa yang pernah dikongsikan oleh Tuan Shamsudin Kadir (SK). Saya kongsikan doa tersebut disini.

Allahumma Ya Baari’, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengatur. Engkau mengatur perjalanan matahari, bulan dan bintang, daku mohon kepadaMu untuk membantuku mengatur agenda hidupku agar bertepatan dengan redhaMu. Seesungguhnya aturanMu yang terbaik hingga ke syurga.
2. Apa kelebihan kita?
Pernahkah terfikir, apa sebenarnya kelebihan kita? Macamana nak kembangkan kelebihan- kelebihan kita ? Lagi- lagi nak menjadi khalifah Allah yang cemerlang dunia dan akhirat.
Atau.. kita malas nak fikir.
“Ala.. aku go with the flow aje..”.
Biasakan dengan ayat ini.
Sama aje dengan lalang. Ikut angin ke mana arah. Tidak ada asas kukuh dalam diri.
Pentingnya cari ilmu dan kenali diri. Apa yang kita minat? Apa kekuatan kita? Dari situ boleh set haluan kehidupan dan perjalanan karier kita.
Allahumma Ya Wajid, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Menemukan. Pertemukan daku akan jatidiriku yang sebenenarnya iaitu menjadi abdi dan khalifahMu di dunia.

3. Fokus
Sebagai manusia sering mengalami masalah untuk fokus bila ada pelbagai kerja dalam masa yang sama. Ini menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan dan akhirnya kerja- kerja terbelangkalai.
Untuk mengelakkan tekanan, pastikan kita tulis:
a. things to do list
b. ‘prioritize’kan kerja
c. set ‘dateline’
Bila dah susun cantik semuanya, kita akan lebih tenang dan bersistematik. Sambil melakukan tugasan, kita zikirkan ‘Ya Baari’ iaitu Allah Yang Maha Mengurusan. Membolehkan kita menyusun kerja- kerja mengikut keutamaan dan selesai dengan cara yang luar biasa.
Fokus juga untuk menjadi khalifah Allah yang cemerlang yang sentiasa berkongsi manfaat.
Allahumma Ya Baits. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Membangkitkan. Bangkitkan
seluruh jiwa, saraf-sarafku, anggota badanku juga bakarkan semangatku untuk terus berbakti kepada masyarakat demi
keranaMu.
BE THE BEST VERSION OF YOU
Ini kisah pengalaman saya. Saya harap perkongsian ini membuka minda supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Jangan berhenti mencari ilmu.
Be the best version of your self.
Pastikan bila kita pandang balik kebelakang, kita puas hati dengan apa yang telah kita lakukan. Kita puas berkongsi manfaat. Sebagaimana Rasullulah pernah bersabda :
“…Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi sesama manusia…”
[HR. Thabrani dalam Al-Ausath]
Sampai jumpa lagi. Wasalam
Untuk tip yang lebih mengenai kerja apa yang sesuai dengan diri kita, melalui analisa tulisan tangan. Sila KLIK SINI.
