Gaya hidup yang macam mana jadi pilihan? Kita boleh pilih nak ikut trend, travel sana sini, ada gadget latest, tetapi kena buat 2,3 kerja untuk bayar hutang. Atau kita boleh pilih untuk bersederhana, cari ilmu dan melabur secara bijak untuk hidup luar biasa.

Dalam satu situasi yang lain, ada yang mengalami depression akibat hidup tidak memenuhi expectation yang diharapkan.

Fikir-fikirkan sahabat,

KONSEP HIDUP TENANG

1. Bebas Hutang

Bila kali terakhir kita bayar hutang? Masih ada lagi tak yang tertunggak?

Pengurusan kewangan yang carca merba membawa kepada kesan jangka masa panjang yang tidak sihat dan kehidupan yang tidak stabil.

Mungkin…

Mungkin tahap pengetahuan masyarakat kini mengenai pengurusan kewangan berada pada tahap yang rendah.

 

 

Ulasan daripada akhbar Star Online di atas menyatakan golongan remaja belia adalah kumpulan yang merbahaya dan kronik. Peringkat umur antara 25 hingga 44 tahun berpotensi untuk cepat bankrap. Punca utamanya adalah perbelanjaan mewah. Faktor lain yang boleh saya tarik adalah seperti penggunaan kad kredit tanpa had, pinjaman peribadi dan pinjaman pendidikan.

Cukup membimbangkan..bayangkan kesan yang bakal diterima apabila diri diisytihar bankrap.

Jadi, bagaimana hidup mahu tenang? Bebaskan hutang-hutang dahulu.

Masyarakat celik kewangan

Kebuntuan pada masalah belenggu hutang menjadikan masyarakat mengambil jalan pintas melakukan kerja-kerja yang mengundang bahaya. Oleh itu, Bank Negara Malaysia telah menyediakan rujukan buat mereka di luar sana melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

AKPK berfungsi untuk

  • Khidmat nasihat dan kaunseling
  • Pengurusan kewangan
  • Pengurusan kad kredit
  • Penstrukturan semula hutang.

Menariknya perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK adalah percuma sahaja.

Mudah-mudahan..usaha kita dalam menyelesaikan hutang akan dipandang oleh Allah sebagai satu kebaikan. Insha Allah

“Allah, Ya Baari’. Kami menyerahkan seluruh jiwa raga dan kehidupan kami, keluarga kami, kewangan kami, pekerjaan kami dan perniagaan untuk agendaMu. Jadikan kami khalifahMu yang cemerlang “

 

Jaminan kebahagian yang Allah tawarkan pada hambaNya adalah tawakal. Konsep tawakal iaitu berserah segala-galanya pada Allah setelah berusaha dan bersungguh.

 

2. Gaya dan Budaya

Gaya hidup masyarakat sekarang ini lebih terdorong dengan pahaman kapitalis.

Kebahagian diukur dengan banyak atau sedikitnya harta yang dimiliki. Akibatnya sebahagian masyarakat terkesan dengan ideologi tersebut dan merasakan hidup belum best selagi tidak dapat memiliki kemewahan. Bahkan sebahagian lagi tidak bersyukur dan merasa belum cukup.

Gaya hidup sederhana dan bersahaja cara Rasulullah

Masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w mempunyai ketahanan mental yang kuat dan jiwa yang besar. Meninggalkan kekayaan dunia dan memilih kesederhanaan.

Meskipun kehidupan Rasulullah s.a.w bersahaja dan dalam kesederhanaan..baginda tidak pernah melarang umatnya untuk menjadi kaya. Pada zaman Rasulullah, ada seorang sahabat baginda yang kaya raya iaitu Usman bin Affan. Usman bin Affan memanfaatkan kekayaannya pada situasi yang betul seperti menafkahkan harta untuk dakwah islam dan bantuan untuk strategi peperangan.

Islam tidak menentang malah menggalakkan penganutnya menjadi kaya agar kekayaan itu disalurkan pada jalan yang betul

Cuma ada masa kita berlebih-lebihan dalam sesuatu, tiada perancangan. Sikap kena ubah..sikap biar bersederhana.

 

 

Kesederhanaan beri kita ruang untuk berfikir lebih dalam makna kehidupan.

 

Rezeki dari Allah S.W.T itu pasti cukup. Tapi tidak akan pernah cukup untuk gaya hidup

 

3. Kerja Jangan Bertangguh

Suka bertangguh itu mengundang kerugian dan bahaya.

Nabi Muhammad SAW menyeru umatnya tidak membuang masa dan bersegera melaksanakan kebaikan selagi ada kesempatan.

Hadis diriwayatkan Baihaqi yang bermaksud :

“Pergunakanlah lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempitan iaitu: pergunakan kesempatan sihatmu sebelum datang sakitmu; pergunakan kesempatan lapangmu sebelum datang kesempitan; pergunakan hari mudamu sebelum datang hari tuamu; pergunakan kesempatan waktu engkau kaya sebelum datang kemiskinan; pergunakan kesempatan masa hidupmu sebelum datang saat kematian.”

How to Spot Procrastination in Handwriting?

Procrastination atau suka bertangguh

Jika dilihat pada t dalam gambar ini palangnya banyak di bahagian kiri. Anda berpotensi untuk menangguhkan kerja yang boleh disiapkan hari ini sehingga esok. Lama-kelamaan kerja makin menimbun dan kita semakin malas.

Hati-hati dalam meletakkan palang huruf ‘t’ sempurnakan ia.

Telah diperingatkan Allah s.w.t dalam surah al-‘Asr mengenai betapa kita akan dalam kerugian jika melengah-lengahkan masa dan bersikap malas

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan orang yang menyeru kepada kebenaran dan kesabaran.”

 

Jangan pernah putus asa dan kecewa dengan Allah. Kehidupan ternyata satu proses pembelajaran.

Ambil tahu potensi dan bina karakter diri untuk maju beberapa langkah kehadapan

Siapa tahu selepas buat  Handwriting Analysis anda boleh tahu kecenderungan gaya hidup anda lebih positif atau sebaliknya???

 

Tak rugi kalau anda buat pelaburan sedikit untuk tahu lebih siapa anda? bagaimana hubungan sosial anda? hidden character anda dan lebih lagi…

Contact admin sekarang di 016-9237881 untuk dapatkan profil tulisan tangan anda dalam bentuk analisis. JOM CEPAT KLIK!!

Ingat, buat pelaburan yang bijak untuk hidup lebih luar biasa

Sekian.

 

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

Leave a Reply