‘Anak emak’ gelaran keramat untuk seorang lelaki dan perkara yang ditakuti oleh kebanyakan perempuan. Semasa bujang, isu ‘anak emak’ ini tidak menjadi masalah besar sangat malah ramai yang menyokong dan memuji seorang anak wajib patuh kepada orang tuanya.
Namun, selepas berkahwin karakter ‘anak emak’ ini terbawa-bawa dalam kehidupan rumah tangga yang baru.
Penulisan kali ini ingin berkongsi dengan sahabat tentang dilema yang dihadapi oleh lelaki ‘anak emak’ dan dugaan buat sang isteri untuk memahaminya.
Selamat membaca dan semoga saling terbuka menerima antara satu sama lain.
SUAMI ‘ANAK EMAK’
#1-Suami Suka Bergantung Kepada Ibunya
Lelaki ‘anak emak’ mempunyai hubungan yang lebih rapat bersama ibu berbanding bapanya. Ibu yang lebih tahu karakter anaknya luar dan dalam. Ibu yang banyak melihat jatuh bangun anaknya. Banyak mendengar cerita perjalanan hidup dia.
Jadi dengan ibu, suami lebih selesa untuk berkongsi cerita. Tabiat ini terbawa-bawa sehingga sudah berkahwin. Ada dari mereka mengadukan hal rumah tangganya kepada ibu, ada yang takut untuk buat keputusan sendiri dan ada yang memohon pertolongan ibu untuk menyelesaikannya.
Bukan menafikan talian sah antara ibu dan anak, cuma apabila telah berkahwin, seorang anak itu harus belajar berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada ibunya.
#2-Emosi Suami Lebih Sensitif
Melayan suami ‘anak emak’, sang isteri perlu banyak-banyak bersabar. Emosi mereka mudah terganggu dan begitu sensitif dengan isu-isu yang remeh. Karakternya halus seperti wanita.
Perwatakan yang sebegitu mungkin disebabkan cara pembesaran dan didikannya yang banyak dipengaruhi oleh sifat ibu yang lembut, penuh kasih sayang dan nilai empati yang banyak.
Dengan emosi sebegitu, menjadikan mereka cepat peka dengan perkara yang berlaku disekeliling. Beruntung juga isteri yang memiliki suami sensitif ni. Antara yang positifnya, perasaan pasangan dia jaga betul-betul, ambil berat dengan kebajikan isteri dan menjadikan mereka sentiasa menghargai kaum wanita.
#3-Suami Keliru Bahagikan Kasih Sayang
Selalu terjadi isteri terasa hati apabila suami melebih-lebihkan ibu dalam sesetengah perkara sehingga isteri merasakan suami tidak dapat berlaku adil antara kasih pada ibu dan kasih pada isteri.
Terhadap ibu, dia harus patuh dan tunduk pada orang tuanya kerana syurga seorang anak lelaki tetap kepada ibu yang melahirkannya. Bimbang dipanggil anak derhaka nanti. Manakala kepada isteri yang dicintai, suami terlupa untuk berikan perhatian. Kata-kata cinta dan sayang sahaja tidak cukup untuk isteri.
Walaubagaimanapun, sang isteri harus percaya bahawa suaminya sedang cuba bertindak adil dan berusaha menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya.
Ketika ini, perkara yang boleh dilakukan oleh isteri adalah menyatakan perasaannya kepada suami. Nyatakan tentang rasa kekurangan yang dirasai supaya suami dapat seimbangkan kasih sayangnya. Tetapi ingat, jangan sampai berlebih-lebihan sehingga suami menangkap rasa cemburu isteri terhadap ibunya.
Teristimewa kata-kata dari ibu mertua:
” Ibu menerima kamu sebagai menantu ibu. Ibu mengharapkan kamu menjaga anak lelaki ibu dengan sebaiknya sepertimana ibu menjaganya sejak kecil lagi. Jaga pakaian dan makan minum suamimu, sediakan keperluan untuknya sebelum dia meminta. Syurga seorang isteri adalah pada suaminya “
Semoga bermanfaat.
Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’
Admin.
Sebarkan Kebahagian…
AKAN DATANG!!
LOVE TILL JANNAH
” Rahsia Memahami Pasangan Anda Dengan AnalisaTulisan Tangan “
Nak tahu testimoni?
Klik LOVE


