Bagaimana perasaan seorang isteri yang menguruskan kerja rumah bersendirian? Sudah tentu para isteri akan cepat penat dan mudah stress sebab melakukan semua kerja sorang-sorang umpama tiada pasangan.
Rumah tangga yang harmoni terbentuk atas dasar kerjasama suami dan isteri. Dengan itu tidak salah untuk isteri meminta bantuan suami dalam meringankan beban.
TIPS UNTUK ISTERI PUJUK SUAMI BUAT KERJA RUMAH
#1-Sharing is caring
Suami isteri harus berkongsi buat kerja rumah bersama-sama. Sharing is caring.
Jika selama ini suami tak ambil tahu perkara yang berlaku di rumah, isteri yang harus memainkan peranan memberitahu kepada suami. Urusan menjaga anak seperti bangun malam anak demam, siapkan anak ke sekolah, mengemas katil tempat tidur, menjaga kebersihan rumah dan sebagainya harus dikongsi bersama suami dan isteri.
Jangan hanya kerana tugas isteri sebagai suri rumah sepenuh masa, suami menyerahkan urusan rumah tangga sepenuhnya di bahu isteri. Sebagai isteri, mereka juga ada keadaan di mana mereka rasa penat yang teramat, emosi yang tidak stabil dan sangat memerlukan pertolongan suami di sisi.
Beritahu kepadanya anda perlu bantuannya untuk menguruskannya rumah tangga tambahan pula anda juga seorang isteri yang bekerja.
Dengan penerimaan dan pemahaman suami urusan kerja rumah harus dilakukan bersama, lebih mudah untuk isteri meminta bantuan daripada suaminya.
#2-Kata-kata yang Memujuk
Apabila suami sudah mahu ambil tahu perkara yang terjadi di rumah, tanya isteri dah makan ke belum ini menunjukkan tanda-tanda positif dari suami anda.
Siapa jangka dengan izin Allah, luahan ikhlas dari isteri telah membuatkan hati suami berlembut dan ada rasa belas kasihan terhadap isteri.
Tarik perhatian suami dengan kata-kata yang memujuk dan manis. Jaga-jaga dengan penggunaan ayat yang seperti memberi arahan dan perintah contohnya, “Abang, jemur pakaian ni!”. Sebaliknya katakanlah, “Abang, boleh bantu sayang jemur pakaian ni?”
#3-Tutorial untuk Suami
Bila suami sudah bersedia nak bantu, isteri kena tunjuk ajar suami cara-cara untuk melakukan kerja rumah.
Boleh bermula dengan kerja-kerja yang mudah seperti membasuh baju dan menyidai pakaian di ampaian. Jadi cikgu, kena sabar sikit.
Buat tutorial dalam bentuk video, jadi ada la rasa fun sikit untuk suami tolong isteri.
Suami dah boleh dengan kerja-kerja mudah cuba challenge dia dengan aktiviti yang sukar sikit. Contohnya lipat baju, tukar lampin bayi dan memasak makanan kegemaran isteri.
Segelintir suami berpendapat bukan mereka malas untuk bantu isteri, cuma mereka rasa kerja itu rumit dan tidak tahu hendak bermula dengan cara bagaimana.
#4-Sediakan Kelengkapan untuk Suami
Ada juga suami yang boleh bantu isterinya dengan kerja rumah kalau isterinya sudah sediakan kelengkapan dengan teratur.
Contohnya aktiviti mengemas dan membersihkan rumah. Sediakan peralatan seperti penyapu, mop, pencuci lantai dan plastik sampah di satu tempat supaya mudah untuk suami ambil dan melakukan kerja.
Bagi suami isteri yang mempunyai anak kecil, mereka perlu bergilir bangun malam untuk menyediakan susu formula dan menukar lampin. Jadi, bagi memberi ruang untuk isteri berehat, sediakan kelengkapan penyusuan dan pakaian anak di tempat yang mudah dicapai oleh suami.
Bila ada peningkatan demi peningkatan, puji suami, sampaikan penghargaan kepadanya.
#5-Raikan Penghargaan buat Suami.
Tip yang kelima ini kemuncak dan penting sekali. Raikan penghargaan buat suami atas pertolongannya membantu isteri mereka.
Pastinya sukar untuk menyuruh suami membantu. Sampaikan penghargaan dalam bentuk nota kecil kepada suami. Beritahu perasaan gembira dan syukur anda atas bantuannya membuat kerja rumah. Boleh tampal nota-nota tersebut di peti sejuk, bilik air, bilik tidur atau cermin kereta.
Sesekali peluk suami dari belakang dan puji kerajinan dia membantu meringankan tugas isterinya. Tidak salah anda memberikan hadiah istimewa atau belanja suami makan sempena meraikan kejayaannya membantu anda menjaga anak-anak semasa anda out station atas urusan kerja.
Dalam hal menguruskan kerja rumah, suami isteri hendaklah saling bertolak ansur dan melihat keadaan keluarga masing-masing. Sekarang ini kebanyakan keluarga, suami isteri kedua-duanya bekerja. Maka apabila di rumah, sama-samalah membuat kerja rumah.
Masih ada juga suami yang bekerja sehingga lewat malam, maka kerja-kerja di rumah akan lebih dilakukan oleh isteri. Setiap pasangan perlu bijak melihat dan merancang yang terbaik untuk keluarganya.
Dalam perkahwinan, banyak perkara perlu seiring sejalan. Bukan hanya sekadar menjalankan tanggungjawab, menuntut hak masing-masing tetapi lupa keperluan emosi dan perhatian yang diperlukan oleh pasangan.
Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’
Admin.
Sebarkan Kebahagiaan…
AKAN DATANG !!
LOVE TILL JANNAH
**Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan**
Jom Pre-Order Buku Ini Sekarang! Klik LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881