Konsep ini sangat luas. Bermula dengan diri sendiri dahulu dan kemudian keluarga.

Adakah keluarga mempunyai visi.

Adakah kita membawa keluarga ke syurga atau sebaliknya.

Kemudian lihat dari segi komuniti.

Dan selepas komuniti lebih luas, adalah Umat Nabi Muhammad SAW.

“Circle” dalam kehidupan ini:

Diri Sendiri

Melakukan aktiviti seharian dan melaksanakan perintah

Allah dengan melakukan suruhanNya dan menjauhi laranganNya.

Sentiasa “reflect” diri terhadap kehidupan. Ianya boleh mengubah persepsi terhadap diri. Sama ada diri kita ini menjurus untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

Keluarga

Dalam menongkah arus era globalisasi ini, ukhwah dalam kekeluargaan semakin luntur.

Permusuhan dan pergaduhan dalam keluarga sudah tidak dititik beratkan. Institusi kekeluargaan yang mantap sangat penting dalam setiap keluarga bagi mewujudkan keharmonian dan sejahteraan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan)”

[Hadis riwayat Muslim]

Kemasyarakatan

Ukhwah dalam masyarakat harus dipupuk. Islam mengajar kita agar tidak membeza-bezakan dari segi agama, bangsa, dan keturunan.

Tidak ada manusia yang Allah izinkan untuk pentingkan diri.

Kita perlu ambil berat dengan masyarakat sekeliling kita. Tambahan ketika ini banyak ujian yang berlaku di luar sana.

Firman Allah Taala :”Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan “.(Al-Maidah : 3)

Semoga Allah Ya Nur Ya Haadi Ya Haq sentiasa memimpin kita di jalanNya. Aamiin 🤲❤

Wallahua’alam

Lahaulawala quwwata illa billah

Dr Azura,

HablumminAllah Habluminannas.

Nota ini di ambil dari perkongsian fblive Dr Azura dan Dato’ Dr Hasan bin Mohamed Ali yang bertarikh 12 Jun 2020.