Krisis ahlak dan moral kini terus menular dan merebak ke dalam masyarakat tidak kira peringkat umur, latar belakang dan kedudukan.

Kata-kata dari Prof Dr Muhaya:

“Kita mesti melihat kehidupan dengan 80% mencari solusi dan 20% melihat masalah” 

Kita yang diberi kesihatan mental, emosi dan fizikal haruslah mengambil pendekatan membantu mereka yang bermasalah dan menjadi ikon kepada mereka untuk berubah.

JEMPUTAN DARI TV AL-HIJRAH

Perkongsian oleh Azura Hashim tentang masalah sosial yang disebabkan oleh teknologi di TV Al Hijrah.

Antara isi penting yang disampaikan adalah:

  • Semuanya bermula dengan mata. Media sosial memang menarik pandangan sebab lengkap dengan visual, audio dan kinestetik.
  • Dari mata akan masuk ke hati dan perasaan
  • Kemudian akan mempengaruhi kecerdasan fizikal dan mental.
  • Kecerdasan fizikal = menjadi malas sebab ralit dan perubahan fizikal
  • Kecerdasan mental = mudah terpengaruh dan menonton cerita yang tidak patut.
  • Jika tidak dibendung akan membawa kepada tekanan, kemurungan dan ahlak akan terpengaruh.

Sambungan dari perkongsian di TV Al Hijrah, Azura Hashim ada menulis di profil Facebook beliau mengenai solusi kepada masalah diatas iaitu Teknik 4K mendidik anak mengikut didikan Nabi S.A.W

Dalam penulisan kali ini saya ambil dua daripada empat teknik dan fokus untuk mendidik anak remaja yang menganjak dewasa dari hari ke hari.

TIP MENDIDIK ANAK REMAJA

1.KOMUNIKASI

Remaja banyak menghabiskan masa diluar, menyambung pelajaran, bekerja dan berkahwin. Disebabkan komitmen dan tanggungjawab, antara mereka dengan ibubapa jarak menjadi jauh dan masa bersama terhad.

Dekatkan jarak antara anak remaja dan ibubapa dengan:

  • Ibubapa berkomunikasi bersama anak-anak dengan cara positif
  • Menggunakan ton suara yang rendah dan lembut
  • Menggunakan ayat yang positif supaya mudah masuk dalam minda anak

Jika tidak dapat untuk berhadapan antara satu sama lain, gunakan alternatif lain seperti telepon, whatsapp dan facetime untuk berhubung. Ketika inilah teknologi sangat berguna dan dapat dimanfaatkan pada jalan yang betul.

Dalam komunikasi, sebelah pihak harus menjadi pendengar yang baik dan menumpukan perhatian pada pihak yang berbicara.

Komunikasi yang berkesan dengan remaja mampu membantu mereka meluahkan perasaan, berkongsi masalah dan mengelak dari diri mereka disalah anggap.

Komunikasi yang sihat membawa kepada perhubungan yang positif antara ibubapa dan anak remaja

 

2.KASIH SAYANG

Anak remaja sedang berada dalam tempoh perubahan untuk meninggalkan zaman kanak-kanak yang bersuka ria dan memasuki alam dewasa yang memerlukan sifat tanggungjawab yang lebih.

Jika remaja terlalu bebas, dikhuatiri mereka tidak dapat mengawal dan mendorong melakukan perkara yang tidak baik.

Jika disiplin terlalu ketat, remaja akan tertekan dan memberontak.

Ibubapa tidak mungkin akan dapat mengawal anak 100%. Oleh itu, lakukanlah perkara-perkara yang ibubapa mampu dan boleh menyentuh hati anak mereka.

Contohnya:

  • Zahirkan kasih sayang melalui perbuatan seperti peluk cium anak selalu.
  • Penuhkan emosi kasih sayang anak-anak supaya akrab.
  • Menjadi sahabat kepada anak dan pendengar yang setia

Hati ini milik penciptaNya Yang Maha Esa. Sekeras manapun hati anak pasti akan tersentuh dengan kasih sayang daripada ibubapanya.

Pertolongan yang boleh diharap dan diyakini hanyalah kepada Allah S.W.T

“Ya Allah Ya Waliy, lindungilah anak kami dari bisikan hawa nafsu dan dari godaan syaitan dan manusia. Tiada daya kami mengawasinya 24 jam”
“Maka Allah Ya Raqib Ya Qoreeb yang Maha Mengawasi dan sangat dekat dengannya. PadaMu aku berserah dan bergantung harap, awasilah dia mengikut caraMu”

3.KENAL KARAKTER 

Karakter seseorang mudah berubah mengikut situasi, pengalaman, persekitaran dan peningkatan umur.

Sangat penting ibubapa mengenal karakter anak dan memahami cara pemikiran mereka. Salah memahami anak akan tidak betul cara didikannya nanti.

Gaya pemikiran individu dapat dibaca melalui jenis tulisan tangan.

Khususnya pada tulisan bersambung dan ini telah dikaji oleh ahli grafologi. Grafologi dalam bahasa yang lebih jelas adalah analisis tulisan tangan.

Tulisan bersambung ada berbagai jenis dan bentuk salah satunya tulisan angular. Tulisan angular adalah tulisan berbentuk segi tiga.

Penulis yang memiliki tulisan jenis ini adalah seorang yang tegas dan sedikit agresif. Individu ini cenderung bertindak ganas dan egois.

Jadi, ibubapa yang berhadapan dengan anak ini perlu lebih menggunakan kelembutan dan berhati-hati apabila berkata.

Dari sudut positifnya, pemilik tulisan angular adalah seorang yang bercita-cita tinggi.

Contoh tulisan angular:

 

Kaedah grafologi diperkenalkan untuk membantu kita mengenal individu sekeliling dan memahami cara pemikiran mereka. Kesannya melahirkan perhubungan yang positif dan komunikasi yang jelas.

Anda berminat untuk menghadiri kursus grafologi?

Januari ini akan diadakan SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN oleh Azura Hashim, pakar analisis tulisan tangan anda

Untuk pendaftaran KLIK DISINI 

 

Contoh didikan yang terbaik semestinya datang dari didikan Rasulullah terhadap anak-anaknya. Sungguh, setiap ibubapa mahu mengikuti cara didikan Nabi kepada anaknya dan meletakkan anak-anak dalam kedudukan yang terbaik.

Namun, pengaruh luar dan perkembangan teknologi yang hadir seiring menjadikan ibubapa sedikit lalai dan terdorong dengan fahaman dari Barat yang mengelirukan.

Justeru, mohon pada Allah SWT

” Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, satukan hati-hati kami, seisi keluarga kami dengan kasih sayangMu Ya Jaami’. Terangkan mata hati kami Ya Nuur agar dapat membezakan yang Haq dan Bathil. Lembutkan hati kami semua Ya Latif agar menjadi insan yang taat kepadaMu, RasulMu dan kedua orang tua kami”

 

Semoga ibubapa dapat membentuk anak-anak intelektual yang menggunakan keilmuan dan kecerdasannya untuk berjuang pada agama Allah.

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

 

Leave a Reply