Fitrah kehidupan kanak-kanak di mana dalam tempoh waktu ini mereka sedang membesar dengan cepat. Mereka belajar melalui apa yang mereka lihat, dengar dan mengikut perkara yang dilakukan oleh orang lain.

Walaupun kanak-kanak masih kecil dan baru sedikit pengalaman tetapi mereka ini bijak, banyak akal. Ada sahaja aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa lapang.

Dalam membina potensi kanak-kanak perlu sesuaikan dengan tahap perkembangan otak mereka.

Tarik perhatian kanak-kanak pada aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif, kemahiran dalam merancang, mencipta dan membina seterusnya komunikasi sosial.

“Allahumma Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rashid Ya Nuur”
“Ya Allah, alirkan ilmuMu, kepintaran dan kepahaman yang laju ke dalam otak kami beserta cahayaMu agar dapat kami menjadi individu yang cemerlang yang mengenalMu dan berjaya dunia dan akhirat”

TIP MEMBINA POTENSI KANAK-KANAK

1.BERFIKIR SECARA KREATIF

Aktiviti yang boleh menjana pemikiran kreatif salah satunya melalui lakonan.

Cipta satu cerita yang menarik dan berikan mereka watak utama sementara kita sebagai pelakon tambahan.

Contohnya cerita tentang pengembaraan bersama helikopter. Anak melakonkan watak sebagai kapten dan kita sebagai pembantu kapten.

Susun kerusi seperti kedudukan di dalam kokpit kapal dan masing-masing memakai headphone di kepala untuk mereka merasai seolah-olah berada dalam situasi sebenar.

Tanyakan kepada anak, “ Kapten, hari ini kita mahu kemana? “  atau “Kapten, apa yang kapten akan lakukan supaya kita selamat sampai di bawah? “

Beri situasi dan cabaran seperti hujan yang lebat, angin yang kuat supaya aktiviti seperti ini memberi ruang untuk mereka berfikir secara kreatif dan pada masa yang sama perhatikan cara mereka menyelesaikan masalah.

 

2. KEMAHIRAN MERANCANG, MENCIPTA DAN MEMBINA

Kemahiran merancang, mencipta dan membina boleh diaplikasikan dalam permainan LEGO.

Permainan LEGO memerlukan pemainnya menyusun blok-blok yang berlainan saiz dan bentuk mengikut imaginasi mereka.

Permainan ini juga menjadikan kanak-kanak fokus dan bersungguh-sungguh.

Jika permainan LEGO tidak menarik minat mereka, gantikan dengan permainan yang lebih menarik dan nampak hebat seperti pasang semula robot dan kereta yang boleh dipasang sendiri .

 

3.INTERAKSI SOSIAL

Ada kanak-kanak yang mudah bercerita dan berkongsi apa-apa sahaja tanpa perlu ditanya. Mereka selesa dan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Ada juga kanak-kanak yang diam dan senyap. Mereka ini sama ada mempunyai masalah atau tidak, kita pun ragu-ragu.

Begitu penting bagi kita untuk mengetahui bagaimana komunikasi dan keselesaan kanak-kanak ini dengan sekeliling.

Di sini ilmu grafologi amat berguna memainkan peranan mengenal pasti kebolehan interaksi sosial kanak-kanak berdasarkan tulisan tangan mereka.

Kebiasaan yang dilihat tulisan tangan kanak-kanak hampir serupa dan tidak jauh beza. Oleh itu, dalam bidang grafologi perbezaan tulisan tangan mereka dilihat pada jarak antara perkataan, jarak antara huruf dan jarak antara baris.

Contohnya jarak antara perkataan:

Jarak yang kecil antara perkataan menunjukkan individu tersebut senang memulakan perbualan, selesa dalam kumpulan dan boleh memberi maklum balas kepada orang lain dengan baik.

Jarak yang lebar memberi gambaran sebaliknya. Individu ini mungkin sukar menyesuaikan diri dalam sebarang majlis atau program. Dia juga seolah-olah ragu terhadap apa yang dia sampaikan di dalam tulisan.

Perkara pentingnya disini, jarak antara perkataan mencerminkan sikap anda dihadapan orang ramai, tempat dan situasi baru.

Bagaimana jika tulisan anak saya mempunyai jarak bercampur? Apa yang saya perlu lakukan?

Jarak yang tidak teratur antara baris dan perkataan menunjukkan anak ini berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil, belum matang dan resah. Anak-anak mengalami fasa perkembangan dan tidak tahu mengurus emosi mereka dengan baik. Mereka sedang cuba berinteraksi dan menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Bagi membantu anak ini bersosial, ibubapa perlu perlahan-lahan bina keyakinan diri mereka supaya mereka ada keberanian berhadapan dengan orang lain. Selalu berinteraksi dengan anak-anak bagi meningkatkan kemahiran komunikasi mereka supaya jelas dan teratur.

 

Pentingnya mempelajari ilmu grafologi adalah untuk membantu orang sekeliling, mengenal diri dengan lebih dalam dan mengasah potensi sedia ada kearah yang lebih bagus.

SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN yang akan diadakan Januari ini adalah terbuka untuk individu diluar sana.

SEGERA DAFTAR DI SINI Tawaran menarik bagi yang mendaftar awal dan tempat adalah terhad!!

Maklum balas dari peserta yang pernah menghadiri program kami:

“Pantau tulisan anak-anak untuk masa depan yang cerah dan positif ” – Yatt Hayati

Saya kenal dan perbaiki kelemahan saya dari tulisan saya. Dan yang pentingnya, saya dapat pantau nak-anak saya melalui tulisan mereka. Saya latih mereka untuk tukar huruf-huruf unik itu untuk jadikan mereka lebih positif dan cipta masa depan yang lebih baik.

Kami mahu bantu diri anda dan anda boleh bantu anak-anak anda membina potensi diri daripada tulisan tangan.

Lebih awal adalah lebih baik membina potensi kanak-kanak supaya dapat persiapkan generasi mereka ini dengan ketahanan mental, emosi dan fizikal untuk cabaran akan datang.

Wallahualam. Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply