Emosi negatif boleh jadi mental block untuk diri kita sendiri.
Sama ada kita mampu untuk bertahan dengan emosi negatif ini atau jalan yang lebih baik adalah belajar melepaskan emosi ini dengan cara yang betul.
TIPS MELEPASKAN EMOSI NEGATIF SECARA SIHAT
#1- Keluar untuk Bertenang
Merasakan emosi anda tidak berapa stabil ketika itu, langkah pertama adalah keluar sebentar dari zon tersebut untuk tenangkan diri.
Jika sedang memandu, berhenti sekejap di bahu jalan. Jika sedang membuat kerja, tinggalkan sebentar kerja anda. Cari tempat yang anda rasa selesa untuk bersendirian dan beri masa untuk diri anda bertenang.
#2-Fikirkan Perkara yang Positif
Ok, apabila anda sudah beroleh sedikit ketenangan, barulah anda boleh berfikir. Waktu ini, adalah lebih baik anda berhenti menyalahkan diri sendiri, orang lain dan situasi yang memerangkap anda dengan perasaan negatif ini.
Keluarkan kata-kata positif untuk diri anda. Fikirkan aktiviti-aktiviti yang dapat membuatkan anda lupa pada perkara negatif ini. Contoh aktiviti yang paling dekat dengan kita adalah solat.
#3-Gandakan Tenaga
Gandakan tenaga anda. Tenaga bantu kita untuk melawan, meninggalkan tempat tersebut dan menjadi penggerak supaya kita bangkit dari belengu emosi negatif ini.
Proses melepaskan emosi negatif ini harus dilakukan satu demi satu dan secara perlahan-lahan. Pentingnya belajar melepaskan secara sihat supaya perasaan yang negatif itu tidak disimpan di dalam hati. Ini kerana, ramai orang mengatakan diri mereka ‘OK’ sedangkan dalam hati masih berdendam dan di fikiran masih wujud memori tersebut.
Tidak hairan ramai yang mengalami stress berlebihan dan bukan itu sahaja, ada juga berita yang memaparkan kes pembunuhan, bunuh diri dan lari rumah kerana tidak tahu cara mengawal dan melepaskan emosi mereka dengan betul. Lama-kelamaan akan membentuk karakter dwi personaliti dalam diri mereka.
Rahsia Tulisan Tangan: Hindari Karakter Dwi Personaliti
Karakter dwi personaliti amat membimbangkan kerana emosi anda tidak dapat dijangka. Emosi anda boleh bertukar dan tidak menentu.
Jika dalam tulisan tangan, karakter dwi personaliti dapat dilihat pada campuran beberapa jenis tulisan iaitu tulisan dengan arah kanan, kiri dan tegak. Ini contoh tulisan daripada karakter dwi personaliti:
Tulisan yang bercampur-baur menggambarkan ketidakstabilan emosi anda ketika itu. Ketidakstabilan emosi membuatkan sukar untuk anda membantu diri sendiri apatah lagi orang lain yang ingin memberi sokongan sosial kepada anda. Justeru, galakan untuk anda yang mempunyai tulisan seperti contoh di atas untuk mengubah tulisan anda dengan satu arah tulisan sahaja.
Emosi kadangkala sukar dikawal dan dijangka keadaannya. Walaubagaimanapun, emosi ini adalah sebahagian dari diri kita sama seperti mental dan fizikal. Sama ada kita tahu menyeimbangkan ketiga-tiganya atau kita sengaja membiarkan emosi bermaharajalela tanpa dikawal.
Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’
Admin.
Kebahagian dengan mengenal diri sendiri. Fahami diri sendiri dan buat anda jatuh cinta dengan diri anda semula!
Anda masih ada peluang untuk perbetulkan dan membina kekuatan diri anda. Insha Allah
AKAN DATANG!
28 Julai 2018
“SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN”
Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444